Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Wednesday, December 30, 2009

Final exam !

wuhuu! final exam semakin hampir..
debaran kini kian terasa..
alamak macam anugerah bintang popular lah pula..
hehehe !

doakan aku berjaya dalam peperiksaan ini..
waahhh! saya sangat takut..



Monday, December 28, 2009

Penat x)

walaupun penat,
aku tetap mengagahkan diri untuk menaip..
huahuahua!
even da drive 300++ km..
tapi semangat waja untuk mengupdate blog,
untuk kau orang kau orang yang minat membaca..
ada ke? bantai lah labu..

hari khamis yang lalu,
aku pergi balik kampung,
kat sabak bernam, selangor..
ada kenduri arwah yang ke 100 hari..
saya tak pasti arwah datuk / nenek..
hehehe.. tapi yang pasti..
saya datang ok..
baik tahu..

hari khamis tu bertolak malam dari muar,
so kena tidur kat rumah saudara,
kat bukit mahkota...
letih babe !
so kita orang bertolak awal pagi..
dalam pukul 8am..
jumaat..
sampai kat sabak bernam, pukul 10am..
sampai-sampai,
macam biasa lah, aku terus cari bantal..
penat wok !
tapi tengah hari dah kena kejut,
pergi sembahyang jumaat..
huuuu !

petang jumaat itulah acara korban bermula..
fuh ! lembu dia tak macam lembu kat muar ni..
sekali sembelih, darah dia sikit saja keluar..
melawan pun tidak..
dalam hati aku kata,
confirm tak cukup makan lembu ni..
tapi bila 1st darah tu memancut,
fuh ! ngeri-ngeri..
biasa bila hari raya korban,
aku tengok dari tepi saja..
kira tak nampak la part leher tu..
ni dapat tengok depan mata..
macam air paip..
crutt crutt darah memancut..
kesian lembu tu..
masuk syurga dah ya..
wallahualam..

selesai sudah kenduri arwah,
hari pun berjalan macam biasa lah..
kerja aku tiap-tiap masa tidur saja..
ya lah, nak pergi mana pun tak tahu..
bukan ada kenal siapa-siapa..
lagi satu, pekan sungai besar tu,
bukan ada apa-apa pun..
hehhe ^^

hari ahad,
aku bertolak pagi..
dari selangor, singgah sebentar di kL
apa lagi ! shopping !
huahuahua! dapat HARD DISK DRIVE babe !
750GB huahuahua!
alhamdulillah..
rezeki ALLAH..
hehehe ^^
   
oklah..
penat ni..
mahu tidur..
selamat malam ^^

Monday, December 21, 2009

Apa pasal?

aku cukup pelik dengan budak-budak sekarang..
memang tak dinafikan,
laman web sosial memang popular di kalangan remaja..
belia pun tak kurang hebat juga..
especially, bila ada masa senggang..
confirm  tak lepas computer tu kan..

tapi bukan itu yang saya nak ceritakan hari ni..
saya ingin tanya pendapat kau orang semua,
jika lah kan,

orang bagi status macam ni..
STATUS : fu** life.. BOSAN ~

apa yang bermain dalam minda kau orang?
kau orang rasa, patut ke tak?
memang tak dinafikan
hari tak sentiasa cerah..
kadang-kadang hujan..
bak kata pepatah,
ku sangkakan panas sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari..
mean, kita ingatkan seronok tu berterusan,
rupanya sekejap saja..
lebih kurang la kot ya?

tapi harap bersabar la..
kita ni kan ibarat roda..
kadang di atas, kadang di bawah..
hidup tak selalu ceria..
terima sajalah..
itu yang akan mewarnai kehidupan kita sehari-hari..

wallahualam~


Saturday, December 19, 2009

Seorang Diri~

pengalaman pertama drive seorang diri..
biasa kalau jalan lebih 50km,
pergi berteman..
ni drive seorang-seorang, rasa ginjal..
oppss janggal ( betul ke ni? )
what ever lah..
hehehe !

nak tahu pergi mana?
ala, tak payahlah..
yang penting, aku berjaya mengharunginya..
takut tu ada juga,
maklumlah, tengah malam beb !
mana tahu tayar bocor ke,
masak aku kat situ..
ALHAMDULILLAH
so far, tak ada masalah
masa pergi dan juga balik..

cuma masa pergi tu,
tak berapa nampak jalan..
ada termasuk jalan sebelah..
ingatkan aku ikut jalan yang betul,
(masa ni tengah hujan lebat)
so tak berapa nampak line putih..

pesanan dari penaja
pandulah dengan cermat,
ingatlah orang tersayang
dan juga kereta yang tersayang
hehehehe !

P.S - Neo nampak cantik bila tengok dari depan !



Friday, December 18, 2009

Cuti-Cuti ~

aiyoyo !
new year sudah dekat,
tapi aku masih lagi tak pergi bercuti..
tak kira tak kira..
nak juga pergi bercuti..

tempat yang nak dituju,
memang tak tahu lagi..
tapi benda aku nak buat,
aku dah tahu..
mandi pantai !
yeehaa!
siapa ada rancangan,
pantai mana yang bersih,
memang show untuk mandi-manda,
sila tinggalkan komen anda disini ya !
tapi jangan lah jauh sangat..
budget pun tak ada ni..
hehehe !

bagi sesiapa yang tidak tahu saya duduk di mana,
akan ku tulis disini ~

ehem2 ! tarik nafas..
fuh ! lepas..
tarik.. fuh !
lepas.. ok sudah..

saya duduk kat MUAR !
hehehe ! =)
itu saja untuk hari ni ~

Wabillahi taufiq walhidayah !
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ! ;-)

Sunday, December 13, 2009

Mengantuknya

rancangan yang tak dirancang..
betul ke aku tulis ni?

11.00pm..
trut trut (bunyi lagu tema nokia)

aku - salam, ya ! nape?
Z - salam, wei mana?
aku - rumah sudah, nape?
Z - KL jom?
aku - hahaha ! gila ka, mana ada duit..
Z - aku support
aku - hahaha (tidak percaya)
Z - dah,, ko datang je..

dengan muka tak bersalah,
aku pergi datang rumah dia..
gila ke nak pergi kl..
dah pukul 11 lebih la..
sampai dah pukul berapa nanti..

tak apa, dah orang nak belanja,
ikut sajalah..
sekali bukan dia la belanja, orang lain..
tak apalah, ikut sajalah..

bertolak dari MUAR - KL, pukul 12am..
highway main top speed saja..
140-150km/h..
semua kereta habis kena high beam..
hahahah~ baik kereta mewah,
singapore.. semua lah senang cerita..
bas-bas, lori-lori pun kena juga..

sampai KL agak-agak kau orang pukul berapa?
tett ! masa sudah tamat..
pukul 12.40am..
huhu ! macam dekat la pula..

part yang tak best ialah
kena pergi DAMANSARA..
dah la tak tahu jalan..
pusing punya pusing
sampai 3am lebih..
baru jumpa jalan..
aku sampai tertidur-tidur kat belakang..
nasib baik bukan aku drive..

bila dah jumpa,
aku diturunkan di McD berhampiran..
orang dating, tak boleh kacau..
hehehe ~
lama gila juga dia dating..
entah dating ke datang,
aku pun tak tahu..
sampai pukul 4.50am baru datang semula..

sampai-sampai, terus gerak balik MUAR
ahahaha !
nak dipendekkan cerita,
aku pergi KL semata-mata makan McD..
hahahaha!
jangan marah =)
mengantuk aku dibuatnya..
sampai rumah dah pukul 8am..
adiios amigos..
tidur dulu =)

Friday, December 4, 2009

Selsema

aku rasa dah dekat 2 minggu dah aku kena flu



tak baik-baik juga..
makan panadol tak load maa !
kalau baik pun, takat sehari saja..
malam tidur,
esok lusa kena balik..
aduh !
resdung punya pasal ke?

tolong !
flu ni buat aku penat..
kejap saja aku dah letih..
aduhai !

Thursday, December 3, 2009

KBox

hohoho!
petang tadi (2/12)
aku macam biasa la dengan sahabat-sahabat
pergi kbox untuk melepaskan tension
setelah berhempas pulas study !

(padahal benda remeh saja)
(buat web)
hehehehe !~~

walaupun remeh,
tapi agak susah la,
sebab kadang-kadang,
buat punya buat, output tak keluar !
geram betul..
tapi sabar sajalah..
sebab lepas dah present,
kita orang pergi karaoke !
so lepas lah segala tension yang tersemat di kepala..
kekekeke !!

masa masuk tu,
(tempat baru)
sit ada 3 saja !
orang ada 5..
tak apa, macam tak biasa pula..
susun 2 kerusi, duduk 3 orang lah..
lagi 1 kerusi, duduk berdua..
bernas bernas ;)
hehehe !~~

acara memilih lagu bermula !
  • The Climb
  • Cinta Kain Putih
  • You Are Not Alone
  • Aku Takkan Bersuara
  • Warisan Wanita Terakhir
  • Terlanjur Cinta
  • Ingkar
  • Baldu Biru
  • Terima Kasih Cinta
Lagu memang banyak baru-baru..
oleh sebab kita orang pergi dekat pukul 5 lebih..
so, lagu hentam sajalah pilih ~
hehehe !

Wednesday, December 2, 2009

Baru start dah mula balik

aduyai !
baru semalam dapat tidur macam orang normal..
iaitu dalam pukul 10-11pm
dan bangun se awal jam 6am..

tapi semalam saja lah yang menjadi..
hari ni dah hancur lunyai balik..
balik kelas, pukul 5.30pm,
mata dah mula tanda-tanda nak tidur..
sepet, menguap..
letih..

maka, sampai saja aku di rumah,
terus terbongkang..
sampai lah maghrib..
maghrib sambung lagi,
sampai pukul 1.30am..
memang hancur..
hahak !

apa boleh buat,
macam mana nak buat ni?
tolong lah saya ! hohoho!
=( =( =(

Thursday, November 26, 2009

Perubahan

wah banyak benda aku nak ubah..
antaranya ialah, kenderaan pergi balik kolej aku..
hahaha ! motor kesayangan ! ngee !
kenapa ? entah, mungkin dah sampai masa,
aku perlu menukarkannya kepada yang baru..

lama sangat pakai motor tu,
rasa macam muak pula..
ewah ! macam makanan dah pula ya! hehehe !
lagi ? cermin mata..
aku dah mula rasa sakit telinga pakai cermin mata ni..
sebabnya tidak dikenalpasti..
takut telinga ni yang mengada-ngada buat sakit..
suruh tukar yang baru..
maklum lah, nampak bergaya sikit kan..
lagi-lagi kalau bau kedai..
harum subur ditelinga..
ekekekeke ! =D

apa lagi.. erm..
kita pergi kepada kereta pula..
wah ! kalau sebut kereta, satu hari pun tak habis..
mengalahkan orang yang bekerja kalau cerita pasal nak hias..
duitnya tak ada lagi..
maklum lah, angan-angan kena tinggi..
tapi ingat, angan-angan pun angan-angan juga,
apa yang penting, usaha tu ! bukan kerjasama..
siapa nak tolong kita berjaya kalau bukan diri kita sendiri..
wah ! ada gaya Prof. Madya Pakdya Atokdya Dan Nenekdya..

tapi apa yang penting,
percutian kali ni (padahal belum cuti lagi)
aku nak pergi pantai lagi !
huahuahua! gian betul nak mandi pantai ni..
wah ! sekali lagi macam makanan !
ada gian-gian.. bukat mat gian ya..
opsss ! sorry sorry !
tukar topik.. CENSORED !
tettttttttt
siaran tertunda..

har ! cita bab makanan,
ada satu lagi cerita..
hohoho ! makan beb makan !
sejak dua menjak tiga menjak ini,
aku gian gila makan nasi lemak !
hahaha ! tak sah kalau pergi warung,
tak ada nasi lemak, confirm tak makan wei !
minum je.. kalau ada, fuh ! nasi lemak satu !
siap telur goyang ! kekekeke !
bagi orang yang fikir ke arah telur kuning,
sila cuci otak anda sebelum membaca..
tetttttt..... SIARAN TERTUNDA !
hahahaha

mari tengok sedikit gambar nasi lemak telur ni !

fulamak ! tangkap leleh kan !
hahaha ! bagi sesiapa yang terasa nak makan nasi lemak tu,
segera dapatkan di pasaran !
sementara stok masih ada !
sedap wei !


Tuesday, November 24, 2009

hebatnya komputer ni

aku dari mengantuk,
sambung buat assignment,
terus segar bugar mata..
tak boleh nak lelap..
macam mana ni?
jam dah pukul 3 am !
mata segar lagi..

ni kalau off pun, belum tentu lagi mata dapat lelap..
alamat tengok tv pula lah ~
sampai tv tengok aku balik.. lor..
apa boleh buat..
dah jadi rutin pula tidur lambat-lambat..

esok lusa dah boleh daftar kat kelab DRAKULA malaysia ;)
huuu ~

Monday, November 16, 2009

Tak Tahu

aku tak tahu apa nak buat..
tiap-tiap hari lepas kelas ke,
lepas keluar lepak dengan kawan-kawan ke..
aku baring, mesti aku terfikir..
apa hala tuju hidup aku..
tak tahu nak buat apa..
tiap-tiap hari lakukan perkara yang sama saja..

tak ada beza...
pergi kelas, balik kelas..
makan, minum, tidur..
lepak, jalan-jalan, karaoke..

hmm..
kadang-kadang rasa macam tak bermakna pun ada..
kan? entahlah..
bukan hari ni saja terlintas,
tapi hari-hari..
apa aku nak buat lepas ni,
apa aku nak buat lepas ni..

yang pastinya,
perkara yang sama...

Sunday, November 8, 2009

exam is over !

huahuahua!
mid term sudah habis..
tapi agak takut lagi,
walaupun dah habis,
keputusan? macam mana?
aaaa !
minta-minta tak teruk sudah..

memang terasa betul kegawatan ekonomi ya..
duit poket aku dah kering dah ni..
memang gawat betul..
hukhuk ~
sedih betul..

tak dapat nak seronok-seronok macam dulu
nak beli itu, beli ini..
sekarang, kena fikir..
beli ke tak beli ke tak..
beli beli beli..
tak beli menyesal nanti..
hahahaha ~

so far nothing interested..
menjalani hari-hari seperti biasa..
round-round muar yang tak ada apa-apa..
lebih polis dan lebih road block saja..
huhuhu~ lain tak ada..
pergi kelas, balik kelas..
dah tak tahu nak pergi / buat apa lagi..

aktiviti yang boleh buat la ya

1. pusing-pusing bandar / tanjung
2. tawaf haji kat wetex..
3. karaoke..

rasanya itu sajalah serba sedikit aktiviti yang boleh buat..
sampai nak update blog pun tak tahu nak tulis apa..
isk isk isk ~
memang parah budak ni :P

oklah ~
semoga berjumpa lagi !

Thursday, November 5, 2009

Maggi Gorengku part 2

Bahan-bahan
Maggi kari
kicap
sos cili
gula
garam


kalau ada nak letak apa-apa tambahan, suka hati kau orang lah..
nak letak ayam ke, ikan ke, udang ke,
dan sebagainya..
style kau orang =)

ok next,

Cara-cara
panaskan air dalam periuk kecil ya..
(api tu nyalakan dulu)
(kalau tak nyala, sampai tua takkan panas)
tak mahu periuk besar-besar, nanti maggi tak tenggelam..
air cetek saja..
pastikan air segelas saja..
gelas kecil ke besar, lantak kau orang la..
wakakkaa !

lepas tu, buka maggi kari tadi,
keluarkan maggi nya dan rendamkan..
agak-agak dah lembik dan tidak bermaya maggi tu,
angkat, dan tuskan(betul ke eja ni?)
tapis la.. lebih kurang macam tu..


sementara menunggu maggi itu kering..
ambil kuali kecil, dan panaskan..
sebelum panaskan, masukkan sedikit minyak..
jangan banyak-banyak, karang tak jadi maggi goreng,
jadi maggi basah kang..
ok, agak-agak dah panas,
(nak tahu macam mana da panas, cuba rasa)
pecahkan telur (tak kisah lah, 1 biji ke, 2 biji ke)
dan walah ~ (jangan dengan kulit-kulit hang pergi masukkan)
lepas tu, kasi hancur-hancurkan..
ambil secubit garam, supaya telur itu ada perisa ya..


lepas dah hancur, dan maggi sudah kekeringan,
(kau orang jangan mandai-mandai nak pakai hair dryer)
(biar dia kering sendiri, OK )
masukkan maggi ke dalam kuali itu tadi bersama-sama telur
yang sudah dimasak itu..
gaul-gaul bagi rata..
lepas tu, masukkan sedikit kicap
(sikit tahu ! jangan banyak )
dan juga setengah perencah maggi tadi
(setengah tahu ! jangan 1 bungkus tu pergi tibai)
(kalau buat 2 bungkus, baru letak 1 bungkus penuh perencah)
gaul rata.. sampai semua kicap dan perencah menutupi maggi itu..
agak dah rata, masukkan sudu kecil gula ya..
(bagi 1 bungkus.. bukan 2 atau 3 atau 4)
(makin banyak bungkus, makin banyak butir gula akan digunakan)
gaul lagi.. sampai lebam..

ok agak dah masak..
tutup api..
masukkan dalam pinggan dan hias mengikut citarasa anda..

walah ! maggi goreng fiiQ =)







Wednesday, November 4, 2009

zodiac part 2

name : syafiq
birth date : November 2

sun sign : SCORPIO
ruled by : Pluto
gemstone : topaz, amethyst
key words : i desire
positive traits : imaginative, determined, powerful emotions
negative traits : jealous, resentful, secretive
herbs : basil, blessed thistle
health concerns : reproductive system, stress

Scorpio is known for its intensity and personal magnetism. Members of this sign have tremendous inner strength, which when properly developed, gives them great power to turn negative situations into positive outcomes, and to re-channel destructive energy into constructive purposes. Scorpios are usually inspiring and dynamic. Through intelligence, determination and a persuasive personality, they can often be found in positions of leadership or influence. Well-liked and admired, Scorpios are generally identified by forceful yet graceful body movements and an intense, honest gaze.

Chinese Year of the Horse
Horse people are quick in mind and body. They respond well in difficult situations. Flexible and open-minded, they love to try new things and are good at improvisiation. Personal freedom is important to Horse people, who are often changeable and may have trouble sticking to anything for long. Strongly independent, Horse people stubborinly insist on having their own way. They dislike rules, schedules or routines of any kind. They are inclined to jump to conclusions and may display impatience and rudeness. Yet they do have the ability to be charming and persuasive, especially when they have a goal in mind. They are likely to be fickle in relationships and generally do not settle down until later in life. Horse people enjoy action and stimulation, and like to get things done quickly. They do well in jobs that require travel, or careers that reward creativity and inspiration.

Numerology
Number Six
Love of family characterizes this number. The Six's strengths are love of the arts, natural teaching ability and dependability. Its weaknesses are meddlesomeness, a streak of materialism and stubbornness. People are attracted to the Sixes' magnetic personalities and appreciate their devotion and sense of beauty.  They may find themselves drawn to careers in teaching, child care or social services; often they may prefer to be full-time homemakers. They may have a habit of becoming too devoted to possessions, but can balance it with their love of family and genuinely helpful natures.

Number Two
Twos consider themselves easygoing, and generally seek a peaceful atmosphere. Their mild manner and quiet demeanor are usually quite pleasing to other people. They must be careful that their desire to cooperate and be well-liked does not cause them to become passive and indecisive. They often must learn not to make choices based on the influence of whomever they spoke to last. Twos need to work hard to develop a personal style. Bright colors and trendy clothes are not necessary, but they do need to be clear about the overall image they present. They are generally happiest in their careers when working in partnership with someone else. Most Twos show a talent for diplomacy.



Saturday, October 31, 2009

BIRTHDAY aku sudah dekat

selamat hari jadi aku yang ke 9teen ~
masih teen ok..
bukan tua..


thanks ~
back to the topic..
birthday aku sudah dekat..
awal bulan NOVEMBER..
not 1st, not 3th, but 2nd..
ok..
tentu kau orang nak tahu apa dream aku isn't it?
erm, sebenarnya sejak dua menjak tiga menjak ni,
aku asyik termenung saja..
ape yang aku kejarkan pun aku tak tahu..

tapi since aku student di ipts,
aku ada goals..
bukan goal bola tahu..

  1. nak habiskan belajar
  2. nak dapat keputusan yang cemerlang
  3. nak kerja yang baik-baik
  4. nak permudahkan hidup kedua-dua orang tua aku
  5. nak jadi orang yang berguna pada masa akan datang
Insyaallah..

untuk birthday tahun ni,
banyak benda aku idamkan dari tahun sebelumnya hinggalah tahun ni
yang masih belum menjadi kenyataan..
antaranya :



 motor idaman



bila neo aku nak macam ni


style macam ni



alamak ! sweet gila patung ni !


lagi..
hahaha ! lawa-lawa xD

hope all my wish will come true..
insyaAllah ~


[apa lagi aku lupa,]
[tapi tak apa,]
[nanti aku update lagi..]
[thanks ~]
[-edited-]

Friday, October 30, 2009

zodiac part 1

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

credit to tahzan

Thursday, October 29, 2009

tabiat Korang !

 
...biLa bOSaN...

 
...dH kOrEk jEnTik Laa...

 
...kEtiKa MeLayAn pEraSaAn...
 
...di mAsA LapANg...

 
...mEmbUat tARiaN sAdiS...

 
...kuAk kAtaK di hUjUNg miNggU...
 
...KadAng2 tEraSa diRi MaCh0 24 jAm...

 
...kadaNg2 kuAt NaNgiS gAk...

 
...'GoReNg pIsAnG g0rEnG! SEdApPp!'...

 
...kuAt mAjUk...

 
...sUkA mELaNcONg tAyanG Diri...

 
...Aku SuKe GeLak2...

 
...kDg2 x TaHan dGn GodAan...

 
...sUke men oSoM...

 
...diManA2 BeRada...
 
...jenG3x!!...

 
...kE|eBihAn...
 
...LayAn MaFia WaRs...

 
...kEtiKa mEmBuKa wEbCam...

 
...KeTikA xDe mOoD...

 
...kDg2 sUka bErGimMick...

 
...mAhU bOoLaT? cUbe La bErGini...

 
..sPe aNnoYinG mMg kEne...
 
...kEtiKa tEnSen..LaYan jGk [dont try this]...
 
...kEtiKa cObaAn mEmInta dUit...

 
...kEtiKa bOriNg tAhaP MakSimA!...

 
...aKibAt tErLamPau tEmBam...

 
...BiLa aDe oRg PuJi dRi sEndRi...

 
...kEtiKa diBebeL...

 
...KeTikA LeLAki hEnSeM/aWeK CanTiK LaLu dIhAdaPan...

 
...biLa bErDisKo...

 
...ByE, fRee ShoW sUdh TAMAT...

hmm..



sejak dua menjak tiga menjak ni..
aku cepat sangat bosan..
tapi aku tak tahu bosan dengan apa..

lagi satu aku ada masalah untuk tidur pada waktu malam..
tapi kalau siang, tak boleh pejam sikit,
terus lena di ulit intan..
aduh !

aku pernah try, tak tidur siang..
and waktu malam,
aku tidur seawal jam 10pm !
dah macam budak sekolah pun ada..
dulu aku sekolah pun tidur pukul 12am lebih..
lor ~
abaikan-abaikan..
back to the story..
err, kau orang tahu?
aku ingatkan dah tidur awal pukul 10,
dapat lah berjaga esok paginya
dengan segar,
dan bertenaga ala-ala baru lepas kena power root ke
livita ke red bull ke.. sekali !
oh no !
aku terjaga jam 1-2am !
dan lepas tu ! segar gila ! tak boleh tidur balik..

kau orang pun boleh fikirkan,
pukul 1-2am ni, apa kerja boleh buat kat rumah ni?
nak menyapu? tak masuk akal..
nak sidai kain? pun sama..
jawabnya online sajalah..
tapi pukul 1-2am ni siapa saja yang ada..
aduh ! memang masalah dah..

dah lebih 20 kali aku cuba cara ni..
tidur awal jam 10-11pm..
tapi hasilnya sama..
hmm.. apa boleh buat lagi..
takkan aku nak ambil ubat-ubatan..
tak mahu lah..



nak jumpa doktor ke?
kat sini ada doktor?
boleh tolong check saya?
saya sakit apa doktor?
jangan bagi jawapan mengarut-mengarut..
aku dush dush seorang-seorang kang..
uhuk ! tolong lah insan ini~

Monday, October 26, 2009

tak rindu kat aku ke? =D

kau orang tak rindu aku ke?
wakakakka !
tak ada benda yang aku nak ceritakan kali ni..
aku baru saja sampai dari bangi..
ada kenduri arwah kat sana..

hari sabtu tengah hari aku bertolak dari muar..
ahad petang balik rumah..
erm, so far, nothing interested..
just kenduri macam biasa orang buat lah..

yasin, makan-makan, dan pulang ke rumah..
tapi ada story sikit..
sikit saja, tak banyak..
hehehe !
lepas habis kenduri tu,
aku dengan sepupu aku pergi lah pusing bandar..
MasyaAllah ! aku baru tahu bangi dekat dengan Kajang !

tapi apa yang nak disegankan..
aku orang Muar, lain lah kalau aku orang Bangi ya tak?
hihihi! so back to the topic..
pusing punya pusing,
ingatkan makan angin saja..
sekali pergi tengokkan tempat bapuk ! lor !
hahaha !kelakar juga 2-3 kali round semata-mata nak tengok
dari jauh.. yang si bapuk biasa lah, tergedik-gedik,
cat-walk sibuk ingat orang nak ngorat dia..
hish ! tak ingin aku wei !

lepas tu, kita orang pusing-pusing..
sambil pusing tu, aku buat reminder dalam kepala otak aku..
mana jalan aku da pusing, aku akan ingat..
InsyaAllah ~

next time datang, tahu la sikit jalan-jalan kajang..
hihihi~ lepas ni boleh lah dating dengan orang Kajang..
wakakkaka ! gurau-gurau =P
wahhh ~ penat sudah~
sampai sini sajalah..
rehat dulu ya ~
esok ada kelas pagi,
pukul 9 pula tu ~
adoi malasnya lah nak bangun..
apa boleh buat,
tahi kambing bulat-bulat..

(baru aku perasan yang aku ada cerita)
( maaf ya.. wakakakkaa !! )
( dah ngigau aku ni =P )

good night ! mimpi indah !

Saturday, October 24, 2009

TT kat BP 22/10

 





masa ni tengah pergi minum lepas
sambut birthday seorang daripada member club..
hihihi!
minum AIR RACHUN !

1st time dengar..
hahaha! kalau nak rasa,
mari turun BP ;D

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan