Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, September 11, 2009

September 11, 2009


alangkah peliknya,
semasa tidur, aku pasang lagu zikir taubat..
selalu tidur, aku tak pernah macam tu..
tergerak hati untuk pasang..
jadi aku pun pasang, dan on kan repeat..
supaya ia dimainkan berulang-ulang kali sehinggalah aku tertidur..

hari ni, macam biasa lah
pagi-pagi bangun sahur..
lepas sahur, tunggu solat subuh,
lepas tu baru tidur..

aku bangun dalam pukul 9.00am(bangun pun sebab ada kelas)

hati kecil : ko tak payah bangun, ala, baru sehari tak datang

akal : wahai anggota-anggota sekalian, bangun-bangun, kita
perlu membantu beliau pergi ke kelas.. untuk belajar..

dengan semangat juang yang tinggi(tapi mata kuyu lagi)
aku pun melangkah ke tandas..
aku tidur kat tingkat atas, so, dekat tangga
memang dah tersidai tuala, capai sajalah ;)

lepas dah siap mandi,
pakai minyak wangi,
bedak-bedak sikit,
baru lah wangi, dan bergaya,
aku start motor lalu pergi ke kelas..

hari ni subjek add math ELEMENTARY ANALYSIS
atau lebih senang dikenali sebagai additional mathematics..
alangkah susahnya.. tapi aku teruskan juga untuk belajar..
nak lulus dengan cemerlang!(semangat budak tadika)
hehehe!
hari ni baru masuk bab 2 : garis lurus(kalau tak silap)
susah juga la..
tapi apa yang penting kerjasama! semangat!

lepas dah berhempas pulas belajar,
waktu menunjukkan jam 10.30am!(padahal habis kelas pukul 11am)
yahoo! balik!
baru nak relax-relax sekejap berbual dengan kawan-kawan..
tiba-tiba teringat mak suruh ambil kat sekolah
katanya nak hantar kuih kat pagoh..

setibanya di rumah,
aku pun tak sempat-sempat letak barang,
terus start naza yang dah bertahun tak start
lalu pergi ambil mak aku yang tengah menunggu kat sekolah..
dah sampai saja, ingatkan terus pergi,
tapi kena balik dulu ambil stok kuih yang berada di rumah
(apalah salahnya beritahu awal-awal angkat stok kuih letak kat dalam kereta dulu)
kena balik rumah juga nak ambil stok

-cerita kuih dihantar terpaksa dipotong atas alasan-alasan yang tertentu-
(padahal tak ada benda yang menarik pun)

sebelum aku bertolak pulang,
aku ada tuang minyak kat shell bukit pasir..
semasa hendak membuat pembayaran,
ada terperasan la poster mengikut tahun,
kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pengguna semasa mengisi minyak..
aku rasa, aku tercalon(cerita macam menang award pula)
aku terbiasa isi minyak tanpa mematikan enjin kereta..
tak tahu kenapa.. sejak dari bangku sekolah lagi lah..
senang cerita..
hasrat hati memang nak matikan enjin..
tapi tak tercapai hingga ke hari ni..
wallahualam..
lepas dah habis isi, aku teruskan perjalanan semula..

sampai kat rumah, dah pukul 1pm..
aku baru nak baring-baring rehatkan badan kejap..
dah kena pergi sembahyang jumaat pula..
bangun lagi.. capai songkok,
start kereta kecil aku, terus pergi masjid..
sampai-sampai lupa pula silent phone,
nasib baik teringat..
(perhatian! sila matikan/silentkan phone anda ketika di masjid)
(tiada panggilan sepenting panggilan illahi)

lepas dah habis sembahyang jumaat,
balik rumah lah, apa lagi..
balik dapat la juga aku merebahkan diri..
selesanya (sambil penghawa dingin dibuka)
(barulah best! panas-panas buka aircond!)
(ni tak, sejuk-sejuk nak buka aircond)

tepat jam 2.20pm,
aku pun bersiap untuk pergi ke kelas open source..
nasib baik naik kereta..
sejuk sikit(hari ni agak panas ye)

aku habis kelas jam 4pm(sepatutnya 4.30pm)
tapi disebabkan bab 1 dah habis,
dapatlah outcome edisi raya..
hihihi!
kena buat coding php, pasal current date..
dan juga paparan nama kita..

aku sampai rumah pukul 5pm,
sebab lepak-lepak dengan budak-budak iT..
sembang-sembang pasal raya..
hari raya keberapa nak buat takbir dari rumah ke rumah..
hehehe!! (takbir tak ada pun, ziarah je)
(maklum lah, semua belajar jauh-jauh)
(cuti pun dah tak sama, hari raya sajalah harapan)

hari ni berbuka mee goreng je..
selalu banyak makanan..
makin dekat raya, pula makin sikit..
hehehe! tak apa, jimat ;D
jangan membazir (amalan syaitan)
hari ni aku duduk kat rumah je,
main game gta san andreas..
tak pun the sims 3.. itu sajalah kerja aku..
tak pun myspace, tagged, blog, kelab.. itu saja lah..
hahaha! bosan kan kerja aku?
macam ni lah kehidupan aku hari-hari..
-end for today-

Rindunya!


rindunya nak ambil gambar dengan geng-geng lama..
hehehe! dulu selalu saja ambil..


tak kira pergi mana,
dalam kelas, kat kaki lima,
lepak-lepak, makan,
dan sebagainya..

sekarang suram saja..
semua buat hal sendiri-sendiri..
tapi tak apalah..
faham..


semakin lama, semakin hari,
semakin sibuk semua dengan kerja masing-masing..
tapi ingat,
sibuk, sibuk juga..
kawan-kawan sekeliling tu jangan terabai..


nanti kawan dah lari,
tahu nak salahkan dia..
cermin dulu diri sendiri..
adakah anda mengambil berat hal kawan anda?
atau anda biasa buat hal sendiri?
so apa lagi.. sms la kawan anda sekarang..
ngee!
renung-renungkan!
dan selamat beramah!

Thursday, September 10, 2009

My Sims 3!

Haha! nak juga tunjuk tu rumah!
hehehe! mana boleh tak tunjuk, jealous ni..
ngee!

ok.. ini sebenarnya adalah game THE SIMS 3..
simulation games ok..
nak ingatkan, game ni bukan untuk perempuan saja..
lelaki boleh main juga..
hehehe!

bagi sesiapa yang belum cuba,
dapatkan segera di pasaran!
confirm puas hati =)

ni serba sedikit rumah yang aku usahakan..
walaahh!

home sweet home x) 
(klik untuk pembesaran)

naik basikal sudah.. 
membazir beli kereta ni..
eceh! perasan =P
padahal ada kereta polis dah..
bini saja duduk rumah..
tak keluar..
mood dia sampai dah crazy duduk rumah xD
sebenarnya rumah ni aku bina spontan..
tak fikir pelan pon..
hihihi! amacam?
banyak lagi rumah yang aku buat,
tapi aku tak duduk..
just buat suka-suka =P

ni lah tempat sims aku, isteri dan anak dia bersantai..
kalau ada house party & birthday party pun buat kat sini..
biasa buat party, pakai bikini..
wakakkaka xD



mana pergi sims aku?
haha! nanti la aku post..
kasi gempak-gempak sikit x)
nantikan kemunculannya pada topik akan datang!

090909?


apa yang bestnya hari ni?
aku pun pelik lah..
hari ni bermacam-macam kerenah terpaksa aku tempuhi..
antaranya kena bebel dengan mak aku,
syafiq.. kau jangan tidur..


kang rumah ada orang nak datang cat..
kang kau tidur, siapa nak buka pintu tu..
adeh!

lagi,
ada pula yang ajak dating pula..


kononnya date ni susah nak jumpa..
kenapa pula hari lain tak boleh?
kenapa nak hari ni juga?
sorry, aku ni jenis tak pandang pun sangat date ni..
kalau aku free, jom aku tak kisah punya..
tapi kalau aku ada job, sorry.. next time ok..

lagi,
hari ni ramai yang buat promotion..
ada yang nak declare abang angkat la,


kakak angkat la, adik angkat la, terangkat-terangkat puna da,
adui! kononnya 09.09.09 ni senang ingat..
adui~ itu je ke? aku ingatlah kan, kalau date ni tak ada,
confirm semua taknak declare..
sebab apa? sebab susah nak ingat.. lalala~

ni nak cerita lain pula,
kenapa ya sekarang kebanyakan perempuan(terutama student la)
bila dapat tahu si lelaki ada girlfriend,
dia orang akan memencilkan diri,


nak dipermudahkan, alasan takut awek marah lah,
takut awek tinggalkan lah, takut awek serang lah,
eh come on la, ayat ni dah lapuk ok..
ni baru awek kamu dah takut..
bukan ada sebarang ikatan pun..

fikirlah sikit,
bila kamu kerja, lagi ramai golongan yang berkahwin
tunang dan sebagainya..
takkan kamu still nak duduk sorang-sorang,
dan buat kerja sendiri..
think la.. adoi!
set in mind tu,
kalau aku kawan dengan lelaki ni,
confirm bini dia marah aku,
baik aku tak payah layan..


hah! good for you!

Wednesday, September 9, 2009

Erk!

pernah tak satu hari kau orang
tak tidur pagi,
suddenly, ada orang try nak masuk rumah kau orang?
tak kisahlah, dalam rumah ke,
dalam halaman rumah ke?
pernah tak?

 

pergh! jantung macam nak tercabut je tengok..
muka tak nampak..
samar-samar..
nasib baiklah pintu sudah dikunci..
kalau tak, aku tak tahu..

tapi kebiasaan pintu pagar depan tu,
aku tak kunci..
kira malam tu bernasib baiklah..
aku tak tahu dia siapa dan apa dia mahu..
yang aku tahu, pintu tu dah terkunci,
dan aku selamat!
Alhamdulillah..


kau orang yang rajin tak kunci pintu,
pastikan kunci ya..
safety first!
jangan dah terkena,
baru nak menyesal!
nasihat dari fiiQ untuk semua..
ngee!

Hatiku Tercalar


jeng jeng jeng!
saspen saja..
kehkehkeh!

aku tak faham betul lah..
adakah kereta dicipta hanya untuk lelaki
saja yang boleh bawa?


sebab kalau bagi perempuan drive sehari dua,
mesti balik ada punya line-line
yang tak sedap mata memandang..
lagi tak sedap kalau kereta tu kepunyaan sendiri..
confirm! adeh!


kalau pendek dan tak berapa nak nampak,
tak apa lagi..
kalau dah dari depan sampai belakang
panjang saja.. siapa tengok tak marah kan..
hohoho!
walaupun bukan harta sendiri,
tapi kena lah jaga elok-elok..
kan dah diberi kemudahan..
nanti kalau dah tak beri pinjam,
kata kedekut pula..
aduh!

berhati-hati di jalan raya!
ingatlah saya yang tersayang..
adeh!

;)


P.S - Nak duit raya ya!
alamat boleh minta kat saya..
terima kasih ;)

Tuesday, September 8, 2009

Sejuk!


hish!
siapalah yang cipta penghawa dingin kat rumah ni..
aku nak tidur malam pun susah..
lagi-lagi kalau adik aku join tidur kat ruang tamu sekali,
hampeh! tidur saja mesti nak buka aircond..
tak boleh ke pakai kipas..
sejuk lah!


tengok!
hari-hari setiap kali bangun pagi,
mesti selsema..


aduh! tak suka betul..
bila nak baik ni?
mesti lama baru nak hilang..
aduh! x(
tak suka tak suka!

Monday, September 7, 2009

Shopping barang dapur


macam biasalah ya,
tiap-tiap hari bangun tengah hari..
hehehe!
lepas bangun daripada tidur,
terus mandi..



siap-siap nak menghadap komputer..
ingat dapat lah main..
kena pula kemas rumah..
adeh! tak apa..
bersabar lagi..



aku pun kemas punya kemas..
fuh! berpeluh! penat!



puasa kan.. penat lah kemas..
lagi-lagi kalau barang yang diangkat tu, berat..

lepas dah siap, ingat dapat lah online..



hampeh! tak dapat juga..
kena out pergi beli barang dapur..
hehehe! pada mulanya memang lah macam bosan saja..
yalah! bosan lah pergi shopping..



lagi suka duduk dalam kereta,
sambil dengar lagu raya..
kan feeling ;D

lepas dah ambil satu troli,
aku pun cucuk saja lah belakang mak aku..
cucuk ala-ala cerita tokyo drift..
wakakakk! (macam budak-budak lah pula)
tengah feeling-feeling shopping,
ambil tu, ambil ni,
tiba-tiba aku terdengar lah seorang lelaki
yang digelar bapa kepada berapa entah anak dia,
tak perasan aku..
anak dia merayu supaya membelikannya susu..
si lelaki ni tak beri, dengan alasan,
eee! tak malu minum susu lembu..
hehehe!

tergelak kejap aku kat situ..
dalam kepala otak aku terfikir saja,
kalau 10 orang macam lelaki tu,
esok juga, econsave banned barang keluaran susu lembu..
adeh!

hari ni penuh juga orang..
tak pernah aku pergi sesesak macam ni..
lepas dah siap bayar apa semua,
aku pun pulang lah nak menghadap komputer..
kau orang rasa, aku dapat ke tak?
tettt! masa dah tamat!
tak dapat lagi.. adeh!



kali ni kena tolong masak pula..
masak ayam goreng,
masak nasi goreng(tolong gaul saja),
buat air sirap bandung dengan sarsi..
dan yang sama waktu dengannya..
akhirnya!


pada tepat jam 6.30 waktu malaysia!
aku dapat juga online!
hahahahhaa!!!! tak boleh belah!!
rindu sama kawan-kawan aku!!
hahahaha!

Saturday, September 5, 2009

15 hari

sudah 14 hari kita berpuasa..
esok cukup la 15, setengah bulan kita berpuasa..
hehehe!
pejam celik, pejam celik je,
dah nak raya kan..
tapi yang pelik,
aku rasa, macam baru lepas sambut raya..
teringat pula kenangan raya tahun lepas..
tapi walau apa pun,
persiapan dah buat belum?
dah siap mengemas?
shopping baju raya?
hehehe!



nanti raya, jemput lah datang rumah ya!
tapi jangan la ambush terus,
nak datang, beritahu dulu..
takut tak ada di rumah..
hehehe!
selamat menunaikan ibadah puasa!
selamat tinggal ramadhan

selamat datang syawal ;)

Friday, September 4, 2009

Tudung Shawls


ni member aku suruh tolong forwardkan saja..
bagi sesiapa yang berkenan,
ada borang permohonan dalam tu..
disediakan sekali..
apa lagi..
dapatkan segera..
sementara stok masih ada..
kekekek =D

Kos Penghantaran Barang anda akan diposkan pada hari Isnin, Rabu & Jumaat
POS LAJU
Semenanjung
1-3 =RM6.00
4-5 =RM7.00
6-7 =RM9.00
8-9 =RM10.00
10-11 =RM11.00
12-13 =RM12.00
14-15 =RM14.00

Sabah & Serawak +Rm3.00
POS EKSPRESS
1-2 =RM5.00
utk shawl
(1 helai = RM4.00)
(utk Pos Ekspress adalah kurang selamat... sbb die tidak memerlukan penerima mnandatangani apa2 dokumen..so..pilihan di tangan anda)
How To Order (PENTING!!!!!)
1.If you are interested, please make sure the item is Available

2.Use the form above to order

3.I will confirm your order within 24 hours

4.Please make payment within 2 days upon confirmation of your order

-Reserved item(s) is/are only applicable for 2 days,

-If u want me to reserve more than 2 days, 50% deposit required !!

5.Item(s) will be posted within 2 days upon confirmation of payment

-The price shown is not inclusive of shipping cost .

Available -maknanyer boleh booking item nie

Sold - maknanyer dah di jual kepada org yg booked td..

BAYARAN HANYA MELALUI MAYBANK(setakat ini)

101049450153
ANAS SYAFE'I BIN KHAIDIR
tq :)
hubungi saya 0179861659 untuk keterangan lanjut

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan