Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Monday, September 14, 2009

Baju Raya Part 1


wah! baju raya kali ni temanya maroon!

siapa ada sama warna dengan aku?
jemput datang rumah ya..
yang tak sama, tu lambat sikit..
wakakak xD

macam yang dirancangkan (insyaAllah)
pagi raya, lepas sembahyang raya

(gambar sekadar hiasan)

dan melawat kubur arwah atuk belah ayah(dekat bakri batu 6, muar)
insyaAllah kami sekeluarga akan bertolak ke bangi(rumah adik belah mak)
sebabnya nenek ada kat situ..


kalau tidak, kami sekeluarga akan pulang ke sabak bernam(kampung emak)
sebab kampung ayah, dua-dua dah meninggal dunia(al-fatihah)

baju melayu dah ada,
baju jalan?? x( tak ada lagi..
insyaAllah esok lusa kot baru beli..
aku ingat nak pakai skinny jeans + t-shirt gelap,
gambar love-love sikit(bluek pasan :P)
lepas tu, kasut cutting vans saja kot..

(Gambar Sekadar Hiasan)

hehehe! doakan aku dapat ya shopping raya..
kalau tak, terpaksa pakai baju lama-lama..

by the way,
SELAMAT HARI RAYA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!
kau orang tak nak jemput aku datang rumah kau orang ke?
aku tengok INBOX handphone aku,
tak ada seorang pun ajak aku datang rumah raya nanti..
hehehe! jangan risau,
aku datang bukan nak habiskan kuih kau orang..
duit raya saja.. wajib ada tahu! hehehe!

Sunday, September 13, 2009

Senaman


Hanya mengambil masa 7 minit untuk membuat
senaman ringan ini.. ikut lah arahan ni

betul2...


ni ala taichi sikit lah...
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam


ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa..

aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri

kemudian ke kanan


ikut saja lah...

jangan terpusing kepala sudah la..


tepuk kuat kuat

kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat

gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian

goyang-goyang kaki dan badan sikit...
buat macam tak ada masalah...

September 13, 2009


petang tu ingat nak hantar repair moto(brake disc belakang tak boleh guna)
bawa la motor pergi ke kedai..
nak tahu kedai tu cakap apa?

fiiQ - boss, boleh tengok itu motor tak?
brake belakang dia tak boleh guna lah..

boss - tak boleh la, tak ada masa mahu tengok..

fiiQ - tak apa boss, saya boleh tinggalkan motor kat sini..

boss - kalau tinggal pun tak boleh, tak ada masa

agak-agak kau orang logik tak jawapan dia?
bengong kan? apa salahnya cakap tak tahu buat sudah lah!
bengong buang masa aku saja hantar motor kat kedai dia..
dah lah jauh! lepas tu cuaca agak panas!
rentung beb! adeh!

aku pun call lah member aku,
tanya mana boleh hantar repair brake aku ni,
nasib baik lah ada.. kat sungai abong..
jadi aku pun bawa motor ke sana
dan tinggalkan..

ok.. motor settle..

balik saja, trutt trutt..

unknown - wei kau kat mana?

fiiQ - siapa ni?

unknown - aku zaki, aku ingat nak ajak kau teman aku pergi rumah makcik aku

fiiQ - buat apa?

zaki - ambil baju..

oklah.. berbual punya berbual set jam pukul 8..
ok.. maka bertolak lah aku dari muar ke batu pahat..

lepas dah siap ambil baju semua,
ingat nak bertolak pulang..
tiba-tiba teringat tempe tepung cecah kuah rojak..
waaa! kempunan! sebab tak tahu jalan nak pergi kedai tu..
sedih-sedih x(
balik muar macam tu saja..
adeh! (kebulur nak makan tempe tepung tu..)

masa on the way balik,
tiba-tiba trutt trutt..

unknown - wei kau kat mana?

fiiQ - siapa ni?

unknown - zarul-zarul.. kau kat mana?
aku ingat nak ajak kau pergi melaka..

fiiQ - buat apa?

zarul - pusing-pusing lah.. aku tuang minyak..

fuyoo! agak hebat lah..
dari batu pahat, hantar member tadi balik,
terus pick up member baru pula..
dah macam taxi pun ada.. hehehe!

tepat jam 12am, kita orang bertolak..
destinasi pertama, klebang! (ada ekspo)
huhu! dengan hati yang riang,
kami bertolak..

setiba kami di bandar melaka,
polis banyak gila duduk kat tiang traffic light(pakai baju biasa tahu!)
mat rempit yang berhenti, semua kena tahan..
tanya lesen, road tax dan sebagainya
(hentam saja, bukan tahu pun dia orang mintak apa)

kami teruskan perjalanan lagi..
setibanya kami di klebang(dengan perasaan gembira)
tiba-tiba hujan pula! aduh!
terpaksa berpatah balik ke taman cempaka(area melaka sentral)
kat situ ada juga ekspo..
bantai lah pergi..
dah park kereta apa semua,
kami semua berjalan lah berjalan tengok kerenah peniaga..

'abang-abang kakak-kakak mari beli..'
'murah-murah..'

belum sempat sampai hujung,
dah hujan pula! adeh!
baru nak cuci mata, sambil cari jodoh(kihkihkih)
terpaksa balik ke muar
agak hampa juga lah..
tengok jam, awal lagi
baru pukul 2.30am..
kita orang berpakat sahur saja kat muar

sampai kat muar dah pukul 2.45am,
pusing punya pusing,
bentayan juga jadi destinasi untuk makan..

lepas sahur,
balik rumah lah.. tidur lagi sedap(pada hal balik terus tulis blog)

tapi agak sedih, sebab member-member semua dah beli baju raya..
aku saja belum lagi..
entah bila nak beli, aku pun tak tahu..
kena tunggu big boss(parent) la bagi keputusan..

oklah!
sampai sini saja!
good night!~
sweet dream!~
-the end-


Saturday, September 12, 2009

Kereta Kreatif!


aku tak tahu lah kena ke tak dengan tajuk ni..
sesungguhnya rakyat malaysia memang kreatif la
lagi-lagi bab automotif..
ni hanya sebahagian sahaja gambar yang dijumpai(setakat ini)..


MITSUBISHI SATRIA CALDINA


KANCIL AE86


HONDA SATRIA

kalau kau orang ada picture,
sharing lah ya..
hihihi! thanks!

Friday, September 11, 2009

September 11, 2009


alangkah peliknya,
semasa tidur, aku pasang lagu zikir taubat..
selalu tidur, aku tak pernah macam tu..
tergerak hati untuk pasang..
jadi aku pun pasang, dan on kan repeat..
supaya ia dimainkan berulang-ulang kali sehinggalah aku tertidur..

hari ni, macam biasa lah
pagi-pagi bangun sahur..
lepas sahur, tunggu solat subuh,
lepas tu baru tidur..

aku bangun dalam pukul 9.00am(bangun pun sebab ada kelas)

hati kecil : ko tak payah bangun, ala, baru sehari tak datang

akal : wahai anggota-anggota sekalian, bangun-bangun, kita
perlu membantu beliau pergi ke kelas.. untuk belajar..

dengan semangat juang yang tinggi(tapi mata kuyu lagi)
aku pun melangkah ke tandas..
aku tidur kat tingkat atas, so, dekat tangga
memang dah tersidai tuala, capai sajalah ;)

lepas dah siap mandi,
pakai minyak wangi,
bedak-bedak sikit,
baru lah wangi, dan bergaya,
aku start motor lalu pergi ke kelas..

hari ni subjek add math ELEMENTARY ANALYSIS
atau lebih senang dikenali sebagai additional mathematics..
alangkah susahnya.. tapi aku teruskan juga untuk belajar..
nak lulus dengan cemerlang!(semangat budak tadika)
hehehe!
hari ni baru masuk bab 2 : garis lurus(kalau tak silap)
susah juga la..
tapi apa yang penting kerjasama! semangat!

lepas dah berhempas pulas belajar,
waktu menunjukkan jam 10.30am!(padahal habis kelas pukul 11am)
yahoo! balik!
baru nak relax-relax sekejap berbual dengan kawan-kawan..
tiba-tiba teringat mak suruh ambil kat sekolah
katanya nak hantar kuih kat pagoh..

setibanya di rumah,
aku pun tak sempat-sempat letak barang,
terus start naza yang dah bertahun tak start
lalu pergi ambil mak aku yang tengah menunggu kat sekolah..
dah sampai saja, ingatkan terus pergi,
tapi kena balik dulu ambil stok kuih yang berada di rumah
(apalah salahnya beritahu awal-awal angkat stok kuih letak kat dalam kereta dulu)
kena balik rumah juga nak ambil stok

-cerita kuih dihantar terpaksa dipotong atas alasan-alasan yang tertentu-
(padahal tak ada benda yang menarik pun)

sebelum aku bertolak pulang,
aku ada tuang minyak kat shell bukit pasir..
semasa hendak membuat pembayaran,
ada terperasan la poster mengikut tahun,
kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pengguna semasa mengisi minyak..
aku rasa, aku tercalon(cerita macam menang award pula)
aku terbiasa isi minyak tanpa mematikan enjin kereta..
tak tahu kenapa.. sejak dari bangku sekolah lagi lah..
senang cerita..
hasrat hati memang nak matikan enjin..
tapi tak tercapai hingga ke hari ni..
wallahualam..
lepas dah habis isi, aku teruskan perjalanan semula..

sampai kat rumah, dah pukul 1pm..
aku baru nak baring-baring rehatkan badan kejap..
dah kena pergi sembahyang jumaat pula..
bangun lagi.. capai songkok,
start kereta kecil aku, terus pergi masjid..
sampai-sampai lupa pula silent phone,
nasib baik teringat..
(perhatian! sila matikan/silentkan phone anda ketika di masjid)
(tiada panggilan sepenting panggilan illahi)

lepas dah habis sembahyang jumaat,
balik rumah lah, apa lagi..
balik dapat la juga aku merebahkan diri..
selesanya (sambil penghawa dingin dibuka)
(barulah best! panas-panas buka aircond!)
(ni tak, sejuk-sejuk nak buka aircond)

tepat jam 2.20pm,
aku pun bersiap untuk pergi ke kelas open source..
nasib baik naik kereta..
sejuk sikit(hari ni agak panas ye)

aku habis kelas jam 4pm(sepatutnya 4.30pm)
tapi disebabkan bab 1 dah habis,
dapatlah outcome edisi raya..
hihihi!
kena buat coding php, pasal current date..
dan juga paparan nama kita..

aku sampai rumah pukul 5pm,
sebab lepak-lepak dengan budak-budak iT..
sembang-sembang pasal raya..
hari raya keberapa nak buat takbir dari rumah ke rumah..
hehehe!! (takbir tak ada pun, ziarah je)
(maklum lah, semua belajar jauh-jauh)
(cuti pun dah tak sama, hari raya sajalah harapan)

hari ni berbuka mee goreng je..
selalu banyak makanan..
makin dekat raya, pula makin sikit..
hehehe! tak apa, jimat ;D
jangan membazir (amalan syaitan)
hari ni aku duduk kat rumah je,
main game gta san andreas..
tak pun the sims 3.. itu sajalah kerja aku..
tak pun myspace, tagged, blog, kelab.. itu saja lah..
hahaha! bosan kan kerja aku?
macam ni lah kehidupan aku hari-hari..
-end for today-

Rindunya!


rindunya nak ambil gambar dengan geng-geng lama..
hehehe! dulu selalu saja ambil..


tak kira pergi mana,
dalam kelas, kat kaki lima,
lepak-lepak, makan,
dan sebagainya..

sekarang suram saja..
semua buat hal sendiri-sendiri..
tapi tak apalah..
faham..


semakin lama, semakin hari,
semakin sibuk semua dengan kerja masing-masing..
tapi ingat,
sibuk, sibuk juga..
kawan-kawan sekeliling tu jangan terabai..


nanti kawan dah lari,
tahu nak salahkan dia..
cermin dulu diri sendiri..
adakah anda mengambil berat hal kawan anda?
atau anda biasa buat hal sendiri?
so apa lagi.. sms la kawan anda sekarang..
ngee!
renung-renungkan!
dan selamat beramah!

Thursday, September 10, 2009

My Sims 3!

Haha! nak juga tunjuk tu rumah!
hehehe! mana boleh tak tunjuk, jealous ni..
ngee!

ok.. ini sebenarnya adalah game THE SIMS 3..
simulation games ok..
nak ingatkan, game ni bukan untuk perempuan saja..
lelaki boleh main juga..
hehehe!

bagi sesiapa yang belum cuba,
dapatkan segera di pasaran!
confirm puas hati =)

ni serba sedikit rumah yang aku usahakan..
walaahh!

home sweet home x) 
(klik untuk pembesaran)

naik basikal sudah.. 
membazir beli kereta ni..
eceh! perasan =P
padahal ada kereta polis dah..
bini saja duduk rumah..
tak keluar..
mood dia sampai dah crazy duduk rumah xD
sebenarnya rumah ni aku bina spontan..
tak fikir pelan pon..
hihihi! amacam?
banyak lagi rumah yang aku buat,
tapi aku tak duduk..
just buat suka-suka =P

ni lah tempat sims aku, isteri dan anak dia bersantai..
kalau ada house party & birthday party pun buat kat sini..
biasa buat party, pakai bikini..
wakakkaka xD



mana pergi sims aku?
haha! nanti la aku post..
kasi gempak-gempak sikit x)
nantikan kemunculannya pada topik akan datang!

090909?


apa yang bestnya hari ni?
aku pun pelik lah..
hari ni bermacam-macam kerenah terpaksa aku tempuhi..
antaranya kena bebel dengan mak aku,
syafiq.. kau jangan tidur..


kang rumah ada orang nak datang cat..
kang kau tidur, siapa nak buka pintu tu..
adeh!

lagi,
ada pula yang ajak dating pula..


kononnya date ni susah nak jumpa..
kenapa pula hari lain tak boleh?
kenapa nak hari ni juga?
sorry, aku ni jenis tak pandang pun sangat date ni..
kalau aku free, jom aku tak kisah punya..
tapi kalau aku ada job, sorry.. next time ok..

lagi,
hari ni ramai yang buat promotion..
ada yang nak declare abang angkat la,


kakak angkat la, adik angkat la, terangkat-terangkat puna da,
adui! kononnya 09.09.09 ni senang ingat..
adui~ itu je ke? aku ingatlah kan, kalau date ni tak ada,
confirm semua taknak declare..
sebab apa? sebab susah nak ingat.. lalala~

ni nak cerita lain pula,
kenapa ya sekarang kebanyakan perempuan(terutama student la)
bila dapat tahu si lelaki ada girlfriend,
dia orang akan memencilkan diri,


nak dipermudahkan, alasan takut awek marah lah,
takut awek tinggalkan lah, takut awek serang lah,
eh come on la, ayat ni dah lapuk ok..
ni baru awek kamu dah takut..
bukan ada sebarang ikatan pun..

fikirlah sikit,
bila kamu kerja, lagi ramai golongan yang berkahwin
tunang dan sebagainya..
takkan kamu still nak duduk sorang-sorang,
dan buat kerja sendiri..
think la.. adoi!
set in mind tu,
kalau aku kawan dengan lelaki ni,
confirm bini dia marah aku,
baik aku tak payah layan..


hah! good for you!

Wednesday, September 9, 2009

Erk!

pernah tak satu hari kau orang
tak tidur pagi,
suddenly, ada orang try nak masuk rumah kau orang?
tak kisahlah, dalam rumah ke,
dalam halaman rumah ke?
pernah tak?

 

pergh! jantung macam nak tercabut je tengok..
muka tak nampak..
samar-samar..
nasib baiklah pintu sudah dikunci..
kalau tak, aku tak tahu..

tapi kebiasaan pintu pagar depan tu,
aku tak kunci..
kira malam tu bernasib baiklah..
aku tak tahu dia siapa dan apa dia mahu..
yang aku tahu, pintu tu dah terkunci,
dan aku selamat!
Alhamdulillah..


kau orang yang rajin tak kunci pintu,
pastikan kunci ya..
safety first!
jangan dah terkena,
baru nak menyesal!
nasihat dari fiiQ untuk semua..
ngee!

Hatiku Tercalar


jeng jeng jeng!
saspen saja..
kehkehkeh!

aku tak faham betul lah..
adakah kereta dicipta hanya untuk lelaki
saja yang boleh bawa?


sebab kalau bagi perempuan drive sehari dua,
mesti balik ada punya line-line
yang tak sedap mata memandang..
lagi tak sedap kalau kereta tu kepunyaan sendiri..
confirm! adeh!


kalau pendek dan tak berapa nak nampak,
tak apa lagi..
kalau dah dari depan sampai belakang
panjang saja.. siapa tengok tak marah kan..
hohoho!
walaupun bukan harta sendiri,
tapi kena lah jaga elok-elok..
kan dah diberi kemudahan..
nanti kalau dah tak beri pinjam,
kata kedekut pula..
aduh!

berhati-hati di jalan raya!
ingatlah saya yang tersayang..
adeh!

;)


P.S - Nak duit raya ya!
alamat boleh minta kat saya..
terima kasih ;)

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan