Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, July 16, 2010

Alhamdulillah

syukur kepada Tuhan
dengan limpah dan kurnianya
dapatlah kita bersama-sama lagi
untuk berkongsi cerita-cerita
suka dan duka =)

wah! ayat ;p
Selamat Pagi !
saya ucapkan kepada semua
pembaca setia saya..
pendengar dan juga pemberi nasihat
thank you all !
hehehe ^^
entah ada orang entah tak ;p

tak apa lah yang penting,
aku nak sharing juga dengan kau orang..

Alhamdulillah
my life is getting better and better
kau orang mesti pernah dengar

'hidup kita ibarat roda
kadang-kadang kita di atas,
kadang-kadang kita di bawah,
tetapi walau apa pun,
kita mesti tabah menghadapi segala ujian'

pernah kan? takkan lah tak pernah =)
1st, saman aku dah habis bayar..
Thank God !
lega kepala aku memikirkannya..
saman tu lah yang membuat aku serabut sangat-sangat
sampai makan tak lena
tidur tak basah
mandi tak kenyang

sekarang rasa macam dah free sangat kepala ni
hehehe ! Alhamdulillah

sekarang tinggal referral saja
aku harap lulus dengan cemerlang lah..
dah lah dekat semester akhir ni..
so aku tak nak lah ada foul-foul..
nak smooth saja
and hope my result getting better and better..
wish me luck ok =)

oklah,
sampai sini dulu cerita
sebenarnya banyak lagi nak cerita,
tapi aku sendiri dah lupa..
seronok sangat punya pasal..
hehehe ^^

jumpa lagi di lain hari ;)
Assalamualaikum!

Thursday, July 8, 2010

Personaliti Skorpio

Orang nya serius, mudah cemburu,
Mood swing..

Tips untuk memikat: 
Sentiasa menghargai nya.. 
nak bergayut di telefon berjam-jam pun tak apa!
janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. 
Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: bila dah tepikat susah nak lepas daripada scorpio

Sunday, July 4, 2010

Semangat



Huhu
sejak dua menjak ni aku asyik bangun awal saja
kenapa ya? aku juga sering mengalami
tidur malam yang agak susah lah
mana tak nya, orang malam tidur,
aku berjaga

yang peliknya,
aku kalau tidur awal ke
tidur lambat ke,
automatik lepas pukul 1,
mata ni akan jadi segar
har ! apa sebab tu?
jeng3 !

nasib baik lah
walaupun bangun pagi-pagi,
tapi aku still mampu pergi ke kelas
tak mengantuk..
itu yang hebat
tapi bila balik, TERBABOM!
tumbang ! kahkahkah !

pagi-pagi rutin macam biasa lah
kemas tempat tidur,
sapu depan, sidai kain..
siap semua,
tengok tv ! cerita kegemaran kot..
The Guardian..
lepas itu,
CSI : Crime Scene Investigation

memang gempak lah !
hehehe !

tup tup, tengok jam dah pukul 9 !
masa untuk online
YAHOO MESSENGER

agaknya orang yang ditunggu dah online ke belum
hehehe =)
sementara tunggu,
dengarlah lagu
Daus AF 8 - Kenapa =)
confirm senyum macam gambar YM tu..
hehehe !
oklah =)
sampai disini saja =)
sambung lagi ya ;)

Friday, June 25, 2010

Selesai Satu

Alhamdulillah..
selesai satu benda..
ada lagi DUA saja tinggal..
total RM160 lagi..

wah mana nak cari duit ni..
lepas selesai benda ni baru lega..
eh cuit-cuit, rasa ada lagi DUA !
aah ! referral !
ahh ! bencinya !
tambah RM100 lagi !

duit lagi =(
hmm, mana nak cari duit..
kalaulah duit jatuh dari langit..
senang saja kan..

apa boleh buat,
nak kerja, tak ada masa yang cukup,
sekarang nak cari part time bukan senang
tak macam dulu-dulu
sekarang susah..
semua nak full time..

hmm..

[Mood : Down]

Wednesday, June 23, 2010

Down Again

jumaat ni (25/6/2010),
aku akan naik ke mahkamah..
bukan naik turun tangga..
but the real one..
sebab satu ketika dulu,
aku pernah disaman

lama tak lama sangat la..
tempoh bayar kompaun 3 bulan biasanya..
lepas 3 bulan,
naik court la kan..

hmm..
aku tak pernah dihadapkan macam ni
tapi nak buat macam mana..
aku bukan ada duit nak bayar..
kena lah naik juga..

kesnye? 
hmm langgar trafik light merah..
sebenarnya bukan disengajakan..

ok..
ceritanya begini..
aku biasanya memang akan berhenti trafik light merah..
kecuali pagi-pagi buta..
biasalah.. kereta tak ada..
pergi keluar minum 2-3 pagi..
kalau berhenti trafik light pun,
bukan ada kereta..
so, langgar sajalah..
ok-ok, back to the story..

sejak aku menggunakan motor tanpa raga ni
agak susah juga lah untuk aku pikul barang
kalau barang-barang kecil dan tidak berharga,
aku tak ada lah nak kisah sangat..

cuba bayangkan,
motor besar macam ni,
bawa komputer riba..jeng jeng jeng !
agak-agak kau orang berhenti tak?
sempat lagi nak buat undian ya..
bagi aku pada masa itu
memang aku sanggup langgar..
sebab aku tak nak lah diragut wei..
aku pun perlahan-perlahan pulas minyak,
slow saja aku langgar trafik light tu..

nasib tak baik,
polis tengah duduk kat depan..
nak tak nak kena lah terima
kita dah buat salah kan..

the morale of the story
jangan lah langgar lampu merah
jangan cuba sekali-kali..
kadang-kadang tak apa..
depend on situation la..
ini undang-undang..
bukan apa, malang tak berbau right..

aku tak tahu aku dalam situasi salah ke tak
tapi aku cuma takut aku akan jadi mangsa keadaan
itu yang membuatkan aku berani melanggar lampu merah tu
~ salam ~

Sunday, June 20, 2010

Scorpio =)

What you should do: What you should not do:
  1. Dress up and look good for the Scorpio. The Scorpion appreciates beauty and sex appeal.
  2. Have a no-holds-barred approach. The Scorpio will delve into your secrets, anyway.
  3. Don't hold on. A relationship with the Scorpio is an exciting journey of discovery, so go along!
  4. Be comfortable with the Scorpio gaze. Squirming will not help!
  5. Share everything with your Scorpio. This will make for a highly fulfilling relationship.
  1. Don't ever accuse the Scorpio of playing with your emotions. The Scorpio promise of fidelity is as good as gold.
  2. The green-eyed monster is the most dangerous part of your relationship. Try and keep jealousy at bay.
  3. You need to take lessons in handling your emotions with a Scorpio. Try not to contribute to the emotional fireworks in the relationship.
  4. Don't have a narrow mind. With the Scorpio, you must be prepared for anything.
  5. Don't ever keep secrets from the Scorpio.

Wednesday, June 16, 2010

June 16, 2010

biasa aku tulis cerita panjang lebar,
tapi hari ni mungkin cerita aku agak pendek saja
habis sudah cuti semester aku
ni baru 2 minggu naik cuti
walaupun cuti aku tak berapa nak seronok
tapi aku ada juga la pergi berjalan
pergi mana?
of course PD aka Port Dickson

aku bertolak dari MUAR sabtu petang
dalam pukul 6.30
dari MUAR ni berapa biji saja
kumpul dekat PD
ramai member dah kumpul kat sana

ini sedikit gambar =)


tapi sedikit tak best la masa pergi
sebab tak ada tempat tinggal
kena tidur atas rumput
dah lah tepi pantai
sejuk wok !
tapi yang best sebab dapat konvoi
kumpul ramai-ramai =)
memang enjoy
hope next time ada lagi
aku nak pergi lagi =)
tapi with better planning

Thursday, May 27, 2010

Mei 27, 2010

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu

Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

cinta dalam hati - ungu

kenapa banyak sangat dugaan aku terima tahun ni
baru berapa bulan saja,
bermacam-macam masalah aku
datang satu persatu
sikit sikit

kenapa tak bagi terus banyak?
kenapa seksa aku macam ni?
ya Allah aku tak kuat
aku lemah.. lemah nak terima dugaan yang kau beri ni
ini ke balasan apa yang telah aku buat kat kawan-kawan aku
kat orang aku sayang

aku ambil berat pasal dia orang
aku jaga dia orang
walaupun dia orang marah aku
dia orang buang aku
tapi aku tak pernah ambil hati
tapi lagi aku sayang
setiap hari aku ungkapkan kata-kata
penuh bermakna
jaga diri,
jangan lupa makan, minum
senyum selalu
nampak saja ringkas,
tapi maksud yang ingin disampaikan itu mendalam
kita tak nak orang kita sayang sedih
kita tak nak orang kita sayang sakit
dan lain lagi..
tak kisahlah kalau aku sakit macam ni
tak kisahlah kalau aku yang terima
aku terima
aku terima

janji orang yang aku sayang tak kena
aku nak dia orang bahagia
aku nak dia orang gembira

biarlah aku terus disiksa
tersiksa dengan kata-kata maki
caci, benci, dibuang
tapi satu aku nak dia orang ingat..

aku tak pernah simpan dalam hati
walaupun aku pendam semua kata-kata kau orang
tapi aku tak pernah nak luahkan
sebab aku nak jaga hati kau orang
aku sayang.. sayang sangat..
tak sampai hati aku nak lukakan hati kau orang
biarlah aku saja pendam perasaan ini
asalkan kau bahagia..
bahagia selamanya..
tanpa tahu apa yang telah kau buat kat aku..
thanks sebab layan aku macam  ni..
aku tahu aku bukanlah perfect sangat..
tapi aku sudah sehabis daya
segala kudrat aku kerahkan..
untuk menjaga hati kau orang
ya aku bahagia begini..
tak apa lah tak ada orang nak jaga hati aku
tapi satu saja aku nak kau orang ingat..
ya, aku memang akan jaga hati kau orang
selagi aku terdaya
tahap kesabaran aku masih lagi bertahan
iman yang kuat di dada..
insyaAllah..

once again, thanks a lot
sebab pernah menjadi kawan aku
orang yang aku sayang..
kalau kau nak pergi, pergilah
aku tak pernah menghalang..
tapi tolong lah jangan kembali untuk lukakan hati aku lagi
cukup-cukuplah.. penat aku menjaganya
tapi kalau ini balasannya,
aku rela lepaskan..
lupakanlah aku..
carilah insan yang lain yang lebih sempurna
yang mampu buat kau orang bahagia
kalau caraku ini tidak termampu untuk membuat kau orang bahagia

jika saat-saat kau tersenyum, ketawa,
apabila mendengar kata-kata dari aku itu
adalah palsu, palsu belaka..
maka aku telah gagal membahgiakan kau orang..
sesungguhnya, senyum aku datang dari senyum kau orang
ya.. aku bahagia bila lihat orang di sekelilingku bahagia
aku tak kisah kalau aku sedih, sakit hati
janji, orang di sekelilingku, gembira
senyum, tak berduka..
biarlah aku seorang saja yang rasa..

Sunday, May 16, 2010

Masalah 2

belum sempat habis masalah lama,
masalah baru sampai..
aku pun pelik,
biasanya motorsikal kalau side mirror kanan saja,
lepas..
tapi hari ni,
16 MAY 2010
seorang polis trafik cakap kat aku
side mirror kena pakai 2-2..
dan ia adalah wajib !
apa kejadahnya ~

aku lalu road block kat depan taman aku tak kena apa-apa,
lalu kat tempat dia kena..
bengang lah macam ni..
kat belah sini lepas, belah sana tak lepas..
begitu juga no plet..
kat tempat aku lepas,
kat tempat dia tak lepas..
pelik lah..
adakah law tempat aku
dengan
law tempat dia lain?
Zzzz..
pissed off !

[tempat aku dengan dia berlainan daerah]

Sunday, May 9, 2010

Masalah

kenapa lah bulan ni malang sangat bagi aku =(
padahal baru awal bulan..
1st sekali,
ada la kawan baik [nama dirahsiakan] nak minta putus
sedihnya lah..
kenapa sudah sekian lama berkawan,
dah rapat, dah mesra,
baru sekarang kau minta memutuskan hubungan..
kalau ada salah, kan boleh berbincang..
tapi kenapa bila dah kemuncak baru kau nak minta putus..
hmm =(

2nd,
saman.. argh ! tensionnya..
saman, saman..
malas nak cerita =(
sedih saja..

3rd,
final exam + final project..
risau nya lah aku kedua-dua ni..
dah lah belajar macam...... hmm
pergi kelas saja ilmu ada,
keluar, semua hilang..
susah sangat kepala aku nak masuk teori..
kalau praktikal,
kenapa cepat saja ingat..
argh ! tolong aku !

seriously mood down sangat pasal semua masalah ni..
hmm =(

YA ALLAH, kau bantulah hamba mu ini..
permudahkanlah urusan ku hari-hari
lapangkan dada ku, hati ku agar aku dapat menerima ilmu pengetahuan..
hanya kepadaMu aku meminta sesuatu..
sesungguhnya kau MAHA MENDENGAR..
amin x(

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan