Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Thursday, June 25, 2009

terkejut..!


wah~
1st time tengok accident betul-betul
berlaku depan mata..
tapi tak ada lah teruk sangat..
ini membabitkan
antara motosikal dan kereta..

tak payahlah cerita
bagaimana ia berlaku..
hehehe!
just 1st experience
tengok eksiden..
selalu kalau tengok eksiden,
scene pusing-pusing,
terbalik-terbalik,
dah habis..
and selalu datang tengok,
dah duduk kat tepi..
dah hantar hospital..
dan sebagainya..

kali ni,
aku dapat tengok macam mana..
omg! terbang! huhuhu!
agaknya macam itulah kalau aku eksiden,
masa kecil-kecil dulu..
sekarang baru remaja..
belum muda lagi..
kah3!!

agak kesian lah,
sebab perempuan kan..
calar balar kaki dia..
menangis wuuu~

..berhati-hati di jalan raya..
..ingatlah orang yang tersayang..

Sunday, June 21, 2009

Sudah jatuh ditimpa tangga..


bak kata orang,
hidup umpama roda..
kejap diatas, kejap dibawah..
aku sekarang memang betul-betul berada dibawah..
sebabnya :-

1.Kena saman polis
2. Kena bebel sebab buat/tak buat something
such as, rambut lurus sala, perm pun sala..
tidur sala, tak tidur sala, and etc..
3. Tambah lagi saman sebab kupon park tamat masa
4. Kena sakit mata.. berjangkit dari adik..
adik jangkit dari kawan dia.. and so on..



really sad.. entah apa lagi dugaan yang Dia nak beri..
sesungguhnya aku akan terima dengan redha..
tapi, sampai bila aku akan bertahan?
Allahualam..
tunggu dan lihat sajalah..

Saturday, June 20, 2009

Seriously give up




dah give up study..
rasa macam nak berhenti saja..
bukan sebab result,
tapi tension, pressure,
pasal benda lain..
yang boleh membuatkan aku jadi gila
apabila memikirkannya..

Thursday, June 18, 2009

Tensionnya


peh! kadang-kadang semangat,
kadang-kadang tak semangat..
bila teringat, terkenang..
ni bukan pasal cinta..
tapi.. wang..
waaaa! =(



dahlah kena saman pasal seatbelt tu,
tak bayar lagi..
tambah lagi saman parking..
aduhai~
asal lah cosmo ni tak buat tapak free untuk student..
berkira sangat =(

seat belt = RM80
parking = RM30
total = RM110

mana lah nak cari duit..
kalaulah duit tumbuh di pokok..
=(

polis pun tak pakai seatbelt,
cakap kat telefon..
siapa yang nak saman?








*gambar diambil dari google.com

Tuesday, June 16, 2009

Apa maksudnya??

tadi aku mimpi,
aku tengah tidur kat ruang tamu..
suddenly,
ada something bukak pintu..
then i jerit my mom!
my mom datang..

my mom tutup balik pintu tu..
then, pintu tu buka balik dengan sendirinya!
wah! scary gila!
my mom tutup,
dia tetap buka balik..

kerana takut sangat,
aku terjaga..
=(

Monday, June 15, 2009

Kenduri di Kedah


aku bertolak dari MUAR
lepas solat jumaat..
akulah jadi driver..
pergi shah alam rumah saudara aku..

mak aku cakap,
kena sampai sana sebelum pukul 6..
sekali dah telefon, kena ada kat sana pukul 5setengah..
apa lagi, aku pecut lah..



takkan nak tinggal pula..
alhamdulillah..
aku selamat sampai destinasi tepat-tepat jam 5setengah..
mahu 100+km/h aku bawa..
huuuu!

peh! agak lama juga lah aku tak naik bas..
ingatkan best! rupanya tidak!
ahh! pening gila..
bas ni terhuyung-hayang..
lagi tak best, bila jalan malam..



sejuk gila! driver ni tak reti sejuk ke?
aduh! aduh! aduh!
dah lah menggigil-gigil kesejukan
tambah lagi terhuyung-hayang..
nasib baik aku tak mabuk..
kalau tak, setiap 10km aku muntah..



kahkahkah!

sampai SIK, KEDAH pukul 2.30am..
nasib baik tak kena tidur dalam bas..
adalah rumah..



walaupun kecil saja..
muat lah..
apa lagi..
masing-masing cari tempat nak baring..
maklumlah.. rumahnya kecil saja..
agak penuh lah rumah tu..

esok paginya baru bertolak pergi rumah pengantin..
dekat pukul 12 jugalah,
baru bertolak..
dekat area mana, aku lupa..
tapi memang solok berdentum lah..
dengan jalan tak tar..
berbatu-batu..



dengan line telefon tak ada..
nak picit telefon pun tak boleh..
apa tah lagi nak sms..
huuu!



tapi celcom gak bagus..
line penuh!
huuuu!

lepas makan-makan semua,
dah siap dah kenyang,
kita orang pergi bukit kayu hitam..
konon-kononnya barang murah..
dalam perjalanan tu,
macam-macam jenis kampung kita redah..
molek-molek juga orang kedah..
kahkahkah!
duduk dalam bas, lambaikan sajalah..
huuuu!
bukan dia orang kenal pun..
huuuu!

dah sampai,
kita orang kena berjalan..
maklumlah, bas tak mahu masuk..
tak apalah, nasib baik dekat saja..
jalan dengan penuh semangat untuk bershopping..
sekali dah masuk dalam kedai dia,
mak aih! muar lagi murah lah harga barang..
aduh! berpuluh-puluh harga satu barang..
punah harapan nak bawa baling ole-ole..



bawa balik makanan saja..
makanan sana, murah-murah..
biskut oreo tu, 2.90 slumber saja..
keropok twisties saiz besar tu,
baru rm3 lebih..
huuu! memang borong makanan sajalah..

lepas dah shopping-shopping,
balik lah ke shah alam..
sampai shah alam dekat pukul 4.30am..
sampai-sampai tak ada lah terus balik muar..



penat wor! sakit pinggang!
tidur tak lena..
kesejukan..
macam-macam sakit ada..
huhuk!

tidur kat rumah saudara kat bandar mahkota?
gitu lah bunyi dia..
huuuu!
keesokan paginya, pukul 11.30 baru lah balik..
ingatkan nak balik muar terus..
rupanya sempat lagi ke kuala lumpur..
cari baju raya..
kahkahkah!
kalau perempuan mencari,
faham-faham sajalah..
pergi berjam-jam, bawa balik,
1 beg plastik kecil saja..
isk isk isk!
tak faham.. tak faham..

dah siap-siap beli kain semua,
kita orang start balik muar
jam 7pm..
dan sampai di muar,
jam 10pm..
agak sesak juga lah..
tapi tak sesesak balik ke kl..
lalala~



maaf cerita bosan..
tak ada mood nak menaip masa ni..
lalala~

Tuesday, June 9, 2009

cemburu seh!


huhuhu!
penat gila hari ni..
balik-balik kelas,



dah kena drive pergi mydin melaka..
mak nak belikan broadband kakak..
kat muar tak ada promosi..
so, kena jalan jauh sikit lah..
pergh! sabar sajalah..
kita yang dah masuk kolej dekat setahun ni pun
tak dapat apa-apa..
kakak semua dapat..



laptop, broadband, baju baru..
apa lagi..
wah! cemburu gila ni!
hahaha!

ni yang rasa nak habis belajar cepat,
lepas tu, pergi luar negeri..
al-maklumlah..
harta ismit luar negeri banyak lagi..!
hahahah!
sorry-sorry out topic sikit..

yang seronok nya,
dapat jalan sajalah..
huhu! sabar sajalah..
sekarang tak dapat apa-apa..
esok lusa siapa yang tahu? :D
dahlah tadi tak masal-masal dapat tugasan
terangkan nama-nama sistem teknologi maklumat
serta ciri-ciri..
aku dah buat, cuma aku tak tulis saja..
tak masal kena terangkan hari jumaat >,<
tensyen gila!



hurm~
sabar sabar..
dugaan banyak..
malang betul :\

Monday, June 8, 2009

waaa!


hari ni aku pergi salon (8/6)
nak cut rambut ala-ala japanese style..
sekali tak boleh buat..
sebab rambut aku tak cukup tebal..
dan rambut aku tumbuh tak sekata..
aduh! sedih-sedih..
last-last kena potong biasa saja..
tak apalah..
bela lagi..
kasi panjang-panjang..
huahuahua!

dapat lah cuci mata sikit..
amoi yang buat..
kui3! xD

tapi geram+sad sebab tak boleh buat..
huuu! rugi je
kalau tahu tak payah buat =(
tapi nanti serabai pula..
tak apalah..
anggap tak ada rezeki..

Argh tensyen!


geram seh..
ingat balik kampung,
boleh lah relax-relax,



bersantai-santai di bendang a.k.a sawah padi..
sekali kena buat kerja..
maklumlah, ahad(7/6) ada kerja kahwin..
nasib baik lah aku kejap-kejap cabut..
kalau tak, kena gaul rendang lah,
kena tolong goreng ayam lah..
macam-macam ada..
huhuhu!

hari paling tak best sekali,
suatu petang di pekan tu,
aku parklah tepi, sambil memberi signal,
menunggu mak & adik aku pergi beli beg..
aku tak perasan pula pak pacak ada kat depan..
dia tanya kenapa berhenti,
aku beritahu lah, tunggu mak sekejap..
dia tunjuk tempat parking..
aku pun apa lagi,
jalan saja lah..
sekali dia boleh tahan pula..
aku tak tahu apa aku dah buat..
dengan muka bengis dia,
ni apa ni (sambil menunjuk tali pinggang keledar)
hiasan ke?
sabar sajalah..
aku nak masuk parking depan sikit saja..
ada lah selang 2 parking..
dah kena saman..



sebab tak pakai tali pinggang keledar..
rasa macam nak turun, ketuk saja pala dia..
dah lah dia yang tunjuk parking,
lepas tu, dia pula yang saman..
ada ke patut..
hish! memang geram gila lah..

lepas dah beritahu orang tua,
mulalah semua diungkit..
dahlah kena saman..
rambut ni pula jadi mangsa..
ada ke cakap sebab rambut panjang rupa penyangak..
rupa penyamun.. rupa orang jahat..
dalam hati aku dah sound balik..
tapi mulut tak lah..
kang kata melawan pula..
diam kan saja lah..
kalau boleh berkata-kata,
dah cakap dah,
agaknya kalau orang rambut panjang ni penyangak lah ya?
oh baru tahu lah, m nasir, ramli sarip, rocker's2 dahulu,
artis-artis rambut panjang ni penyangak..
orang jahat.. oh! baru tahu..
ish! ish! ish!

lepas selesai saja kerja kahwin,
pada pukul 3.30pm aku dah bertolak balik muar..
agak jamed la juga..
dari tanjung karang, sampai mana entah..
aku pun lupa.. sampai bosan aku asyik tekan brek saja..
mula-mula pergi hantar akak aku dulu..



kat unisel.. peh! besar gila!
tapi membosankan.. sebab hutan saja..
huhuhu! dapat lah sekejap tengok awek..
maklumlah, apartmen perempuan..
hehehe!

lepas dah hantar, terus saja balik muar..
tak ada singgah mana-mana..
ada pun singgah kat RnR seremban..
huish! ramai gila orang..
tak pernah tengok orang ramai macam tu kat RnR..
bayangkan sampai kat tangga orang makan..
huhuhu! gila kentang..
dah selesai solat, makan semua,
terus balik..

kat highway tu ada la seorang mahluk tuhan paling seksi ni..
ada ke sepanjang highway tu pakai high beam..
sakit mata.. adui!
dah bagi potong.. ok lagi..
lepas tu dia slow pula..
aku pun potong lah..
ingat high beam dah tutup..
sekali dia bantai buka lagi..
agaknya rabun jauh betul dia ni..
hahaha! sirap saja :D

alhamdulillah..
aku selamat sampai di muar pada 11.30pm..
ikut ayer keroh..
memenatkan lah juga..
drive lebih 500km++
huhuhu!
esok nak buat cuti sendiri..
penat wor! hehehe!
jangan marah aaa :D


Friday, June 5, 2009

Indahnya




macam biasa lah pagi-pagi kena hantar
mak aku pergi sekolah..
even hari cuti kan..
kena kerja, cari duit..
beri kita makan, pakaian,
dan segala macam..
syukur! =)

aku ni kalau berjalan,
suka tengok sekeliling..
kerenah-kerenah orang lalu-lalang..
motor-motor.. kereta-kereta..
macam-macam ada..
hehehe!

tengah focus drive nak balik rumah,
terpandang lah satu jentera malaysia ni
park kat tepi jalan,
lepas tu, ada sebiji motor berhenti di hadapannya..
yang orangnya pula, duduk atas divider tu..
sampai saja sebelah jentera tersebut,
aku perhatikan lah, ingatkan excident ke apa..
rupa-rupanya, jentera malaysia ni dah naik atas divider..
macam mana ternaik, no comment lah..
siapa yang drive pun tak tahu..
sebab tengok dah kat luar kan..

hehehe! aku dalam kereta dah geleng kepala saja..
setakat ini, ALHAMDULILLAH syukur
tak ada apa-apa yang buruk berlaku..
kalau boleh, tak mahu lah..
AMIN! jauhkanlah =)

aku pun teruskan perjalanan pulang..

'aduh! apa ni iklan banyak daripada lagu,
bosan betullah'

*alih-alih siaran



'umat ISLAM akan berpuasa pada 22 ogos'

*terkejut sekejap sambil tengok-tengok kalendar..

'mak aih! awalnya dah beritahu..'

*ketawa sejenak

hehehe! aduh! tergelak aku..
sekarang baru bulan jun..
kalau bulan julai umum, ok la kot..
lagi sebulan.. hehehe! abaikan =)
apa yang penting,
aku tak boleh lupa kat warung edah..
ala, sebelah bhai tu! ada ke patut buka lagu raya..
memang semangat raya betul!
hahaha! bulan puasa pun belum..
itu baru bulan puasa.. puasa penuh ke tidak..
hehehe! huish! ngumpat-ngumpat..
sudah-sudah.. tutup cerita..



lalu saja depan sekolah,
wah! bangunan baru dah nak siap..
itulah sekolah lama aku..
SEKOLAH MENENGAH DATO' SRI AMAR DIRAJA..
huhuhu! cerita pasal sekolah ni,
bagi sesiapa yang ambil SPM 07,
kau orang dah ambil belum sijil SPM?
hahaha! aku tak ambil lagi..
jom ramai-ramai budak ipta/ipts yang belajar di luar sana,
ambil sijil! hahaha! jangan malas-malas..
sekolah kau orang juga.. huhuhu!



tengah tunggu trafik light hijau..
tengok lah apa lagi ada kat sekeliling..
nak buat cerita kat blog, huhu! =D
ada awek lalu.. *vroom..
nak hantar adik ke sekolah agaknya..
nak tengok muka tak dapat..
agak laju juga dia ke depan..
huhuhu! aku pun teruskan lah perjalanan pulang..
sebelum tu, aku kena beli sarapan dulu..
nanti kebulur pula adik-adik aku kat rumah..



'eh eh, awek tadi ni.. cover-cover'

cantik tertarik kau memang tembam!
hahaha! aku macam biasa lah..
buat don't know saja..
aku bukan biasa sangat pun dengan perempuan aku
tak kenal.. lagi-lagi aku tak kenal..
lagi aku keras batu.. huhuhu!
sebab tu aku tak popular macam kau orang..
huhuhu! ehem-ehem..
diisytiharkan..

*saya ni pemalu orangnya..



*lalalala~

huhuhu! sudah-sudah..
balik rumah terus..
berangan saja..
sebelum balik tu, aku pergi salon
tempat aku selalu buat rambut..
ala! tak buka lagi..
baru ingat nak buat rambut hari ni..
hmm.. terpaksa lah tunggu balik nanti..
aaaaa! tak best tak best..

Yakin dan pasti..



hehehe!
setelah puas karaoke di MELAKA MALL,
aku yakin dan pasti
bahawasanya, aku akan cuba start
untuk berhenti karaoke..
huhuhu!



bila perlu pergi?
apabila tension sangat..
malas nak fikir buat assignment apa semua,
itu baru waktu-waktu sesuai untuk pergi
menjerit..
melepaskan geram..
huhuhu!

mulai minggu depan,
aku akan cuba kurangkan..
hehehe! mungkin aku ada akan ajak..
tapi kau orang jangan ambil serius ok!
sebab aku gurau-gurau saja..
hehehe!

apa-apa pun,
karaoke memang best!
huhuhu!
mulai minggu depan juga,
aku akan start collect duit..
bukan apa..
nanti bila nak pergi jalan jauh-jauh,
macam hari ini (4/6),
sekurang-kurangnya, ada duit lebih sikit..
bila duit lebih sikit,
boleh jalan jauh sikit..
kan kan kan!
hehehe!



bila lah dapat pergi lagi macam ni..
seronok..
dua ronok..
beronok-ronok..
hehehe!
nak pergi jalan,
jangan lupa ajak aku..
biar tak ramai pun tak apa..
janji hati puas..
apa yang penting, happy wei! =)

Thursday, June 4, 2009

Seronok gila!




huhuhu!
hari ni (4/6)
aku dengan budak-budak cosmo pergi PANTAI PUTERI..
kat MELAKA saja..
walaupun air tak biru,
tapi bersih lah..
agak seronok juga mandi kat situ..
yang seronoknya, masa kita orang datang,
cuaca agak redup..
berangin lagi kan..
fuh! memang best lah..
tak menyesal pergi..
hehehe!

kita orang dah bersiap awal dah..
aku saja yang lambat sikit..
alif pukul 7 setengah dah terpacak depan rumah aku..
tak sabar agaknya..



aku ni siap baring-baring lagi..
selimut lagi.. mengantuk gila..
rasa mahu tidur lagi..
tapi dikenangkan alif ada dah kat luar,
aku paksa diri aku bangun,
pergi mandi.. huhuhu!
lepas dah siap packing-packing,
lelaki biasa lah,
sehelai sepinggang saja..
bab makanan semua perempuan yang tolong..
TERIMA KASIH YA! hehehe!



aku tak tahu siapa yang sediakan makanan..
sini aku listkan sajalah ya

*Farah Ismail
*Nurin
*Farha
*Farah
*Su
p.s - kalau ada salah eja, bagitahu ya =)

pagi tu bangun, lepas start enjin,
1st sekali aku tengok ialah road tax..
apa??!! mampus 1/6!!
terus aku message nurin..
nurin cakap lenjan saja..
sebab dia orang dah siap lah kan..
hahahah! lepas aku telefon bapa aku..
dia bagitahu, dah re-new, tapi ada dalam mercedes..
aku pun pergi lah ke sekolah beliau :D
dah siap-siap semua tampal roadtax..
aku pun mulalah menjemput kanak-kanak sekalian..

kita orang dari muar kira-kira pukul 8.50am..
sampai melaka dekat pukul 9 lebih juga lah..



sampai-sampai saja, dah cari botol sos..
nasib baik lah ada kedai runcit..
huhuhu!

sampai-sampai, makan lah dulu..
apa yang ada melantak sudah..
dah lah tak bawa apa-apa,
pastu nak komen..
nanti kena bebel pula..
huhuhu! sedap!
terima kasih ya kau orang..
hehehe!

*Nasi lemak
*keropok
*roti+tuna
*jajan sikit..
*belon yang sabun tu..
*air mineral

cukuplah untuk kita orang..
masa mandi tu, rasa macam tak nak naik saja..
hahaha! orang dah lah kurang..
maklumlah, hari khamis..
siapa saja datang bercuti..
huhuhu! adalah nampak 3-4 group
yang datang.. family pun ada..
tapi jarak antara group tu agak jauh sikit..
lapang, bersih, redup..
wah! seronok untuk bersantai..

kalau ada nak pergi mana-mana lagi nanti,
pergi sama-sama lagi ya!
hahaha! di talian bebas tol...
1-800-pergi jalan-jalan-bersama kawan-kawan..
huhuhu!
THANKS AGAIN!


Wednesday, June 3, 2009

Pandulah dengan cermat!


Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
Ssetibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
Selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."



hahahaha! jangan tiru aksi ini..
hanya sekadar hiburan..

patuhilah undang-undang..
pandu dengan cermat..
ingatlah orang yang tersayang!

Penat sebenarnya...


sesiapa yang ada lesen kereta tu,
kalau pernah drive jauh-jauh,
mesti penat kan..
terasa penat dia..
mengalahkan kemas rumah lah..
walaupun hanya pijak pedal minyak
dan mengawal stereng ke kiri ke kanan..
signal sikit..
ni bagi pengguna transimi auto la..
kalau yang manual,
lagi lah penat..
hahaha!



nak-nak kalau di bandar lah..
confirm balik sengal-sengal badan..
tapi bagi yang dah biasa,
mungkin dah tak ada rasa kot..
kebal lah katakan..
huhuhu! betul tak?
bagi yang auto senang saja..
kawal stereng, brek, pedal minyak..
dah itu saja..
kalau manual, rasakan..
masuk gear pijak clutch..
itu kalau highway, seronok lah..
kalau bandar..
takkan memanjang nak guna gear 2 saja kot..
hahaha!



pokoknya disini..
bawa kereta memang memenatkan!
bagi yang duduk sebelah,
mahupun belakang,
janganlah ingat memandu ni kerja mudah..
jangan suruh bawa pergi sana sini,
suka hati saja..
penat tahu! bukan nak ngungut..
ini kenyataan..
hargailah pemandu seperti kami!



hahahah!!

Monday, June 1, 2009

Gurauan Semata-Mata


Warkah Perokok Tegar


Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.

Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari batu pahat menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.



Yang benar,

din nage
_________________________________________________

Cara Jawab Telefon Dengan Betul



"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

___________________________________________________

FAKTA 1: Keris Taming Sari

Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 2: Taliban

TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Gila Ah!


huhuhu!
hari-hari karaoke..
lepas kelas saja, mesti pergi karaoke..
sampai orang jaga kaunter tu dah hafal..
asal nampak saja muka kita orang kat tangga..
dia cepat-cepat masuk..
memang confirm dah tahu kita nak karaoke lagi..
hahaha!

hari ni saja, dah dua kali..
tengah hari sekali..
petang sekali..
wah! kaya karaoke tu macam ni..
huhuhu! sekali nyanyi bukan 2-3 lagu..
tapi 10 free 1 terus!
hahaha! kadang-kadang tu,
sampai tak cukup..
siap tambah lagi tu..
tapi average 11 lagu lah..
sebab lagu-lagu yang dipilih mesti yang
high not punya! keluar saja,
mesti hilang suara..
hahaha!



Antara lagu-lagu pilihan :-
*bayangan gurauan - semangat zaman
*di alam fana cinta - semangat zaman
*cinta dalam hati - ungu
*kenangan terindah - samsons
*pada syurga diwajahmu - semangat zaman
*matahariku - agnes monica
*bintang kehidupan - yanti & ronie
*kau tetap dalam anganku - azie
*pelamin anganku musnah - azie
*bring me to life - evanescence
*sampai syurga - faizal tahir
*sandaran hati - letto
*etc..


Antara peserta-peserta karaoke :-
dah tentu lah budak-budak kelas aku
budak IT
*fiiQ a.k.a AKU
*farah
*farha
*nurin a.k.a juliana
*amalina


yang ni selain budak kelas aku
*zaki
*alif zakwan
*alif sahri (baru terjebak)
*fikri (baru balik dari seberang)
*kamelia

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan