Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Thursday, December 30, 2010

Origami

hoho petang-petang hari tengah tak ada kerja,
ini lah kerja yang aku buat.

buat apa lagi, origami la.
sekarang nak belajar, bukannya susah.
segalanya di hujung jari.
hehehe ! meh tengok aku buat  
BUNGA LILY

tadaa ! hahaha
cantik tak? amateur tak apa..
tak salah =)
hehehe ! lepas ni nak cuba buat benda lain pula.
simple, tapi menarik.
selamat mencuba =)

Salin Baju

hari ini aku nak cerita pasal kuda aku pula
aku pakai kuda ni sebab nak praktikal..
takkan nak naik kuda besar,
takut letak motor bersepah,
diculik oleh penculik pula nanti..
hehehe =)

1st, masa dapat pakai motor ni,
baju dia warna hijau
macam ini lah warnanya

yang ini kasut pinjam,
bukan aku punya..
hehehe !

lepas dah pakai hijau,
tukar selera pula pakai warna hitam putih..


hitam putih ni memang cantik,
tapi masa lepas pakai 2-3 minggu,
dapat baju hitam baru pula,
kebetulan member punya motor kemalangan,
tak ada cover set,
so aku jandakan lah cover set aku ni..


lihatlah beliau
selepas aku sarungkan dia baju baru
hitam saja semua =P


nampak macam simple sangat..
tak ada kemeriahan langsung..
tu yang aku nak tukar baju dia lagi tu..
aku tengah cari baju warna merah..
siapa-siapa ada berminat nak tukar,
boleh la telefon aku ya..
hehehe =)



gambar sebagai rujukan..
tunggu kemunculannya =)

Tuesday, December 28, 2010

Tahun Baru

Tik Tok Tik Tok
membilang hari 
untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU
kepada kau orang semua =)




hehe 
apa azam baru?
apa barang baru?
semuanya baru?
hehe

kita tunggu..

Wednesday, December 22, 2010

Wayang

bagi kau orang yang belum tengok
cepat-cepatlah tengok ya.
cerita ni memang best,
daripada awal cerita,
sampai habis boleh dikatakan asyik gelak saja.
Hehe =)

1st day tayangan dah pergi tengok dah =)
CONFIRM best !
lepas tu cerita aku tengok
baru-baru ni ialah


cerita ni pun boleh tahan
setiap adengan cerita dia,
aku tertunggu-tunggu nak tahu apa kesudahannya.
memang best la,
flow cerita dia tak bosan.
huhu =)
ada bakat jadi pengkritik ni,
cehwah !




Tuesday, December 14, 2010

Sepetang

apa aku nak letak kat entri kali ni
aku pun tak tahu
makin hari makin tak ada cerita aku
nak berkongsi dengan kau orang semua

erm, setakat ni,
Alhamdulillah, skill programming
aku ada terasah sikit.
tapi nak buat cantik-cantik tu tak ada lah,
tapi berfungsi tu, InsyaAllah.
Hehehe !
tapi tak ada orang yang tiba-tiba pandai kan,
melainkan ada usaha untuk berjaya.
bakat terpendam atau keajaiban tu terkecuali.
kueng3 !
perancangan lepas habis praktikal ni,
mungkin aku nak kerja dulu kot,
takkan nak terus sambung kot,
tekanan jiwa aku nanti dibuatnya.
tapi niat nak sambung tu memang ada,
dan semakin membara-bara.
hehehe !

nak sambung kat mana,
itu tak tahu lagi,
tunggu dan lihat sajalah,
ada rezeki, adalah.
Amin.

sebelum sambung menyambung,
aku dengan batch aku ada plan sikit,
kita orang plan nak bercuti ke Port Dickson.
tempat? erm... cadangannya chalet je,
tapi aku nak percutian kali ni
lebih bermakna, ya lah kan,
maybe ini kali terakhir kita berjumpa,
lepas ni masing-masing bawa haluan sendiri,
ikut family ke, kerja kat tempat asal ke,
kahwin ke, siapa tahu?
hehehe !


so memang terBAIK punya la percutian ini aku nak buat.
so aku harap segala perancangan berjalan dengan lancar,
kita merancang, tuhan tentukan segalanya.
InsyaAllah. dengan izinNya,
semuanya akan baik-baik saja =)
oklah, sambung lagi nanti.
~ Assalamualaikum ~

Monday, December 6, 2010

Praktikal Part 4

tik tok tik tok.
Praktikal ku dah nak habis.
Wehe !
Boleh lah aku bangun lambat,
keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan,
karaoke-karaoke, tidur lambat,
berlagak sikit macam pengganggur yang berjaya.
Wahahaha !

Selamat tinggal alam pekerjaan (buat sementara)
Kelak kita ketemu lagi =P

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan