Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, September 11, 2009

September 11, 2009


alangkah peliknya,
semasa tidur, aku pasang lagu zikir taubat..
selalu tidur, aku tak pernah macam tu..
tergerak hati untuk pasang..
jadi aku pun pasang, dan on kan repeat..
supaya ia dimainkan berulang-ulang kali sehinggalah aku tertidur..

hari ni, macam biasa lah
pagi-pagi bangun sahur..
lepas sahur, tunggu solat subuh,
lepas tu baru tidur..

aku bangun dalam pukul 9.00am(bangun pun sebab ada kelas)

hati kecil : ko tak payah bangun, ala, baru sehari tak datang

akal : wahai anggota-anggota sekalian, bangun-bangun, kita
perlu membantu beliau pergi ke kelas.. untuk belajar..

dengan semangat juang yang tinggi(tapi mata kuyu lagi)
aku pun melangkah ke tandas..
aku tidur kat tingkat atas, so, dekat tangga
memang dah tersidai tuala, capai sajalah ;)

lepas dah siap mandi,
pakai minyak wangi,
bedak-bedak sikit,
baru lah wangi, dan bergaya,
aku start motor lalu pergi ke kelas..

hari ni subjek add math ELEMENTARY ANALYSIS
atau lebih senang dikenali sebagai additional mathematics..
alangkah susahnya.. tapi aku teruskan juga untuk belajar..
nak lulus dengan cemerlang!(semangat budak tadika)
hehehe!
hari ni baru masuk bab 2 : garis lurus(kalau tak silap)
susah juga la..
tapi apa yang penting kerjasama! semangat!

lepas dah berhempas pulas belajar,
waktu menunjukkan jam 10.30am!(padahal habis kelas pukul 11am)
yahoo! balik!
baru nak relax-relax sekejap berbual dengan kawan-kawan..
tiba-tiba teringat mak suruh ambil kat sekolah
katanya nak hantar kuih kat pagoh..

setibanya di rumah,
aku pun tak sempat-sempat letak barang,
terus start naza yang dah bertahun tak start
lalu pergi ambil mak aku yang tengah menunggu kat sekolah..
dah sampai saja, ingatkan terus pergi,
tapi kena balik dulu ambil stok kuih yang berada di rumah
(apalah salahnya beritahu awal-awal angkat stok kuih letak kat dalam kereta dulu)
kena balik rumah juga nak ambil stok

-cerita kuih dihantar terpaksa dipotong atas alasan-alasan yang tertentu-
(padahal tak ada benda yang menarik pun)

sebelum aku bertolak pulang,
aku ada tuang minyak kat shell bukit pasir..
semasa hendak membuat pembayaran,
ada terperasan la poster mengikut tahun,
kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pengguna semasa mengisi minyak..
aku rasa, aku tercalon(cerita macam menang award pula)
aku terbiasa isi minyak tanpa mematikan enjin kereta..
tak tahu kenapa.. sejak dari bangku sekolah lagi lah..
senang cerita..
hasrat hati memang nak matikan enjin..
tapi tak tercapai hingga ke hari ni..
wallahualam..
lepas dah habis isi, aku teruskan perjalanan semula..

sampai kat rumah, dah pukul 1pm..
aku baru nak baring-baring rehatkan badan kejap..
dah kena pergi sembahyang jumaat pula..
bangun lagi.. capai songkok,
start kereta kecil aku, terus pergi masjid..
sampai-sampai lupa pula silent phone,
nasib baik teringat..
(perhatian! sila matikan/silentkan phone anda ketika di masjid)
(tiada panggilan sepenting panggilan illahi)

lepas dah habis sembahyang jumaat,
balik rumah lah, apa lagi..
balik dapat la juga aku merebahkan diri..
selesanya (sambil penghawa dingin dibuka)
(barulah best! panas-panas buka aircond!)
(ni tak, sejuk-sejuk nak buka aircond)

tepat jam 2.20pm,
aku pun bersiap untuk pergi ke kelas open source..
nasib baik naik kereta..
sejuk sikit(hari ni agak panas ye)

aku habis kelas jam 4pm(sepatutnya 4.30pm)
tapi disebabkan bab 1 dah habis,
dapatlah outcome edisi raya..
hihihi!
kena buat coding php, pasal current date..
dan juga paparan nama kita..

aku sampai rumah pukul 5pm,
sebab lepak-lepak dengan budak-budak iT..
sembang-sembang pasal raya..
hari raya keberapa nak buat takbir dari rumah ke rumah..
hehehe!! (takbir tak ada pun, ziarah je)
(maklum lah, semua belajar jauh-jauh)
(cuti pun dah tak sama, hari raya sajalah harapan)

hari ni berbuka mee goreng je..
selalu banyak makanan..
makin dekat raya, pula makin sikit..
hehehe! tak apa, jimat ;D
jangan membazir (amalan syaitan)
hari ni aku duduk kat rumah je,
main game gta san andreas..
tak pun the sims 3.. itu sajalah kerja aku..
tak pun myspace, tagged, blog, kelab.. itu saja lah..
hahaha! bosan kan kerja aku?
macam ni lah kehidupan aku hari-hari..
-end for today-

5 comments:

Fær.han/Unown F/Gyan said...

pergh kelas open source tue cmane? aja r~

fiiQ said...

open source tu wat system..
masukkan input, simpan dalam database..
haha!
sabo la..
baru bab 1 ;D

~mistixora~ said...

musti tak best kene g kelas time pepose.. haha.. tpi byk pahale..

m a r s u p i L a m i said...

meh sy ajar add math
fav subjek

:)

fiiQ said...

misti - peh syok la!
xde la bosan sgt dok uma je..
ada kelas, leh jmpe geng..
ngee!!

mars - eake? ajar ar saya ;D

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan