Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Tuesday, May 12, 2009

Muar!




Hai!! Selamat datang ke MUAR JOHOR!
aku nak share lah serba sedikit apa yang ada kat MUAR ni..
lagi-lagi bagi kau orang yang tak pernah datang sini..
hehehe =) 1stly, ini lah peta daerah MUAR..
besar juga kan? hehehe!



yang ni namanya ialah MASJID SULTAN ISMAIL
atau lebih dikenali sebagai MASJID KEDUA..
kalau kau orang dari arah UTARA macam MELAKA ke, TANGKAK ke kan,
masjid ni lah kau orang akan nampak dulu..
tapi kau orang mesti tak perasan punya
sebab masjid ni terselindung sikit..
masjid ni terletak di belakang bangunan kilang ST..
nanti ada jalan..
tapi, kau orang tak boleh masuk dari jalan dekat-dekat jambatan
except kau orang dari bandar MUAR lah, boleh terus masuk ke kiri..
kalau kau orang dari bandar belah utara,
kau orang kena masuk simpang belah kanan
kat trafik light (ada petronas belah kiri).
kau orang kena ikut jalan belakang tu la..
hehehe!



beginilah rupa JAMBATAN SULTAN ISMAIL..
atau pun lebih dikenali sebagai jambatan MUAR..
dulu, jambatan ni tak ada.. naik feri ulang-alik..
tak silap aku lah.. orang tua aku kata =)
bila time malam-malam,
ramailah pemancing-pemancing akan duduk atas jambatan ni..
apa lagi? memancing lah..
aku tak tahu lah boleh ke tak memancing atas jambatan tu..
aku tengok relax saja.. haha!




bila kau orang dah turun dari jambatan MUAR, 1st kau orang mesti nampak punya menara jam ni..
kalau hari minggu, bukan main ramai pendatang asing duduk lepak kat menara ni..
yang peliknya, tak ada pula kena marah.. hahaha!



ini pula satu-satunya shopping complex yang paling popular kat MUAR ni..
lagi-lagi bagi belia-belia lah.. pendatang-pendatang pun ramai juga..
hehehe! ni lah tempat nak cari jodoh, ini lah tempat nak cari barang,
ni lah tempat nak bersantai.. semua nya ada di sini.. tapi hari sabtu saja la..
kalau hari lain tu kurang kot..
shopping complex ni bergabung juga dengan hotel atau dikenali sebagai HOTEL CLASSIC..
hotel ni ada taraf juga la.. sebab ramai artis-artis yang ada buat show,
inilah hotel yang dia orang akan nginap..



ni jalan-jalan MUAR la.. jalan dia senang je kau orang nak ingat..
sebab dia banyak 1 way.. 1 way dia pun tak belit-belit sangat..
sampai pecah otak nak cari jalan.. kecil je MUAR ni..
so, jangan risau lah kau orang sesat.. tak akan punya =)



yang ni pula HOTEL TRADERS.. hotel ni baru lagi..
dahulunya bangunan ni ialah bangunan UMNO..
tapi sudah ditutup berkurun lamanya..
sekarang saja baru nak dibangunkan menjadi hotel..
so far, ok la..
sebab ada secret recipe bawah tu.. hahaha!
ia juga berdekatan dengan bank-bank, balai polis,
bus stand, taxi stand
dan lain-lain..
gerai juga berdekatan.. so bagi yang rajin lepak malam-malam tu,
hotel ni ok lah.. sebab dekat sangat dengan warung-warung..
jalan ni juga menghubungkan antara bandar dengan TANJUNG EMAS..



inilah masjid besar pertama MUAR..
atau dikenali sebagai MASJID JAMEK MUAR..
masjid ni juga kau orang akan lalu untuk pergi ke tanjung..
so singgah-singgahlah sebentar untuk menunaikan solat sebelum sambung berjalan =)



yang ini pula menara jam kat tanjung emas..
dulunya ada jalan tengah-tengah ni..
tapi sudah disimen untuk dibuat dataran..
so kalau ada apa-apa aktiviti/majlis ke, akan diadakan disini..
yang aku tahu, ch9 je ada buat kat sini.. SUA RASA..
hehehe! JOM HEBOH tak boleh buat kot, sebab JB bandar terbesar..
kat sini lah juga kau orang boleh tengok sungai MUAR..
lalu di tepi-tepi.. tengok air pasang surut..
hehehe! kalau waktu malam, lagi romantik..
kuang3! bahaya tu.. jangan malam sangat..
nanti kena tangkap basah pula.. hahaha!



ini pula jalan yang satu lagi,
dimana kau orang semua akan melalui padang golf..
jalan ni menghubungkan antara TANJUNG EMAS dengan TANJUNG KETAPANG..
kat simpang tiga tu, ke kanan TANJUNG EMAS dan kiri TANJUNG KETAPANG..
hehehe! jangan kau orang sesat sudah lah..
kawasan tanjung ni memang popular untuk muda mudi lepak-lepak dengan awek..
tapi tak kurang juga family yang membawa anak-anak bermain di padang permainan..



inilah TANJUNG KETAPANG..
kat sini lah kau orang boleh tengok monyet-monyet..
hehehe! semuanya jinak-jinak tahu..
so kalau kau orang nak datang, bawa lah makanan sikit..
untuk diberi kepada monyet-monyet ni.. kesian dia orang..
hehehe! tempat ini tak kurang popular juga dikalangan keluarga..
setiap petang mesti ada je orang yang datang =)



har! ni lah durian besar yang ada kat tanjung emas..
hehehe! aku tak tahu asal letak durian kat sini..
mungkin satu ketika dahulu, muar ni kaya dengan pokok durian agaknya =)
hehehehe!



dan yang ini pula ialah JETI TANJUNG EMAS..
kalau kau orang nak bersiar-siar kat sungai muar menaiki kapal
yang telah disediakan, pon boleh.. bayaran lupa pula berapa..
tapi ada sign board menyatakan harga dan bila ia dibuka =)

kalau nak diceritakan memang banyak lagi tempat,
tapi bak kata orang an, nak cerita satu hari pun tak habis..
lagi satu, kalau dah cerita semua, karang tak seronok pula
pergi bercuti kat MUAR..
baik ia nya menjadi rahsia/tanda tanya.. semoga kau orang seronok
bercuti di MUAR ini!!

9 comments:

Hazlini said...

sye syg muo!
haha

eyt kamu,nak mntx kamu ajr la cmne nak letak pic byk2 kt blog.
ea?

Puan Anim said...

awk...aja nenek sme tau..he..sakan promote muar...nk g sna jgk..bleyh? pastu tlg bwk nenek jln2

fiiQ said...

to fatin.. hehehe! senang jew..
masa kamu bukak post, kamu tengok je butang2 atas tu.. ada tulis image..
pastu klik la..
hehehe! =)

to nenek.. abes tak ada org promote, sy promote la.. eheheh! boleh2..
ape salahnye.. marilah datang =)

Hazlini said...
This comment has been removed by the author.
fiiQ said...

lar.. kan sudah diajarin..
masih engak faham dong?
hahaha~

Firfa Firzanah said...

bkn enggak paham..
cume mahu bermanja2 dong!!
wakakaka...

fiiQ said...

hahaha! banyak la songeh xD

oRg MuO said...

nti letak la jugak gambo jambatan kedua muo, beca beso, warung mee bandung n ikan bakar sabak awor.. =)

fiiQ said...

ngahaha!
kalo cite sume kang,
xbest la..
nanti org da taw..
hehehe!
rahsia2!

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan