Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Sunday, May 31, 2009

Cuma Mahu Berkongsi!


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Selamat Kembali Ke Kolej!


hehehe..
mesti kau orang tertanya-tanya,
siapa yang dah naik ni..
hahaha!



ucapan ni aku tuju khas untuk semua
warga COSMOPOINT MUAR!
tak tahu lah kalau ipta/ipts yang lain
sudah mula kembali juga..
hehehe!
kalau ada,
aku ucapkan juga,
SELAMAT KEMBALI!



kau orang dah sedia belum nak start study?
bagi yang sudah, tahniah la..
bagi yang belum, bawa-bawalah bersabar..
nanti dah seminggu dua start belajar,
lupalah tu rasa nak cuti..
kan kan kan?
hehehe :D

hope kau orang semua enjoy belajar!
jangan malas-malas..
sem baru, azam baru..
hehehe!

Saturday, May 30, 2009

Basic Japanese Word!




watashi no namae wa _____ desu - my name is
onamae wa? what is your name?
ohayou gozaimasu - good morning
konnichi wa - good afternoon
konban wa - good evening
oyasumi nasai - good night
hai - yes
iie - no
shite imasu ka? - what are you doing?
genki desu ka? - how are you
genki desu - i'm fine
jaa, mata ne - see you later
sayounara - goodbye
ki o tsukete - take care
shitsurei shimasu - excuse me
bai bai - bye bye
arigatou - thank you
doutashimashite - youre welcome
saikin dou desu ka - how have you been recently?
hisashiburi - its been a while
ko shu wa nani o su ru tu mo ri de su ka? - what are you plannig to do on this weekend?
yume - dream
amai - sweet

hehehe! let's share together ;)
ilmu jangan kedekut..
kan kan kan ;)

Friday, May 29, 2009

Cuti sudah tiba


ya! musim cuti sekolah sudah tiba..
begitu juga pelajar-pelajar ipta..
heheh! sudah rancang hendak bercuti ke mana?
ke duduk rumah juga?
hehehe!



aku dah nak naik sem 4 dah 1/6 ni..
so cuti aku dah habis lah..
kau orang nak gelakkan aku?
hahaha! tak dapat..
sebab apa aku kata tak dapat?
sebab alang cuti seminggu ni,
aku bosan gila duduk rumah!
tak tahu nak buat apa..
kerja asyik makan, tidur saja..

nasib baik lah cuti seminggu..
wah! boleh jumpa kawan-kawan balik..
lecturer.. hehehe!
tapi satu saja aku tak suka..



kenapa jadual baru ni banyak pagi!
ah bencinya!
tak dapat lah nak online sampai pukul 2-3pagi..
waaaa! bosan! bosan!
marilah kita boikot ramai-ramai..
hahahah! tension seh tengok jadual baru..
adui~

walau apa-apa pun,
aku ucapkan selamat bergembiralah cuti ni!
and bagi yang dah naik,
semoga berjaya mengharungi subjek-subjek baru!
hehehe! senyum-senyum selalu ;)

Thursday, May 28, 2009

Pelik tapi benar


apasal lah hari ni ramai sangat nak demam ni?
adakah hari ni musim demam sedunia?
ke seMuar je?
huhuhu!



siapa lah yang bawa penyakit ni..
ni mesti berjangkit-jangkit kat orang lain..
aduh! harap-harap aku tak kena lah..
ni pun dah ada tanda-tanda nak demam..
pening saja..
batuk selsema tak ada..
hehehe! tak sanggup wor!

tapi rasa bukan demam kot..
mungkin tak cukup tidur..
maklumlah.. malam tak tidur lena..
diganggu.......
ZZzzzzz!

bagi sesiapa yang demam tu,
moga cepat-cepat sembuh ya ;)
jangan lupa makan ubat..
dan rehat secukup-cukupnya..
nanti boleh la baca/komen blog saya..
hahaha!



pis pis kacang pis..

Agak Segan Lah...


Rabu bersamaan 27/5..
kawan mak aku datang ke Muar..
bukan untuk bercuti..
tapi sempena sukan pendidikan khas yang diadakan
di stadium MUAR..

mak aku cakap,
dia ni orang SABAK BERNAM..
alang-alang dah terlanjur ada di MUAR,
mak aku pun nak tunjuk-tunjuk lah
jalan-jalan di MUAR ni..
huhu! seronok la juga..
dapat pusing satu bandar MUAR..
ya lah kan, bukan besar mana pun..
pusing-pusing, situ juga..
jadi senang la kerja aku..
hehehe!

masa tengah pusing-pusing,
dia tanya lah kat mak aku..

'banyak ya nama SULTAN ABU BAKAR'

mak aku pun jawab lah..

'Aah! nama pemerintah dulu-dulu kan..'

'mesti dia banyak membangunkan,
sebab tu banyak tempat letak nama dia'

mak aku mampu ketawa kecil sahaja..

sampai sahaja depan ASTAKA,
kawan mak aku tanya lagi..

BANDAR MAHARANI tu sempena nama apa?
agak terdiam juga lah mak aku..
dengan aku-aku sekali terdiam..
punya lah lama duduk di MUAR..
tapi aku tak pernah ambil tahu pun sejarah itu semua..
erm.. agak malu lah juga bila orang luar tanya,
tapi kita tak tahu jawab..
kalau orang kita tak kenal,
boleh lah cakap,

'maaf encik/cik, saya bukan orang MUAR'
(Sampai tak mengaku tu nak cover punya pasal)

hahahaha!
ni dah kenalan sendiri tanya..
har! ambil kau!
penangan! sebab tak nak ambil tahu..

disini saya telah sediakan satu nota
tentang BANDAR MAHARANI
harap kau orang tahu lah ya bila orang tanya nanti ;)

Bandar Maharani, juga dikenali sebagai bandar Muar
di daerah Muar merupakan bandar DiRaja negeri Johor.
Ia mempunyai penduduk seramai 110,000
dan dibuka sekitar 1884,
dinamakan bersempena isteri Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.

inilah serba sedikit sejarah MUAR ;)

Tuesday, May 26, 2009

Takutnya....


aduh..
tiap-tiap malam 'benda' tu kacau aku tidur..
tiap kali aku nak tutup mata saja,

'hehe'



'hehe'

kedengaran..
aku pun tak tahu mana datang suara tu.
aku buat bodoh saja lah..
nasib baik dia tak ada lah sentuh-sentuh..
just bunyi-bunyian..
geram la juga..
tapi takut pun ada..
maklumlah, tidur seorang saja kat ruang tamu..
tak biasa tidur kat bilik..

kalau aku buka tv,
bunyi tu tak ada..
tapi kalau tv tu dah tutup..
lampu dah tutup..
ada saja bunyi-bunyi..
ketawa lah..
bunyi kerusi gerak-gerak lah..
aduh! tolong lah..
jangan kacau saya :(
saya tak kacau kamu lol..



sigh*

kenalah selalu tidur kat atas..
salah satu sebabnya malas nak tidur kat atas,
nanti susah nak bangun lah..
selalu sangat tidur lambat,
dah terbiasa..
sebab kalau waktu malam-malam ni, aktif sikit..



tu yang payah tu kalau nak tidur awal..
even dah tutup semua,
pukul 10 belum tentu boleh tidur..
aduh~
letih-letih..

Letih! Tired!


uwaaaa!
mulai isnin (26/5) aku hari-hari kena bangun pukul 6..
selalunya pukul 6.40 baru bangun..
itu pun sebab sembahyang subuh saja..
lepas itu, tidur balik..
sekarang dah tak boleh..
kena hantar adik sekolah..
balik-balik pula,
kena sidai kain..
sapu rumah..
dah siap semua kerja rumah,
barulah boleh rehat sekejap..



tengah hari kena jemput lagi..
hari-hari dah kena buat macam tu..
letih lah.. mungkin tak biasa lagi..
uwaaa! penat! bosan! letih!
huk3~



mahu macam dulu-dulu..
tidur pukul 12 keatas..
esok bangun pagi, lepas solat,
boleh sambung tidur..
sampai lah tengah hari..
seronoknya..
tapi sekarang.....
tidak lagi =(

Sunday, May 24, 2009

Suka Ke Sedih?


hahaha!
mari tukar kereta baru..
volvo akan ditukar kepada kereta baru..
proton kah perodua kah?
mana satu pilihan anda?
eh! aku lah..
asal pula kau orang..
huhuhu!



mak aku dulu suruh ambil SAGA!
oh tidak! sungguh tidak menarik hati aku lah..
aku bangkang habis-habisan..
akhirnya SAGA tidak dipilih..
yuhuuu!!



sekarang mak aku suruh ambil PERSONA..
wah! boleh lah.. daripada SAGA an..
hahaha! tak sanggup aku..
wah! atas nama aku..
bapa aku sebagai penjamin..
sebab banyak sangat kereta..
so tak boleh ambil lagi kereta atas nama dia..
huhuhu!



yang part sedih, bukan aku guna..
kakak aku yang belajar di UNISEL akan guna..
huhuhu! tapi tak apalah..
NEO ada.. huhuhu!
vroom vroom!



Naza dalam dilemma..
nak jual, tak..
nak jual, tak..
itu parents aku yang tentukan..
aku tahu guna saja ;)

Saturday, May 23, 2009

Silly God Disco - GazettE!




peh! syok sangat layan lagu ni..
1st time dengar dah jatuh hati..
hehehe! sekarang kat playlist lagu aku,
letak satu lagu ni saja..
hari-hari dengar pun tak bosan..
kih3! layan!
fesyen dia orang pun sangat cantik..
suka-suka! sangat-sangat!

GazettE!




In March 2002, Ruki, Uruha, and Reita (all former band mates), and Aoi and Yune (also former band mates) formed a band under the name Gazette.

Aoi (葵)– guitar
Reita (れいた) – bass guitar
Ruki (ルキ) – vocal
Kai (戒) – drums
Uruha (麗) – guitar



Origin Japan
Genre(s) Alternative metal, Nu metal, Hard rock
Years active 2002 – present

Untungnya....


untung kan kanak-kanak sekarang..
macam-macam dia orang dapat..
sekarang ni, kalau aku pergi shopping complex..
budak dalam lingkungan 12 tahun dah pakai handphone..
kita dulu nak pakai handphone kena tunggu result baik baru dapat..
tak pun tunggu naik sekolah menengah atas..
baru lah merasa pakai..

motor pun macam itu juga..
naik menengah atas baru dapat..
pergi sekolah naik basikal saja..
sekarang wah! form 1 dah dapat motor sendiri..
begitu seronoknya..



tapi satu saja dia orang rugi..
dia orang tak dapat merasa keseronokan mengayuh basikal..
hehehe! seronokkan?! siapa setuju?! hehehe!
har! naik basikal seronok..
siapa kata tak seronok..
hehehe!



duit belanja pun begitu juga..
dulu belanja RM2 saja..
kadang-kadang RM1 pun ada..
kadang-kadang bawa bekal saja pun ada..
tengok sekarang, anak-anak pergi sekolah,
bawa paling sikit RM5..
paling banyak jangan katalah..



disini aku terfikir..
memang untung kanak-kanak sekarang..
tapi pernah ke dia orang terfikir penat lelah
parents dia orang bekerja mencari rezeki?
anak-anak menghabiskan duit itu dengan sewenang-wenangnya..
enjoy sana sini..
duit dibelanjakan kepada benda yang tidak berfaedah..
jika jarang, boleh diterima..
sekadar untuk melepaskan tekanan..
tapi kalau selalu? adakah patut?
oh tidak.. mesti dia orang tidak pernah terfikir penatnya
orang tua bekerja mencari sebutir beras..
anak-anak menghabiskannya dalam sehari saja..
tak cukup diminta lagi untuk tambah..
kalau diberi nasihat, adakah dia orang akan dengar?
begitu tinggi peratusnya yang tidak mengendahkan
daripada yang mendengar..
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..

aku ada juga cuba nak cari kerja..
tapi larat ke aku?
nak bekerja sambil belajar?
macam tak.. macam ya..
entahlah..
tapi kalau boleh, aku nak cari satu kerja
di rumah, yang boleh menambah pendapatan aku..
bukan apa, cuma mahu membantu kedua-dua orang tuaku..
dan juga diriku sendiri..
sama-sama kita hayati pengorbanannya..
terima kasih ya ALLAH kerana dengan rezekimu,
aku dapat hidup tanpa perlu rasa lapar dan dahaga..
semua cukup.. makan pakai tempat tinggal..



pernah kah kau orang bersyukur?
jika tidak, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat ILLAHI..
dengan limpah dan kurnianya,
dapatlah kita hidup dengan bahagia di atas muka bumi
yang sementara ini..
janganlah kita lupa dengan segala yang telah dikurniakanNYA
kepada kita.. berSYUKURLAH dengan apa yang ada..
sesungguhnya ada hikmah jika dia memberikan/mengambil sesuatu
daripada kita..

ALHAMDULILLAH SYUKUR!!

Friday, May 22, 2009

Bosannya..




bosannya..
apa nak buat ya?
nak berjalan, tak tahu nak pergi mana..
MUAR ni ada apa saja?
harapkan tanjung saja ada..
huhu! patut la MUAR digelar bandar PENCEN..
hehehe~

minta-minta la masa berlalu dengan cepat..
supaya aku boleh keluar sambung belajar di negeri lain..
kadang-kadang difikirkan,
menyesal pula tak pergi cosmopoint lain daripada MUAR..
tapi kalau aku berbuat demikian,
aku tak akan dapat kenal kau orang semua yang baik-baik hati..
hehehe!

jadi aku bersyukur sangat lah dapat kenal kau orang..
semoga kita semua sukses dalam study ni ok!
dapat result gempak-gempak..
lepas itu baru lah kita belajar jauh-jauh sikit..

*tik tok tik tok..
dah 2 tahun ke belum?
ahaks! belum kah?
aduh! ingatkan sudah..
huhuhu!

Karangan part 1!


KLIK! untuk ZOOM.. Terima Kasih!







Wednesday, May 20, 2009

Pengalaman membawa kereta?!


SALAM!

ni nak cerita sikit lah pengalaman aku membawa kereta..
bila masanya aku bawa? apakah masalah masa aku bawa?
apa yang terjadi? hahaha! memang aku tak boleh nak lupakan..

1st time kau orang bawa kereta masa umur kau orang berapa?
atas 17? tak hebat.. bawah 17? memang hebat!
hahaha! ada macam iklan tv tu tak?
iklan apa aku pun dah lupa..

sebelum aku cuba bawa kereta ni,
aku ada lah cuba-cuba bawa motorsikal 125z..
yang dipinjam dari member aku..
maklum lah, volvo tu kan manual..
so, aku kena lah belajar pasal clutch dulu..
kalau tak, macam mana lah..
tapi yang seronoknya, aku bawa 125z tu,
gear 1 saja.. hahaha! tak lepas lagi lah masa tu bawa..
sekarang dah reti.. hahaha!



saat yang dinantikan..
masa aku bawa volvo ni jalan,
parents aku tak ada kat rumah..
kunci pula ada kat rak..
aku pun apa lagi..
rezeki jangan ditolak..
sebat lah start volvo tu..
bila enjin dah hidup muka bukan main seronok lagi..
senyum sampai ke telinga..
tapi apakan daya, bila lihat depan,
celah stereng saja nampak..
pendek rupanya aku ni.. adoyai~
maklum lah, aku belajar masa tu pun form 3..
mula-mula tu setakat main gear reverse dengan gear 1 saja la..
kira main ke hadapan, belakang, depan, belakang..
itu saja.. nak cari gear reverse dia tak nak payah pula..
ingatkan macam kereta biasa-biasa saja..
sekali kat gear tu, ada songket sikit..
fuh! dah macam bawa motor 125z..
siap songket-songket gear..
baru lah jumpa gear reverse..
punyalah seronok kan bila kereta besar dari kita ni bergerak..
hehehe!

lepas tu, ujian kedua pula..
main belok-belok..
main la stereng ni.. try belok keluar dari laman rumah..
wah! bergerak lor! uwah! seronok nya!
tapi tak nampak depan..
agak bahaya juga..
aku reverse balik.. cari lah buku tebal-tebal..
dalam 2 gitu kot.. buat alas punggung..
har! baru lah nampak depan.. wah seronok betul..
dapat pusing taman naik kereta..
besar pula tu.. panjang, lebar..
memang macam raja lah bila lalu..
maklumlah, semua mengelak..
hahaha! tapi yang kelakarnya,
gear 1 saja bawa..
tak reti nak change gear 2..
senggut-senggut lah kereta tu..
hahahaha!! memang kelakar.. bayangkan,
pusing taman guna gear 1 saja..
mahu tak meraung kereta tu minta gear..
hahaha! tapi aku tak mudah putus asa..
aku cuba lagi untuk tukar kepada gear 2..
itupun selepas aku parking semula kereta dirumah..
dah action-action kat laman,
baru lah aku start balik kereta..
nak selesaikan misi masuk gear selain gear 1..

start-start, aku pun meneruskan perjalanan..
lama juga aku pusing-pusing taman..
akhirnya misi aku berjaya.. aku berjaya!
rupanya main tarik-tarik saja gear dia ni..
atas bawah, atas bawah, kiri kanan, kanan kiri saja..
ada no tulis.. hahaha!
nak masuk gear berapa..
tapi pastikan, clutch dipijak lah..
kalau tidak, meraung kereta tu..
tengah show-show tengok kaki pijak clutch,
nak langgar ah so beli roti kat kedai depan..
nasib baik lah tak langgar..
and dia pun tak perasan yang aku nak langgar dia..
hahaha! brek tu jaga juga..
jangan sibuk sangat tengok kaki sampai kat clutch ke tak..
hehehe!

petang tu kira aku dah pandai la main brake,
main clutch, main minyak..
tak sampai sehari, aku dah pergi bawa keluar jalan besar..
kalau kau orang duduk muar,
kau orang tahu berapa jauh bakri-pesta tu,
sampai jalan temenggung ahmad..
sampai situlah aku bawa.. hahaha!
dekat jalan besar..
berbekalkan ilmu didada..
aku nekad bawa keluar..
fuh! dah macam dato'-dato'..
kereta besar.. orang kecil saja dalam kereta tu..
huhuhu!

agak-agak kau orang,
dalam bulan tu juga, aku pernah bawa sampai mana?
hahahaa!! tettttt! masa dah tamat..
aku pernah bawa sampai BP atau batu pahat..
tanpa lesen.. huahuahua!
ini memang aku bernasib baik lah..
sebab masa ni, jpj ke polis ke,
belum keras lagi.. undang-undang pun tak ketat..
road block pun kurang..
so, bedal saja lah bawa..
huhuhu! seronok sungguh dapat rentas daerah lain..
naik kereta pula tu..
memang mewah..
hehehe!

start daripada tu juga aku bawa kereta pergi sekolah..
wah! memang bergaya..
abe-abe volvo..
huhuhu! besar dan panjang saja parking kat kawasan luar sekolah tu..
lepas dah lama sikit, baru lah dapat kereta lain..



tak silap aku, naza tu dulu kot aku bawa pergi sekolah..



lepas itu, baru lah neo..
hehehe :D



perdana pun aku pernah bawa pergi sekolah..
balik sekolah, memang jadi tumpuan la..
paling aku tak boleh lupa,
masa nak balik sekolah tu,
ada road block.. jpj yang buat..
naik gelabah aku dibuatnya..
tapi aku relax.. lelaki kena relax beb..
cool.. hahaha!
dia check aku pakai tali pinggang keledar..
check road tax hidup..
terus dia bagi jalan..
ALHAMDULILLAH! hanya tuhan saja tahu..
berapa laju nya degupan jantung aku..
dah macam jumpa teman istimewa saja..
huhuhu! jpj tu teman istimewa juga..
kui3! seronok! hahaha!

nak bagi peringatan sikit..
nak bawa tu boleh..
tapi biarlah ada lesen..
bukan apa, mana tahu nasib tak baik..
terlanggar anak orang ke..
terlanggar kambing melintas itu tak apa..
huhu! so fikir-fikirkanlah..
ada baiknya..
jangan contohi saya..
saya budak sangat baik :P
kui3! salam~

Suatu petang...


salam!

pada suatu petang yang indah dan permai..
tengah show-show driving kat area-area bandar..
ternampak lah satu kereta buatan MALAYSIA ni..
memang cantik menarik kau memang tembam la..

nak dipendekkan cerita,
masa tengah jalan-jalan ni,
mak aku pun ada sekali duduk kat belakang..
cerita lah kat mak aku..

'mak, tolak lah kereta kat rumah tu, ambil kereta ni'

'tunggu lah tahun depan, budget dah lari'

'ok' (dengan senyuman agak lebar juga)

hahaha!
tahun depan, aku dah grad.. INSYAALLAH..
tapi yang tak sedap nya,
mak aku suruh sambung bayar sendiri..
hahaha!

mesti kau orang tertanya-tanya kan apa kereta yang aku tengok tu?
adakah perodua MYVI? VIVA? KEMBARA?

proton EXORA? PERSONA? NEO? WAJA? GEN-2?

hahaha! kalau kau orang kenal aku,
mesti kau orang tahu, mana taste aku..
hahaha! selamat mencari!
aku suka gila kereta itu..
sangat menarik hati xD

sekarang ni tak boleh lah ambil..
sebab kakak aku pun dah nak sambung belajar kat u..
so, kat rumah, aku saja lah yang sulung..
aku lah hari-hari kena hantar adik pergi sekolah..
kejutkan.. beli lauk..
macam mana aku nak balancekan masa aku di rumah?
dan juga dikolej?
aku kena siapkan jadual aku sendiri..
supaya aku tidak menjalani kehidupan yang tidak teratur..
aku juga akan kurangkan online..
kalau online pun mungkin sampai pukul 12 saja?
hehehe! itu pun kalau tahu lah nak berhenti..
hehehe! apa yang penting,
semangat itu ada..

caiyok-caiyok!

Tuesday, May 19, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah..
bersyukur ke hadrat illahi..
dengan limpah dan kurnianya..
aku masih lagi bernyawa di atas muka bumi NYA..

pada hari ni (18/5),
peperiksaan akhir dijalankan..
hari ni, subjek MALAYSIAN STUDIES..
nasib baik lah boleh cover kan emosi..

dah lah moody saja..
lepas itu, kena jawab exam..
nasib baik lah boleh jawab..
and tak too emotional..
hehe! thanks for all my friends for supporting me..

esok exam masih ada..
so jangan lupe baca buku ok..
good luck for all mu friends..

barang siapa yang mengambil ujian,
aku doakan kau orang lulus lah dengan cemerlang..
amin =)
study.. usaha tu tangga kejayaan..
kalau nak lulus, tapi tiada usaha..
tiada guna juga kan..
hehhee! jangan lupa berdoa kepada ALLAH..
sebab semua datang dari DIA..

salam :)

Monday, May 18, 2009

Sedihnya...




aku pun tak tahu kenapa aku sad..
perasaan ni datang tiba-tiba..
tapi aku tak adalah sampai menangis sampai mengeluarkan airmata..

setakat menangis di dalam hati..
meronta.. tidak tahu apa alasannya..
mungkin memikirkan masalah yang dihadapi..

entahlah..
banyak kali juga terfikir untuk menamatkan riwayat hidupku..
tapi sungguh berdosanya aku jika aku membuat sedimikian rupa..
setiap kali lepas solat, aku berdoa kepada Allah..
berilah aku petunjuk..
kenapa KAU buat aku begini..
mungkin aku sudah banyak berbuat dosa kepadaMU..
tetapi aku tidak lupa untuk bertaubat setiap kali aku telah melanggar arahanMU..
mungkin inilah balasan dariNYA..

setiap kali aku ingin melelapkan mata..
kepala ku asyik memikirkan..
bilalah aku nak mati..
kenapa aku tidak mati-mati..
adakah ini hasutan syaitan?
atau perasaan aku sendiri?
entahlah..
hanya tuhan yang tahu apa yang aku sedang fikirkan..

kesabaran seseorang manusia mempunyai tahapnya..
setakat ini ALHAMDULILLAH..
aku masih lagi boleh bertahan..
tuhan memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan..
tapi sampai bila?
aku tidak mungkin akan tahan selamanya..
mungkin lusa? bulan hadapan? tahun hadapan?
aku sudah tidak tahan?
mungkin aku akan memikirkan cara untuk menamatkannya?
tapi bagaimana?
hmm..

jika sesuatu berlaku kepada diriku..
terutama kepada keluargaku..
maafkanlah anakmu ini..
sesungguh aku tidak berniat untuk melukakan perasaanmu..
jika aku terkasar bahasa kepadamu,
maafkanlah anakmu ni..
sungguh besar pengorbananmu wahai ibu bapaku..
sesungguhnya aku seorang manusia sahaja..
yang hanya melakukan setiap kesalahan..
kepada kawan-kawanku..
maafkanlah aku..
tiada niat untuk melukakan kau orang semua..
semoga kau orang dapat memaafkan aku..
terima kasih juga sebab support aku..
sungguh murni niat kau orang..
dan semua yang mengenali diri aku..
maafkan lah segala kesalahan aku..
tiada niat untuk menagih simpati..
cuma berharap kau orang menjadi pendengar yang setia..
mungkin itu sudah cukup bermakna bagi aku..
berilah aku peluang terakhir untuk menikmati kegembiraan di dunia ini..



akhirnya........
air mata ni jatuh juga berguguran ke bumi..
maafkan aku kerana aku tidak dapat lagi menahannya daripada jatuh..


;(
sampai disini sahajalah warkah dari seorang hamba
yang bernama MUHAMMAD SYAFIQ BIN PUNIRAN..
semoga kau orang direstui oleh ALLAH S.W.T

salam!

Sunday, May 17, 2009

[PIC] southern AGM!
















Apabila kemiskinan melanda!


huaaaaaa!!
duit dalam beg duit dah kering kontang..
susahnya tak ada duit even seringgit sekali pun..
duit belanja kejap dapat kejap tak dapat..
membuatkan aku sukar nak mengumpul duit semula..
top-up lagi.. makan lagi..
so kalau aku tak dapat duit belanja,
aku akan tahan kelaparan aku di kolej..
sehingga dirumah..
kena lah makan dirumah..
itupun kalau lauk masih ada..
selalu kalau aku balik saja,
makanan mesti dah habis..

so, hari-hari aku menghadap maggi goreng saja la..
apa aku nak buat =(
duit dah tak ada..
nak collect balik pun dah susah..
tak ada ke duit turun dari langit..
bak kata orang, hidup ibarat roda..
kadang-kadang kita di atas..
kadang-kadang di bawah..

so sekarang ni, aku memang betul-betul berada di bawah..
nak kata aku lagi teruk, memang tak dinafikan ada yang lagi teruk..
tapi aku tak tahu lah tahap aku boleh tahan sampai bila..
bagi dia orang yang sudah merasakan pengalaman ini,
mungkin boleh bertahan..
tapi aku???? dapat kah???

moga-moga aku dimurahkan rezeki..
dan semua yang senasib dengan aku..
sesungguhnya Allah itu maha adil..
apa yang dibuat oleh NYA pasti ada hikmah..


syukur apa yang aku ada..
aku masih lagi boleh makan..
even tak kenyang..

ALHAMDULILLAH~

Southern AGM!


hari sabtu (16/5)..
hari yang ditunggu-tunggu..
sebab hari ni, ada satu perjumpaan dimana rombakan kelab bagi belah selatan,
akan diadakan..
tak sabar rasanya nak berkumpul antara satu sama lain..
bukan apa, seronok bila berkonvoi, kereta semua sama saja..
lagi seronok bila jadi perhatian..
hehehe! itu yang paling best..
apa yang penting, kami sokong barangan buatan malaysia :D

aku bertolak dari muar dengan kawan aku..
dia berasal dari Terengganu, tapi buat praktikal kat muar..
aku bertolak dekat pukul 6.30 juga..
sebab dia ni balik kerja dah pukul 5.30..
nak bersiap lagi..
aku yang tak ada kerja, mulakan lah dengan membasuh kereta..
tengah syok-syok basuh, jam dah menunjukkan pukul 6.15..
kelam kabut aku pergi mandi semua..
jirus 2-3 kali.. sabun-sabun badan..
jirus 4-5 kali.. dah siap..
hahaha! janji air semua kena satu badan..
dah siap semua pakai baju,
aku pun memulakan perjalanan..
mula-mula aku mencari rumah kawan aku seorang ni..
entah mana rumah dia, aku pun tak tahu..
dia kata, rumah dia dekat-dekat gereja..
bertentangan..
yang aku tahu, kat muar cuma ada satu saja gereja..
aku pun tunggu punya tunggu..
bulan tak timbul-timbul..
last-last aku telefon, suruh dia tunggu dekat tepi jalan..
sekali ada lagi gereja rupanya depan sikit..
bersebelahan dengan bomba..
huhuhu! nasib baik dekat saja..
lepas ambil dia.. aku pun teruskan perjalanan..
yang member aku seorang ni, dah tunggu depan SMK SAB..
lama juga dia tunggu dia kata..
hehehe! apa boleh buat.. muar ni pun aku tak habis explore..
kui3! kan dah sesat jalan xD

kami pun bertolak dari muar kira-kira 6.30 lah..
masa perjalanan tu kira tak bosan la..
sebab aku ada teman berbual..
kita orang mulalah bercerita macam-macam..
pasal hal diri masing-masing..
nak kata aku ni kuat sosial, tak juga..
tapi nasib baik lah segan aku tu datang sekejap saja..
lepas tu hilang dah.. kira macam dah kenal lama saja..
hehehe! aku bawa kereta masa tu pun tak laju..
80km/h.. ala-ala patuh had laju la konon..
kui3! pemandu berhemah.. ingatlah orang yang tersayang..

kami semua tiba di bandar batu pahat,
kira-kira pukul 7.40 juga lah..
di situ, member kelab dah tunggu..
ada lebih kurang 3 biji lah..
dan semuanya daripada bandar batu pahat..

kami teruskan lagi perjalanan ke destinasi yang dituju..
kat bisik-bisik restaurant..
tempat tu kecil je.. tapi best lah..
sunyi je.. nama pun bisik-bisik..
hehehe! parking pun ok..
muat kami semua..

setibanya disitu, yang lelaki,
mulalah bersalam-salaman..
sesi suai kenal..
ada yang dari jb.. ada yang dari bp..
semua dari johor la senang cerita..
hehehe! dan kesemua kereta hampir tidak standard..
dengan sport rimnya.. dengan body kit nya..
aku kereta yang standard, al maklumlah..
pelajar kolej swasta..
mana lah banyak duit nak spend untuk kereta..
semuanya habis kat kolej saja..

lepas tu, makan la..!
apa lagi.. banyak gila lauk-pauk..
hehehe! apa lagi..
makan sajalah apa yang ada..
aku makan sikit saja kot..
nasi, lauk ayam masak merah..
sekali dengan tomyam..
memang sedap hingga menjilat jari..
dessert pula buah-buahan..
hehehe! memang kenyang sangat lah..
sampai tak boleh cakap dah..

masa sesi perbincangan tu,
pemilihan ketua dari semua ahli bagi johor..
ketua daerah..
macam-macam lagi lah..
masa vote tu, diaorang kekenyangan pun tak boleh nak cakap banyak..
setuju-setuju saja lah..
hehehe! kelakar betullah :P

kami habis perbincangan kira-kira pukul 10.30..
lepas habis perbincangan, mula lah berbual-bual kosong..
sampai pukul 11 lebih..

sesi bergambar..
seronok muka masuk kamera..
hehehe! macam-macam gaya dibuatnya..
ada yang baring lah..
tanduklah.. hahaha! macam-macam ada..
nanti ada masa, akan aku upload disini..
hehehe =)

dan akhir sekali destinasi ialah
berjalan-jalan di dataran batu pahat..
ketika itu, sangat sesak..
ramai sangat budak, remaja, besar, tua, kecil dan lain-lain..
ada yang berkereta, naik motorsikal..

akhirnya bersurai pada pukul 12.30..
memang seronok habis lah..
antaranya dapat kenal member-member baru..
cuci-cuci mata tengok kereta diaorang..
memang lawa-lawa dan laju-laju..
aduhai~

kali ni, balik muar,
aku sebiji kereta saja..
sebab yang member aku ni,
ada games..
so dia stay kat rumah dia kat parit raja..
jadi tinggal lah aku berdua dalam kereta..
ada la juga teman berbual..
kalau tidak.. dah la pagi-pagi buta..
jalan seorang-seorang pula..
mana ada orang.. menakutkan..
jalan dah la gelap..
lepas tu banyak lencongan pula..
nasib baik ada teman berbual..
cerita lah apa yang patut diceritakan..
memang cerita tu gelak saja lah lebih..
ya lah, takkan nak cerita series saja..
karang bosan pula..
baik cerita pengalaman yang kelakar-kelakar..
share experience..
hehehe!
sampai muar mana boleh terus balik..
mata dah besar macam tu..
kena lah sambung pusing bandar muar cari idea..
almaklumlah.. aku seorang saja dari muar..
aku dilantik jadi head muar..
aduhai..! apa aku nak promote kat muar ni..
cuma ada, durian besar kat tanjung tu..
jeti tanjung emas.. mee bandung muar..
kopi 434.. apa lagi? 'danga bay' kat-kat jambatan muar tu..
itu saja lah..

ada juga lalu kat jalan sayang..
jalan yang terkenal dengan golongan shemale..
tapi golongan tu dah berkurangan dah kat muar ni..
mana dia orang rantau aku pun tak tahu..
lagipun aku suka tengok telatah dia orang bila
ada orang lalu-lalang, dia memanggil-manggil diminta untuk servis..
hahahaha! memang kelakar siap berkejar-kejaran..

aku pulang ke rumah kira-kira pukul 3.30..
aku balik pun tak terus tidur..
sempat lagi online komputer..
sampai 4 lebih..
baru lah tidur.. itu pun disebabkan aku tiba-tiba pening..
mungkin akibat daripada tak cukup tidur..

ZZzzzz~
Selamat Pagi!
Sweet Dream!
Salam =)

Koleksi Lawak Jenaka!


Selamat Hari Guru!
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Malam Pengantin!

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Kurang Ajar!
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Lawak Malam Pengantin!

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”

Saturday, May 16, 2009

Pengalaman membawa motorsikal!


SALAM..
nak cerita panjang lebar pengalaman ni,
memang lah segan..
tapi kau orang mesti ada punya pengalaman membawa motorsikal ni..
al-maklum lah, baru 1st time dapat bawa sendiri..



motorsikal pertama yang aku cuba bawa ni, kriss makcik aku..
masa tu, dia saja datang rumah, melawat..
aku pun suka lah kan, ya lah, rumah bukan ada motor..
seronok lah, makcik datang rumah naik motor..
aku pun apa lagi, duduk la konon-konon tengah bawa motor tu..
siap superman la.. macam-macam gaya juga aku lakukan..
punya la excited kan..

tengah show-show buat stunt,
mak aku suruh lah aku pergi beli pisang goreng ke,
chakui ke.. (betul ke eja ni? hentam sajalah labu)
nak cari kayu.. nak cari kayu..
hahaha! aku langsung tak pandang basikal dah, depan mata masa tu..

mak aku masuk saja dapur nak siapkan air,
aku pun apa lagi, 'makcik-makcik, pinjam motor jap, nak pergi kedai depan'

'kau ni ada lesen ke? boleh bawa ke?'

'boleh la makcik.. tengok kaki lah'

'lah, tinggi pun tidak, nanti terkapai-kapai pula kaki tak jejak tanah'

al-maklum lah, aku ni pendek saja orangnya.. hahahaha!
dengan ayat yang manis dan penuh keyakinan..
akhirnya makcik aku pun memberikan kunci motorsikalnya kepadaku
tanpa was-was..

dapatkan ginseng motivasi!
sesungguhnya kejelitaan hakmilik setiap insan!
opsss! hahahaha!

sambung balik, sambung balik..

dengan hati yang gembira..
aku pun start lah motorsikal tu,
dengan kaki yang terkapai-kapai,
aku terus saja pulas throttle dengan lajunya..

wah memang seronok lah dapat bawa motorsikal masa tu..
kalau naik basikal,
anginnya bertiup sepoi-sepoi bahasa je..
kadang-kadang, tak ada pun.. hahaha!
inilah nikmatnya bawa motorsikal..
angin macam ribut.. huhu!
guna jari pun boleh..
hahahaha!

setibanya aku di gerai pisang goreng..

kebetulan yang meniaga pisang goreng tu,
ada lah juga awek jaga..
bergaya lah juga bila turun motorsikal tu..
perlahan-perlahan turun.. tongkat..
dengan penuh keyakinan,
lalu aku berkata,

'makcik, pisang goreng dua ringgit..'

'pisang goreng dah habis lah dik.. yang tinggal, cuma kuih-muih saja'

sambil mencari-cari kuih yang boleh diterima mulut..
akhirnya tiada kuih yang berkenan..
aku pun beredar..

'terima kasih ya makcik'

sekali lagi aku membawa motorsikal dengan bangga..
tiba sahaja di gerai menjual chakui,
kali ni tak ada awek..
so aku tak payah la nak cover-cover lagi..
oleh kerana nak turun dengan laju,
aku terjatuh disebabkan pasir kat tempat aku pijak tu..
bedebam! tumbang motorsikal makcik aku..
aku ingat aku dah pengsan..
sekali belum daaa, sebab kaki aku tersepit,
kena hempap dek motorsikal makcik aku yang berat tu..
aduhai! sakit betul..
nasib baik pakcik yang meniaga tu dengan tangkas mengangkat motorsikal tu..
sempat lagi aku berbisik, melatah juga pakcik ni..
maklum lah, masa action nak tumbang tu,
pakcik tu boleh pula..
'eh adik tumbang eh tumbang tumbang tumbang motor aku'
dengan nada yang sangat tinggi dan laju..
hahahaha!

lepas dah beli dah siap semua..
aku pun pulang ke rumah..
sebelum tibanya aku di rumah,
aku berhenti di satu simpang..
maklum lah, nak wat medical check up kat motorsikal makcik aku ni..
mana tahu ada calar-calar ke..
minyak hitam tumpah ke..
oh selamat! tak ada apa-apa yang berlaku..

aku pun bawa motorsikal pulang dengan muka yang tak bersalah..

'wah! lama kau pergi beli makanan.. mana kau pusing?'
tanya mak aku..

'seronok la dia tu kak, dapat bawa motorsikal pusing-pusing taman'
jawab makcik aku..

aku pun buat tak tahu sambil meletakkan makanan yang dibeli..
lalu berlari ke tingkat atas..

aku pula nak buat medical check up atas diri aku..
mana tahu ada luka-luka..
check punya check, lutut saja ada calar sikit..
berdarah sikit..
hehehe! nasib baik tak sakit..
sebab mak saya beri saya minum milo hari-hari..
bak kata iklan dia,

'MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!'

hahaha!
sampai disini sahajalah pengalaman saya membawa motorsikal..
nanti saya akan sambung lagi dengan pengalaman-pengalaman yang lain..
ingat! jangan bawa motorsikal dengan perasaan bangga..
lagi satu, jangan lupa baca doa naik kenderaan..
apa yang penting, bukan kerjasama.. tapi berhati-hati..
bagi yang tiada lesen, ambillah cepat-cepat..
sangat penting.. ini kerana, kalau kau orang tiada lesen memandu,
kalau terlanggar anak orang macam mana?
kalau sikit tak apa, bagaimana kalau yang mati pula?
fikir-fikirkan lah..
hidup ni singkat saja..
SALAM!

Friday, May 15, 2009

Warisan!


Apakah nasib anak MELAYU nanti?
Suatu hari orang MELAYU akan hilang kuasa?
Satu lagi, Kerajaan ISLAM semakin lemah..
MELAYU asyik bergaduh berebut kuasa..
Dulu MELAYU berkuasa, kini makin dicabar..
Mampukah warisan MELAYU diteruskan?
MELAYU dihina di bumi sendiri..
Pemimpin dahulu bersatu..
Bebaskan Malaysia dari penjajah..
TUAH dan JEBAT bertikam kembali..
Perkemaskan langkah, teruskan perjuangan..
Demi anak bangsa, dan ketuanan MELAYU..


Warkah!


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA!

Filem Lama!


Assalamualaikum!
hehehe! sekali lagi kita bertemu kembali..
waaa! kadang-kadang seronok juga
dapat share cerita dengan kau orang semua..
ini satu lagu cerita aku nak beritahu..
aku ada tertengok satu cerita ni..
agak lama juga la.. mesti kau orang tak ingat punya..
hehehe! tajuk cerita ni HANCUR..
atau lebih dikenali sebagai JAMBAN 606..
cerita ni genre dia kelakar la..
ahahhaa! kalau diingat-ingatkan balik cerita ni,
memang tergelak la..
dari sini juga aku nak kongsi dengan kau orang..
bagi sesiapa yang dah tengok ataupun yang belum..
hehehe! aku search kat youtube saja..
tapi sayang lah, 01/10 tak boleh dengar suara dia..
tak tahu kenapa kena block.. tapi yang lain, boleh lah tengok..
mari sama-sama saksikan..



ini hanya sebahagian saja, yang selebihnya,
kau orang search la kat youtube ok =)
memang best gila lah cerita ni ;P

Thursday, May 14, 2009

Ragam Pelajar!




Peperiksaan satu perkara penting bagi seseorang pelajar..
tak kira di sekolah, IPTA mahupun IPTS..
Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting,
di IPTA/IPTS pula, tiap-tiap semester ada peperiksaan penting..
manusia ni memang tak terlepas dari melakukan kesalahan..
seperti tabiat meniru ketika menjawab peperiksaan..
ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. ada yang belajar awal supaya persediaan rapi dapat dilaksanakan..
usaha ini memang patut dibanggakan.. sebab segala pencapaian,
hasil daripada usaha diri sendiri..
tetapi ada yang malas belajar.. mengambil mudah perkara ini..
walaupun begitu, mereka tetap nak lulus..
macam mana tu? dengan cara MENIRU/MENIPU!



memang lah senang kerjanya, tapi apabila kita lulus kelak,
kita akan lebih memahami ke pelajaran yang seterusnya?
adakah kita akan tetap terus meniru?
dan orang yang memberi kerjanya/kertasnya ditiru, akan tetap terus ditiru?
ada tak terlintas untuk meminta tolong mengajar apa yang kita tidak tahu?
daripada orang yang lebih tahu?



memang rugi kalau selalu sangat copy paste rakan punya kerja..
kita ni belajar, macam tak dapat apa-apa ilmu pun..
kalau sekali-sekala tu mungkin tidak mengapa kot..
maybe ada masalah yang tidak dapat dielakkan
sehingga segala kerja yang diberikan tidak dapat disiapkan pada masanya..



jika ingin kecemerlangan, kita haruslah berusaha dari sekarang..
jika tidak, bila lagi? kecemerlangan hadir dari usaha yang tinggi..
dan segala rezeki, datangnya dari Allah =)
semoga kita sama-sama diberkati..
Amin!

apa lagi, marilah kongsi bersama pengalaman anda..
adakah anda ditiru? atau meniru?
anda yang tentukan sendiri..

Wednesday, May 13, 2009

Yang mana?














sekarang ni sudah bermacam-macam jenis laman web mencari kawan..
antaranya yang popular adalah seperti MySpace, Facebook, Friendster,
Tagged, Hi-5, Flixster
dan lain-lain lagi..
tapi kau orang tahu ke mana lagi advance?

mana lagi seronok?
sharelah pengalaman kau orang yang ada akaun-akaun tersebut..

bagi aku lah kan, mana yang senang setakat ni,
MySpace, dengan Tagged saja..
2-2 ni bagi aku selesa lah..
MySpace & Tagged ni mungkin ramai pengguna..
senang nak comment..
Tagged ni best sikit sebab dia boleh send TAGS..
lebih kurang macam mms la..
siap bergambar.. hehehe!
tapi kelemahan 2-2 ni ialah tak ada VIEWERS..
atau pun lebih dikenali kat Friendster sebagai Who's View Me..
kan senang kalau ada.. kalau kat Tagged, kena jadi VIP..
baru boleh buat macam-macam.. kalau kau orang nak tahu apa yang ada,
kalau jadi VIP, kau orang boleh tengok sendiri lah.. hehehe!
MySpace pula tak ada nak jadi ahli-ahli..
nak cari friends mengikut area pun susah..
kena cari 1 by 1.. tak berapa seronok lah..
Tagged pula macam Friendster, senang nak cari kawan mengikut area..
lagi satu, Tagged ni tak payah nak buat layout-layout..
senang sikit.. semua sejenis je.. (kalau ada yang lain, tak tahu la)
tak habis explore lagi.. hehehe!
lagi, Tagged senang nak delete kawan..
tekan je friends, mana kawan yang tak serupa kawan,
tekan je butang pangkah.. habis cerita.. hahaha!
friends update juga tak payah nk pilih mana friends untuk view update..
semua akan di tick kan.. huhu~
bab Flixster, Facebook dan apa-apa lagi yang tak disebut tu,
tak pernah register pun, sebab macam tak best saja..
even ramai artis ada join.. huhu!
yang Hi-5 dengan Flixster ada buat, tapi tak seronok langsung
function dia.. so, akaun tu jadi idle saja..

inilah pengalaman aku dalam menggunakan laman mencari kawan ni..
kalau kau orang ada pengalaman nak share, jangan segan-segan,
komen k =)
thanks~

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan