Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Saturday, October 31, 2009

BIRTHDAY aku sudah dekat

selamat hari jadi aku yang ke 9teen ~
masih teen ok..
bukan tua..


thanks ~
back to the topic..
birthday aku sudah dekat..
awal bulan NOVEMBER..
not 1st, not 3th, but 2nd..
ok..
tentu kau orang nak tahu apa dream aku isn't it?
erm, sebenarnya sejak dua menjak tiga menjak ni,
aku asyik termenung saja..
ape yang aku kejarkan pun aku tak tahu..

tapi since aku student di ipts,
aku ada goals..
bukan goal bola tahu..

  1. nak habiskan belajar
  2. nak dapat keputusan yang cemerlang
  3. nak kerja yang baik-baik
  4. nak permudahkan hidup kedua-dua orang tua aku
  5. nak jadi orang yang berguna pada masa akan datang
Insyaallah..

untuk birthday tahun ni,
banyak benda aku idamkan dari tahun sebelumnya hinggalah tahun ni
yang masih belum menjadi kenyataan..
antaranya :



 motor idaman



bila neo aku nak macam ni


style macam ni



alamak ! sweet gila patung ni !


lagi..
hahaha ! lawa-lawa xD

hope all my wish will come true..
insyaAllah ~


[apa lagi aku lupa,]
[tapi tak apa,]
[nanti aku update lagi..]
[thanks ~]
[-edited-]

Friday, October 30, 2009

zodiac part 1

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

credit to tahzan

Thursday, October 29, 2009

tabiat Korang !

 
...biLa bOSaN...

 
...dH kOrEk jEnTik Laa...

 
...kEtiKa MeLayAn pEraSaAn...
 
...di mAsA LapANg...

 
...mEmbUat tARiaN sAdiS...

 
...kuAk kAtaK di hUjUNg miNggU...
 
...KadAng2 tEraSa diRi MaCh0 24 jAm...

 
...kadaNg2 kuAt NaNgiS gAk...

 
...'GoReNg pIsAnG g0rEnG! SEdApPp!'...

 
...kuAt mAjUk...

 
...sUkA mELaNcONg tAyanG Diri...

 
...Aku SuKe GeLak2...

 
...kDg2 x TaHan dGn GodAan...

 
...sUke men oSoM...

 
...diManA2 BeRada...
 
...jenG3x!!...

 
...kE|eBihAn...
 
...LayAn MaFia WaRs...

 
...kEtiKa mEmBuKa wEbCam...

 
...KeTikA xDe mOoD...

 
...kDg2 sUka bErGimMick...

 
...mAhU bOoLaT? cUbe La bErGini...

 
..sPe aNnoYinG mMg kEne...
 
...kEtiKa tEnSen..LaYan jGk [dont try this]...
 
...kEtiKa cObaAn mEmInta dUit...

 
...kEtiKa bOriNg tAhaP MakSimA!...

 
...aKibAt tErLamPau tEmBam...

 
...BiLa aDe oRg PuJi dRi sEndRi...

 
...kEtiKa diBebeL...

 
...KeTikA LeLAki hEnSeM/aWeK CanTiK LaLu dIhAdaPan...

 
...biLa bErDisKo...

 
...ByE, fRee ShoW sUdh TAMAT...

hmm..



sejak dua menjak tiga menjak ni..
aku cepat sangat bosan..
tapi aku tak tahu bosan dengan apa..

lagi satu aku ada masalah untuk tidur pada waktu malam..
tapi kalau siang, tak boleh pejam sikit,
terus lena di ulit intan..
aduh !

aku pernah try, tak tidur siang..
and waktu malam,
aku tidur seawal jam 10pm !
dah macam budak sekolah pun ada..
dulu aku sekolah pun tidur pukul 12am lebih..
lor ~
abaikan-abaikan..
back to the story..
err, kau orang tahu?
aku ingatkan dah tidur awal pukul 10,
dapat lah berjaga esok paginya
dengan segar,
dan bertenaga ala-ala baru lepas kena power root ke
livita ke red bull ke.. sekali !
oh no !
aku terjaga jam 1-2am !
dan lepas tu ! segar gila ! tak boleh tidur balik..

kau orang pun boleh fikirkan,
pukul 1-2am ni, apa kerja boleh buat kat rumah ni?
nak menyapu? tak masuk akal..
nak sidai kain? pun sama..
jawabnya online sajalah..
tapi pukul 1-2am ni siapa saja yang ada..
aduh ! memang masalah dah..

dah lebih 20 kali aku cuba cara ni..
tidur awal jam 10-11pm..
tapi hasilnya sama..
hmm.. apa boleh buat lagi..
takkan aku nak ambil ubat-ubatan..
tak mahu lah..



nak jumpa doktor ke?
kat sini ada doktor?
boleh tolong check saya?
saya sakit apa doktor?
jangan bagi jawapan mengarut-mengarut..
aku dush dush seorang-seorang kang..
uhuk ! tolong lah insan ini~

Monday, October 26, 2009

tak rindu kat aku ke? =D

kau orang tak rindu aku ke?
wakakakka !
tak ada benda yang aku nak ceritakan kali ni..
aku baru saja sampai dari bangi..
ada kenduri arwah kat sana..

hari sabtu tengah hari aku bertolak dari muar..
ahad petang balik rumah..
erm, so far, nothing interested..
just kenduri macam biasa orang buat lah..

yasin, makan-makan, dan pulang ke rumah..
tapi ada story sikit..
sikit saja, tak banyak..
hehehe !
lepas habis kenduri tu,
aku dengan sepupu aku pergi lah pusing bandar..
MasyaAllah ! aku baru tahu bangi dekat dengan Kajang !

tapi apa yang nak disegankan..
aku orang Muar, lain lah kalau aku orang Bangi ya tak?
hihihi! so back to the topic..
pusing punya pusing,
ingatkan makan angin saja..
sekali pergi tengokkan tempat bapuk ! lor !
hahaha !kelakar juga 2-3 kali round semata-mata nak tengok
dari jauh.. yang si bapuk biasa lah, tergedik-gedik,
cat-walk sibuk ingat orang nak ngorat dia..
hish ! tak ingin aku wei !

lepas tu, kita orang pusing-pusing..
sambil pusing tu, aku buat reminder dalam kepala otak aku..
mana jalan aku da pusing, aku akan ingat..
InsyaAllah ~

next time datang, tahu la sikit jalan-jalan kajang..
hihihi~ lepas ni boleh lah dating dengan orang Kajang..
wakakkaka ! gurau-gurau =P
wahhh ~ penat sudah~
sampai sini sajalah..
rehat dulu ya ~
esok ada kelas pagi,
pukul 9 pula tu ~
adoi malasnya lah nak bangun..
apa boleh buat,
tahi kambing bulat-bulat..

(baru aku perasan yang aku ada cerita)
( maaf ya.. wakakakkaa !! )
( dah ngigau aku ni =P )

good night ! mimpi indah !

Saturday, October 24, 2009

TT kat BP 22/10

 





masa ni tengah pergi minum lepas
sambut birthday seorang daripada member club..
hihihi!
minum AIR RACHUN !

1st time dengar..
hahaha! kalau nak rasa,
mari turun BP ;D

Friday, October 23, 2009

Kucing oh kucing part 2

peh ! bengang betul aku dengan kucing ni..
kali ni, dah 2 kali aku terlanggar (tapi tak mati aku rasa)
aku langgar kena kepala tu !
peh ! miong agaknya !
ada ke tengah drive ni,
tiba-tiba kucing berlari melintas..
takkan aku nak elak,
nak tak nak, assalamualaikum sajalah..

dentum !
terpusing dia aku tengok..
tapi aku tak berhenti,
aku just slowkan kereta,
dan jalan seperti biasa..
bukan tak mahu berhenti tengok,
cuma.. erm.. entah..
fobia dengan kucing melintas..
hmmm..

uwaaa ;((
bengong la kucing ni !
aku benci kucing lintas jalan !

Wednesday, October 21, 2009

Kucing oh kucing part 1


apa lah nasib kau ni kucing..
melintas macam ayam..
nak lintas, lintas sajalah,
ni kau dah lintas, kau lari patah balik pula..
nasib baik aku tak lenyek kau tahu !
hish ! fobia betul aku dengan kucing melintas..
kalau jadi bangkai tu, kira tak hairan lagilah kalau terlenyek..
ni kalau hidup-hidup lagi.. isk !
astaghfirullahhalazim..
mesti takut.. huhuhu!
macam langgar orang lah pula..
aduh ! kucing oh kucing..
nasib kau lah..
siapa suruh main lintas jalan macam ayam..
lepas ni pun dah boleh tukar ayat tu..
jangan melintas seperti kucing x(

Saturday, October 17, 2009

Wanita & Kereta








ini sekadar tontonan saja..
bukan semua wanita macam ni kan?
betulkan kalau salah..
tapi kebanyakannya ya ! memang macam ni !
hahahaa !
sebab tu aku rasa was-was nak beri perempuan pinjam kereta..
lagi-lagi kalau kat town..
tentulah jalan pack ! kereta berhenti kiri kanan..
over confident sangat,
prakk ! calar sinun..
aduh ! geram geram !

Thursday, October 15, 2009

Tak faham aku 2

apa nak jadi lah orang sekarang ni..
bangga sangat buat dosa..
aku bukan nak menyibuk ke apa ke..
nak buat, buat lah..
tapi takkan la sampai nak snap picture kot..
tayang sins yang kamu buat kat satu dunia..
biar satu dunia tengok..
ada siap tayang kat myspace/tagged/friendster/facebook
apa lagi aku tak sebut.. macam-macam lagi lah..
siap suruh orang komen..
yang orang komen pun bukan nak nasihat ke apa..
lagi pula sokong..
wah seronok bukan main dapat tengok
GAMBAR LUCAH PERCUMA WEH !
percuma ! tak payah bayar pun !
kau orang senang-senang boleh ambil gambar tu,
save dalam PC/LAPTOP..
percaya tak cakap aku?

aku bukan nak kata aku baik lah kan,
memang aku ada buat salah juga..
manusia mana yang tak pernah buat silap,
tapi agak-agak lah..
yang pergi tayang gambar macam tu buat apa..
itu kira dah menggalakkan orang lain meniru perbuatan tu !
memang lah itu hal kau orang..
tapi bila orang lain dah terikut,
lepas seorang, jadi dua orang..
lepas dua jadi empat orang..
maka ramailah anak MELAYU automatik
akan terikut budaya BARAT !
apa kita boleh buat? kita tegur,
di marah pula..
tak di tegur, kita pula dikira bersubahat..
tapi tak kisahlah kena marah kan,
at least kamu dah tegur, tapi tak diterima..
kira kita dah terlepas lah..
kita dah suruh ikut benda yang baik,
tapi dah tak nak dengar,
dia lebih selesa bergelumang dengan dosa dia..
bayangkan kalau sehari 20 orang tengok gambar kamu..
seminggu dah berapa banyak? 140 orang !
sebulan ? MASYAALLAH..
berapa banyak dah dosa tu kau orang kumpul..
itu kalau 20 orang sehari.. kalau lebih dari 20 !
SUBHANALLAH..

aku pun malas nak cerita panjang lebar,
kau orang dah besar panjang,
dah boleh fikir dah pun mana baik mana buruk..
memang tak dinafikan aku memang pernah buat juga..
tapi tak ada sampai tayang satu dunia suruh semua tengok
suruh semua orang komen..
wei macam mana style aku?
ok tak? ada cara lain lagi tak?
fuh best tak aku cium.. best tak aku peluk..
oh no ! aku masih lagi mempunyai harga diri..
walaupun aku ada terbuat, lebih baik hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu
aku tak perlu nak sibuk bagi tahu kau orang apa
aku pernah buat sebelum ni..
tak payah nak sibuk-sibuk
tayang gambar aku cium anak orang..
peluk anak orang.. oh no !
that's not OUR culture..
even kita ada buat,
biarlah ia menjadi rahsia antara kita dan DIA..

di akhirat kelak, tunggu sajalah pembalasan dariNYA..
apa yang kau orang pernah buat di dunia..
itu hanyalah sementara..
keseronokan dunia..
syurga dunia..
yang tidak kekal abadi..
akhirat sana yang kekal abadi..
~WALLAHUALAM~

Wednesday, October 14, 2009

Jokes 3!

Seorang guru, Cikgu Murni menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya Abu. Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,
kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya
seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan
tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan
berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan
pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya
berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

 Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
 Abu: (berfikir) Kaki

 Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi :tidak pada seluar
saya?
 Abu: Saku

 Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A",
ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis
keputihan?

 Abu: Kelapa

 Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?
 Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.
 Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

 Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita
secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
 Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.
 Abu: Bersalaman

 Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk
siapakah saya, okay?
 Abu: Baik Cikgu

 Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya
untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
 Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
 Abu: Khemah

 Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.

 Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
air.
 Abu: Cincin perkahwinan

 Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

 Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

 Abu: Hidung

 Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan
datang dan masuk dengan lajunya.
 Abu: Anak panah

 Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris,
okay?
 Abu: Okay

 Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means
lot of heat and excitement?
 Abu: Firetruck

 Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you
dont get it you have to use your hand.
 Abu: Fork

 Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some
men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his
wife
after they are married?

 Abu: Surname

 Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots
of veins and loves pumping?
 Abu: Heart

 Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke
Universiti Malaya...

jawapan yang Cikgu Murni fikirkan semuanya salah..

Sunday, October 11, 2009

Penggembaraan - final

tengok-tengok langit macam dah tak mendung..
so kita orang pun meneruskan perjalanan lagi =)

semasa dalam perjalanan,
sesuatu perkara yang tidak diingini pun berlaku..
biasalah kan, malang tidak berbau..

sebiji batu telah melantun ke cermin hadapan kereta..
dush dush dush! retak sepuluh saja ok..
bukan seribu, bukan sejuta..
hohoho~

ingatkan tak ada apa-apa,
driver (amal) drive sajalah perlahan-lahan,
sekali retak tu semakin membesar..
akibat tertelan calci-yum ataupun grow 1 2 3..
adui~ terpaksa memberhentikan kereta di pinggir jalan..

oleh kerana motor adalah kenderaan paling kecil,
dia orang laju meninggalkan kami kenderaan besar di belakang..
apabila malang seperti ini berlaku,
habis terkapai-kapai kami dibuatnya..
nak minta tolong pada siapa ni?
aduh~
nak cari kedai runcit, satu haram pun tak ada..
yang ada, tempat timbang sawit..
lor =,="

telefon-telefon, jauh dah dia orang..
akhirnya ada juga idea,
nak menampal pelekat kat cermin tu..
ALHAMDULILLAH ! retak itu berhenti,
(gerak sikit saja, tapi tak sepantas macam tidak menampal langsung)
laju maa! macam valentino rossi ambil corner baring..
huhui~

akibat daripada kejadian itu,
kami mengambil keputusan untuk pulang..
so far, alhamdulillah, sampai juga..
(cerita terpaksa dipotong akibat daripada scene-scene yang tidak
sesuai diceritakan.. harap maklum..)
hahahaha!!

malam tu,
tak sempat-sempat rehat,
dah member aku sms, minta tolong hantarkan member dia
balik asrama kat melaka..
kau rasa aku pergi ke tak??
tett! masa sudah tamat..
aku pergi.. ahaks!

masa pergi tu kira perjalanan agak save la..
sebab tiada apa yang berlaku..
macam perjalanan biasa..
pergi dan pulang..

tapi malang sekali lagi tidak berbau..
semasa tengah syok berbual kosong,
tiba-tiba tayar hadapan kiri meletup!
pop! tebabom! zrrrrr........

aduh aduh aduh!
nasib baik lah dah belajar cara-cara nak ganti tayar,
kalau tak, mati akal duduk kat lebuh AMJ tu !
dah lah gelap!
tapi yang peliknya, aku cucuk perlahan-lahan belakang kereta..
60km/h saja.. siap follow lagi..
yang pelik, kereta aku saja yang kena..
depan selamba saja jalan..
macam tiada apa yang berlaku..

nak buat macam mana, dah nak kena kan..
jek-jek, henjut-henjut,
tukar tayar spare,
terus balik muar..
bawa slow saja.. 50km/h
ambil kau! tak pernah bawa selaju macam ni..
 alhamdulillah selamat sampai!
penat tak hilang lagi,
dah kena ganti 4-4 tayar ke tayar yang asal
(sebelum ni pinjam sport rim orang)

aku tak tahu kenapa malang berlaku bertubi-tubi selepas balik dari KL tu
mula-mula cermin kereta..
lepas tu tayar meletup..
lepas tu, member(fa) seorang accident masa on the balik johor..
so far, tiada kecederaan yang dialami..
adakah ini akibat daripada terlepas cakap?
atau sekadar kebetulan?
entah.. tak tahu nak kata apa..
ALLAHUALAM~

-tamat-

Friday, October 9, 2009

Penggembaraan - part 5


rasa macam dapat lelap kejap saja..
sedar-sedar dah kena kejut

SYAFIQ ! SYAFIQ ! bangun, kawan kau datang..
aduh! siapa lah datang pagi-pagi ni..
rupanya dah janji, nak pergi beraya hari ni (AHAD)
aduh ! aku tak mandi lagi !
dengan muka selebet, baru bangun tidur,

kawan-kawanku : wei kau nak pergi ke tak?

aku : pergi-pergi . kejap ya, aku nak mandi.

kawan-kawanku : kau mandi dulu, kita orang nak pergi bank,
nanti kita orang patah balik sini. ok.

aku : ya ya!

dengan sepantas kilat aku pun pergi mandi..
time mandi tak payahlah cerita ya,
tett! tap tap dah sudah..
pakai wangi-wangi..
comel-comel..
handsome-handsome..
dia orang pun sampai..
terus gerak pergi rumah amal kat BUKIT GAMBIR atas lagi..
aku tak ingat nama tempat..
nanti aku ingat, aku edit =D

beraya-beraya.. makan kuih 2-3,
tegur air, erk ! alhamdulillah kenyang..
salam mak dia, dapat duit raya..
2 ringgit saja.. huhu!
tak sempat-sempat masuk kereta dah minta nurin
duit tadi.. nak cari no siri selari..
ahahhahaha!!
aku dapat 6 keping duit seringgit duit selari !
yeepiii!!

collect-collect ! =D

lepas rumah amal,
kita orang pergi rumah nurin kat PARIT RAJA, BATU PAHAT !
masa on the way tu, aku tidur keletihan..
dia orang syok la mengumpat pasal aku..
siput betul.. aku tanya, dia orang tak nak ngaku..
geram aku.. huhuhu! tak apa, tak apa,
ada ubi ada batas, naik treler naik bas..
huhuhuhu!

kat rumah nurin ada makan-makan nasi..
ambil kau ! kenyang perut suka hati dia orang..
masa kat rumah nurin ni,
penuh sikit rumah..
sebab yang konvoi motor pun sekali datang beraya
(budak kolej juga)

lepas rumah nurin, rumah iqbal kat SIMPANG RENGGAM..
kat rumah mamat ni pun makan nasi lagi..
fuh nasib baik naik kereta..
kalau tak, tak larat aku nak naik motor..
huhuhu! sedap baring tidur saja..
weeee !

masa nak balik tu,
hujan.. jadi kena berteduh
(kita orang dalam kereta kena tunggu yang naik motor)
maklumlah lepas ni rumah salah seorang rider motor..
masa berteduh tu, dengar la lagu russia
butac? wakakkaa! kelakar gila nama dia..
tapi lagu dia 1 saja sedap..
cemut cemut saja bunyi..
wakakkakak! kau orang dengar memang nak tergelak..
tapi melodi best juga lah =D
heheheh!



bersambung............



-cerita akan disambung ke part 6 nanti -
-thanks-

Thursday, October 8, 2009

Penggembaraan - part 4


akhirnya sampai juga di MUAR!
sampai dalam pukul 8.10pm begitu la..
aku ingat nak balik berehat kejap,
tapi baru teringat, ada open house kat BATU PAHAT!
aiyoyoyo! penat wok!

lepas hantar anak dara ni semua balik,
aku pergi lepak taman member aku,
cari lah mana dia orang lepak,
nak suruh dia orang drive(tak ada lesen lah dia orang)
oleh kerana penat sangat, terpaksalah bagi =)

akhirnya jumpa juga dia orang!
tengah makan kat rumah orang,
ada open house katanya..
sempat lah juga melantak mee hoon sup!
lepas kfc, mee hoon lagi..
wah! penuh perut..

atas nasihat member-member,
aku tak digalakkan pergi ke BP
tak jadi pergi BP satu hal,
pergi SEROM pula!
pergi open house..
nasib baik aku tak drive..
member yang tadi drive..

kita orang habis pergi open house, dekat 12.30am..
lepas tu, lepak town..
tengok budak-budak rempit berlumba..
huhuhu! kelakar-kelakar pun ada..
yang gemuk ada kurus ada,
kecil ada, besar pun ada..
bermacam-macam jenis mat rempit ada =D

sampai pukul berapa, aku tak ingat,
tapi agak pagi juga lah..
3-4am begitu,
baru aku balik rumah..
tidur.. itupun lepas jam 5am begitu =(

hari ahad pula,
ada konvoi open house dan college aku!
wah! memang hebat an?
dapat tidur berapa jam tu?
cuba kira dan menang..
wakakkkakaka!! =D



bersambung............



-cerita akan disambung ke part 5 nanti -
-thanks-

Wednesday, October 7, 2009

Penggembaraan - part 3

masa on the way balik,
kita orang pun berbincang lah dalam kereta..
perang mulut juga..

blah blah blah blah*
blah blah blah blah*

ada yang kata kata kat NILAI lah,
ada yang nak kat SEREMBAN lah,
ada yang kata nak kat MELAKA lah,
aku senang saja, jom pergi MYDIN..! wakakakka!

akhirnya kami semua sepakat untuk bershopping di SEREMBAN..
kat mana? kat terminal one la.. hihihi! =D
nasib baik tahu jalan..
jangan main cakap nak pergi saja..
buat penat badan karang cari jalan..

sebelum sampai ke terminal one,
kami ternampak terminal two..
oleh kerana bangunan tu nampak agak baru,
kami tak pergi pun.. mesti tak best!
lalala~

balik semula ke terminal one..
masa nak cari parking, punyalah susah! semua nya reserved..
tanya pak guard tu,

aku : encik, semua parking tulis reserved,
boleh ke saya nak parking sini?

guard : kalau aras 6, boleh saja parking..
jangan parking kat aras sini suka-suka..
nanti orang marah..

aku : ok.. terima kasih!

pusing punya pusing, akhirnya aku dapat juga parking aras 4!
hahaha!
penat wok! nak jalan dari aras 6.. turun bawah..

aku dah confirm lah tak tahu nak buat apa,
dah aku seorang saja laki dalam kereta tu..
perempuan.. faham-faham sajalah..
semua kedai diaorang nak masuk..
masuk-masuk, tak beli..
masuk-masuk, tak beli..
nasib baik ada juga bawa balik barang..
kalau tak, ceh! buang minyak dengan tol saja..
huhuhuhu!

aku jalan seorang..
eca dengan si sara..
amal dengan pakwe dia..
dah betul lah tu..

aku pusing macam orang gila juga..
dah lah tempat orang..
pusing seorang pula..
tengok budak sana punya dress..
macam-macam ada!
mami mami minta duit..
minta seringgit.. membeli cokelat!

opss! nyanyi pula =P
ada yang berseluar skinny..
ada yang pakai skarf orang balik haji..
dalam shopping complex siap bercermin mata gelap pun ada..
silau sangat ke? apa kata gantikan kepada mentol kuning..
huhuhu~
ada yang bersinglet..
baik lelaki mahupun perempuan..
yang tak tahan siap peluk-peluk pun ada..
tengok daripada gaya, aku dah tahu budak mentah lagi..
ish ish ish! subhanallah..
ni kalau parents dia orang tahu apa dia orang buat kat sini,
confirm kena belasah kat situ juga kan..

back to the story,
so far, tak ada pun benda menarik kat sini..
semua macam tempat-tempat lain..
nak kata harga murah, sama..
pilihan banyak, tak juga..
haish~
keseluruhannya, bosan =(
mahu balik! huuu!

akhirnya! 5.45pm kita orang balik!
yehaa! menuju ke kfc jejantas ayer keroh! hihihi!
ada orang nak belanja!

masa on the way balik,
ada satu part paling kelakar..
masa lepas satu traffic light,
aku dah perasan ada pak pacak!
aku tarik lah seat belt dulu
(biasalah, dah nampak polis baru nak tarik)
lepas tu, baru aku tegur dia orang..

aku : woi pak pacak depan!

dengan gelabah haram dia orang tarik seat belt..
huahuahua~
ada yang tarik seat belt, tapi tak mahu keluar..
mana taknya, seat belt tu di sentap nya..
siapakah gerangannya? amal! huahuahuahua!!

yang duduk sebelah aku pula eca,
mana seat belt ni..
tangan mencari-cari seat belt..
wakakkaka~
tangan tak sampai!
wakakakak~

aduhai! sakit perut aku..
padahal pak pacak tu tak kacau pun..
entah dia tahan kereta depan tu kenapa entah..
aku pun tak tahu..
asalkan dia tak kacau aku sudah..

teruskan lagi perjalanan ke jejantas ayer keroh..

akhirnya~ kini pasti~
uish! nyanyi lagi.. sorry-sorry =P
dia orang saja yang masuk dalam beli makanan,
aku duduk kat cermin luar saja..
kalau kau orang pernah pergi, mesti kau orang tahu yang
a&w berdepan dengan kfc..
terperasan awek cun melecun dalam a&w tu..
aku duduk kat luar macam biasa lah skodeng..
tapi kat tengah-tengah cermin tu,
ada satu line putih yang tak nampak dalam..
jadi kadang-kadang nampak muka saja,
kadang-kadang nampak badan saja..
hahahaha~
33-28-30 mat! (hentam saja)
tapi memang ramping..
muka pun macam gadis melayu terakhir..
dengan kebaya.. fuh! baik mat..
siapa bilang gadis melayu tak menawan~
tak menarik hati tiada memikat~
huhuhu~

dah siap-siap beli kfc (zinger) semua,
jom teruskan perjalanan balik ke muar!
aku dah letih, nak rehat.. mahu tidur =)

bersambung............



-cerita akan disambung ke part 4 nanti -
-thanks-

Tuesday, October 6, 2009

Penggembaraan - part 2

lepas dah siap solat subuh,
aku pun duduk baring-baring jap,
tengok tv..
ye la, nak gerak ke KL, pukul 8,
mana sempat mahu tidur..

pukul 7am. lebih, aku dah sibuk basuh kereta..
basuh kasi kilat-kilat..
macam baru.. hehehe!

dalam pukul 8am lebih, aku dah gerak ambil passengers..
yang ikut hari tu, fara (1), eca (2), sara (3) dan last sekali amal (4).

dimulakan dengan bismillah, kita orang pun bertolak ke KL..
tapi sebelum tu, singgah kat AYER KEROH MELAKA untuk mengisi minyak..
sambil isi minyak tu, beli lah air penambah tenaga..
huahuahua!

tongkat ali power rush! dengan red bull bulleh!
wakakakkak!! (padahal macam tak ada effect pun minum =P )
sepanjang perjalanan tu,
asyik duduk mengutuk je binatang pelik..
yang geramnya, dah la bawa tak lebih 100, duduk lane 3..
siapa yang tak panas..
heish! binatang pelik binatang pelik..
baik kancil, baik kelisa, baik kenari..
sama saja semua =P
memang masa on the way ke KL tu,
habis aku bahan si am..
binatang pelik, binatang pelik..
wakakakaka!!
ni nasib baik tak jumpa kancil hijau..
tak apa tak apa, nanti aku snap sendiri gambar kereta dia..
haahahhah! tunggu kau amal!
hahahahah!

sampai KL kita orang terus rush pergi ZOO negara..
bukan nak melawat binatang ok!
tempat camping tu, dekat belakang zoo negara..
apa nama tempat tu aku lupa,
tapi kau orang jangan risau,
nanti aku edit part ni ya!

orang situ agak peramah juga la..
maklumlah, pakcik & makcik tu pun asal JOHOR juga =P
boleh lah berunding.. jumpa orang kampung sendiri..
lebih-lebih lagi, kita orang adalah student =P

sebelum masuk kawasan tu,
peh! jalan dah lah kecil! lubang banyak!
kruk! krak! kruk! bawah kereta aku bunyi..
aduhai~ sadis sungguh!
masa tu lah dia orang sibuk nyanyi lagu p.ramlee - maafkan kami..
hahahaa! kalau mood tak baik, aku minta kereta baru satu..
kekekeke!

lepas dah bincang-bincang pasal aktiviti dan segala kos bayaran,
kami semua menjamu selera..
yong tau fu! (betul ke ejaan ni?) yang dibawa oleh amal!
pedas! wuu! tapi sedap! hehehe! nak tambah, takut memerut saja karang..
dah la balik ikut mrr2.. mahu tak jam..

lepas dah menjamu selera, bersalam-salaman,
kami semua bergerak pulang..
sebelum pulang ke muar,
aku kena hantar si fa ke ampang..
nanti kakak dia pick up dia kat sana..

nasib baik sempat sampai..
2.30pm lebih sikit la..
hehehe! see the leg la siapa drive =P
kui3!! lepas dah hantar balik,
tak tahu nak balik MUAR macam mana..
terpusing aku kejap kat bandar dia..
yang si amal, sibuk benar nak shopping kat KL..
tengok jalan lah weh! jam nak mampus!
kereta dah tak gerak-gerak..
dah macam kura-kura dah..
merangkak-rangkak..
nasib baik jumpa sign board highway!
huhuhuhu! alhamdulillah! masuk juga tol sungai besi!
tak jadi shopping kat KL
masa nak masuk tol,
menyirap darah aku tengok orang potong line ni..
aku dah ikut lane yang betul..
sekali ada lah sederet parking lane sebelah..
nak masuk line touch n go..
padahal dia orang semua kat lane smart tag..
aku buat don't know saja..
dia nak masuk, aku himpit lagi tak beri chance langsung..
lalalaa (agak kejam sedikit)
yeehaa! aku berjaya kekalkan kedudukan aku sampai lah bawah tol tu..
jom balik MUAR!!

bersambung............



-cerita akan disambung ke part 3 nanti -
-thanks-

Monday, October 5, 2009

Penggembaraan - part 1

Jumaat, 2 Oct.
malam jumaat tu,
aku dah tak reti duduk rumah dah..
balik rumah pukul 3-4am..
balik rumah pula tak boleh nak tidur,
aduhai..
sampai adik beradik aku semua pergi sekolah,
aku tak tidur lagi..
last-last, jam 8am aku terlelap..
ambil kau! tak pergi kelas pukul 9am..
confirm lecturer membebel..

petang dalam jam 6pm,
aku dah keluar rumah..
member ajak pergi KERATONG ambil sport rim dia..
aku tak kisah sebab dia kata boleh nak bagi aku pinjam..
aku pun tolong lah..

kita orang bertolak dari MUAR jam 6.30pm
sampai kat KERATONG, jam 9-10pm lebih la..
lincah-lincah buka sport rim dari kereta orang tu,
terus masuk dalam naza..
sekali dah siap, nak jalan, tengok tayar pancit!
aduh! nasib baik ada tayar spare..
kena lagi kerja..
siap-siap buka, tukar tayar spare,
terus jalan..

kita orang sampai MUAR dalam pukul 12pm lebih..
itu dah sampai ok lagi..
balik rumah jap, ambil satria neo,
keluar pergi rumah member tadi..
cabut, pasang sport rim yang diambil tadi..
dalam 1-2am lebih juga baru siap..
dah siap, pergi lepak minum kat bandar,
penat sangat.. berpeluh-peluh..
habis lencun satu badan..

dah habis lepak-lepak,
berbual-bual, balik rumah member..
ingat dapat balik, oh tak!
kena lepak lagi..
sampai pukul 6am..
baru aku balik..
letih gila ni..
adoi! tak tahan dah badan..

esoknya pula(SABTU) aku nak kena drive pergi KL pula..
hanya tuhan saja tahu penat aku macam mana..
aku sampai kat rumah, jam 6.30am
kebetulan aku balik, parents aku baru bangun tidur..
fuh! nasib baik! bapak aku lepas sembahyang,
macam biasa lah, tengok luar..

bapak : lawa sport rim.. berapa beli?

aku : mana ada beli.. pinjam je..

bapak : siap tayar ke?

aku : aah! dia kasi pakai.. nak beli ke?
dia nak jual.. 800 saja.. siap tayar..
bunga pun tebal lagi (ayat bodek)

ayah : nanti-nanti la.. duit tak ada..

huhuhuhu! confirm dapat ni..
insyaAllah.. sabar-sabar..

bersambung........

-cerita akan disambung ke part 2 nanti -
-thanks-

Friday, October 2, 2009

Apa nak jadi - part2

aku ingat aku lambat pergi sembahyang jumaat..
sekali masa on the way nak ke masjid,
aku terperasan la mamat-mamat yang memakai kemeja,
berseluar slack ala-ala office boy..

yang peliknya, dia orang bukan menghala ke masjid..
tapi menghala ke kedai makan..

hati kecil : oi! dah pukul 1.30pm baru nak cari kedai makan ke?
orang dah sibuk nak ke masjid.. dah nak mula sembahyang..

apa nak jadi dengan orang sekarang..
sembahyang jumaat pun diperlekeh-lekehkan saja..
bukan nak mengata, tapi bangsa/kaum sendiri..
agama sendiri.. takkan nak tengok saja..

masa balik tu, nak beli lauk..
still masih syok makan!
berborak! aduh! macam tak ada apa-apa yang berlaku saja..
Astaghfirullahhalazim =(

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan