Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Tuesday, August 31, 2010

Dulu dan Sekarang

zaman sekarang ni serba canggih
semua nya di hujung jari
wah ! macam iklan pula

ok hari ni punya entry,
aku nak tekankan pasal berkawan.
sekarang nak berkawan bukannya susah
cari sajalah di internet..
facebook ada,
myspace ada,
macam-macam ada..
ni bagi yang ada internet lah,
bagi yang tiada, tv pun boleh
tu chat kat chatbox tv tu..
ch8 ada,
ch15 ada,
dan lain-lain lagi.

dulu nak berkawan susah,
nak kena tahu nama,
nak kena duduk satu kelas,
nak kena duduk satu taman,
or mayb kawan kepada kawan-kawan anda..
barulah boleh tahu..
itu pun kalau dapat kawan,
kalau pemalu? macam mana?
hahahaha !

ini sekarang punya kawan senang saja
cari, tekan sajalah button ADD
tunggu respon daripada orang tu..
kalau dia approve, approve la,
kalau deny, cari lain..
apa susah kan..

senang saja.
begitu juga kalau orang nak berkawan dengan kita..
dulu orang nak kenal dengan kita,
siap kena tanya emak lah ayah lah,
tak pun kalau tak kenal orang tu,
buat tak tahu..
sekarang pun tak banyak beza,
sama saja, nak berkawan ke tak,
tekan sajalah APPROVE..
tak nak kawan, DENY sajalah
hehehe ^,^
kan kan kan..

oklah, sampai disini saja cerita saya

kesimpulannya,
berkawan biar seribu,
berkasih biar satu
=)

Monday, August 30, 2010

Apa nak jadi

29 Ogos 2010

pagi ni macam biasa lah,
aku lah orang pertama bangun untuk kejut semua sahur..
lepas siap sahur semua,
standard la pagi-pagi buta,
mana ada kerja nak buat,
online lah apa lagi =)
lepas sahur sampai la lepas solat subuh..

dalam pukul 7 tu,
mak aku dah kejut semua adik-adik aku
buat apa? of course lah kemas rumah..
tapi nak kejut apa,
anak dara semua tidur dalam bilik
dikuncinya lagi.. oh mak aih =X
susah betul nak kejut bangun
panggil-panggil ada orang menyahut,
tapi turun nya tak..
macam-macam..

last-last aku kena kemas seorang..
daripada lap kipas, lampu,
sapu, mop, basuh pinggan, 
susun pinggan, sudu dan macam-macam lagi lah
dalam pukul 10 lebih,
mak aku ajak pergi giant,
nak shopping barang sikit.. 

sampai kat tempat park tu,
memang pack juga la..
so kena park belakang, aku berhentikan kereta
kat pintu masuk, turunkan emak aku,
terus aku park, setting malas nak ikut
hahahah ! [jangan amalkan]

kau orang nak tahu?
dalam kereta tu memang sumpah tak ada entertainment..
nasib baik aku selongkar-selongkar,
ada pula cerita apa itu,
zombieland? macam tu lah bunyinya..
apa lagi, pasang sajalah.. daripada dengar radio..
bosan tak ada lagu best..
tengah syok-syok layan cerita ni,
tiba-tiba ada satu myvi, cina..

aku tengok pun dah pelik,
sebab apa, biasa orang park dia akan masuk depan dulu
tapi ni tak, dia sanggup tu masuk belakang dulu
dari situ aku dah tengok pelik..
lepas 5 minit tak keluar, memang sah pelik..
daripada seat driver tengah baringkan,
terus aku tegakkan, nak tinjau apa dia orang buat..
kan BETUL ! nak tahu dia orang buat apa?
dia boleh snap-snap picture dalam kereta..
hahahah ! tak ada kerja betul..
kalau snap sebelah-sebelah tu tak hairan lagi right?
ni tak, driver siap pindah duduk sama dengan seat sebelah
aku tak tahu macam mana, tapi itu yang aku nampak
kepala dah sebelah-sebelah.. siap c*** !
nauzubillah, kurang pahala aku, 
tapi nasib baik aku tak kelip, so tak apa kot..
lagipun tak tahu kan.. ingat dia nak main snap-snap saja..
rupanya ambil kau, tempat park tu pun jadi..
amoi tu kecil lagi aku tengok..
macam budak sekolah pun ada.. entahlah..
hahaha ! macam-macam.. tak nak lama pula kan..
dekat 20 minit duduk snap dengan beramah mesra..
aku duduk belakang jadi pak pacak saja lah..
hahahah ! memang kelakar gila..
nasib baik dia tak buat something stupid..
kalau tak, memang automatik terbatal terus puasa..
hahahaha ! lagi satu kes ni pula
ada seorang cina ni, memang tak tahu nak cakap apa
sign board tu tulis no entry.. sebab jalan tu untuk kereta dari luar masuk dalam
tapi yang hebatnya cina ni, dia boleh park kat jalan tu
hahahaha ! selamba badak dia saja park kat situ
lepas tu, lock.. jalan buat tak tahu.. 
dua tiga kali juga announcement no plat kereta tu,
tapi tuannya tetap tak kelihatan..
hahaha ! manusia-manusia..
macam-macam ragam =)

sampai mak aku dah datang pun,
owner kereta tu tak sampai-sampai lagi..
memang kelakar lah..
bukan nak racist or what..
sometime bukan cina saja ada buat,
melayu pun ada buat, cuma kita saja tak nampak,
bila and di mana right ;)
so far, kat sini aku tak pernah nampak melayu buat..
dan juga india.. cina berlambak-lambak..
yang double line nya lah..
yang tak boleh belok, dia belok pon ada..
haish macam-macam =)

oklah, sampai sini saja cerita..
salam =)
hehehehe =)

Friday, August 27, 2010

Cinta Terakhir


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Thursday, August 26, 2010

Sedih Wor


26 Ogos 2010

Aku ni jenis malas
nak baca entry yang panjang-panjang
tapi pagi tadi macam mana entah aku 
ada mood nak baca entry orang

panjang juga lah entry dia,
tapi about life,
and atas rekemen daripada kawan facebook aku sendiri
so aku baca saja lah
pada mulanya cerita memang rasa macam nak close

tapi bila dah amati sekali dengan lagu
cerita tu menjadi lebih feeling bila membaca
agak sedih bila aku baca

walaupun aku tak kenal,
tapi bila baca,
macam aku dah kenal lama pula
dia tak ada pun cerita latar belakang,
siapa dia and what so ever,
tapi melalui satu entry tu,
aku macam tahu semua pasal dia

memang sedih bila kehilangan orang tersayang
tapi apa boleh buat,
kita manusia hanya mampu merancang
tuhan yang tentukan segalanya

berat mata memandang
berat lagi bahu memikul bebanan
pesanan aku buat kau orang semua
hargailah orang tersayang
kita tak tahu bila dia akan pergi
begitu juga kita
jadi hargailah dia setiap saat

♫♪ ~ Cinta Terakhir - Aiman ~ ♪♫
(this song still stuck on my head)
(selepas baca entry daripada seorang blogger ni)
(asyik terbayang saja cerita dia)

Tuesday, August 17, 2010

Merapu

tora datang lagi
hahahah !
lama tak tengok iklan tu kat tv..
dulu masa sekolah tadika,
rajin tengok iklan ni..
suara siapa lagi kalau bukan mat sentul
hehehe =)



tapi bukan ini yang saya nak cerita
ceh ! macam raja lawak pun da =P

ok-ok,
back to the topic
kalau kau orang semua perasan,
mesti kau orang pelik,
bagi siapa yang perasan lah,
cuba teka apa dia..

hahahaha !
dapat ke tak? 
confirm tak dapat lah..
tapi siapa yang dapat tu,
10 markah lah untuk kau orang,
sebab kau orang memang 
pembaca fiiq26 tegar..
hohoho =)
macam itu pun ada ya =P

ok-ok
sambung lagi,
macam ini, 
kalau kau orang perasan kan,
kenapa tahun ni
tak sama dengan tahun lepas..
faham tak?
ok-ok, aku detailkan lagi..
cuba tengok blog archieve tu,
tahun lepas, 
setiap bulan,
ada saja benda aku nak merapu
ceh merapu ya,
bukan merapu, tapi nak berkongsi cerita
kan kan.. 
cover-cover sikit
tapi tahun ni,
aku diam membatu-batu..
tapi aku rasa kau orang pun tak tahu kot..
sebab aku tengok kat cbox,
tak ada siapa pun yang tanya
peh! touching pula!
hehehe !
tak ada lah bergurau saja..
tak apa tak apa..
lagi pun aku boleh target,
siapa yang rajin usya blog aku ni..
hehehe =)

by the way,
thanks la sebab sudi luangkan masa membaca..
entah apa entah aku merapu ni,
kau orang pun layan saja lah ya..
hehehe ! jangan marah =)

oklah sampai disini saja..
kelak kita sambung lagi ya =)

Monday, August 2, 2010

Alhamdulillah 2

Alhamdulillah
my life is getting better and better =)
syukur kepadaNya..

walaupun tak sepenuhnya,
tapi beban tu semakin berkurang la..
hehehe =)

sekarang ni semua masalah kira hampir settle,
yang belum kewangan aku saja..
kurang memuaskan..

entah kenapa tahun ni,
kewangan aku teruk sangat..
kalau naik pun,
sikit saja,
lepas itu, turun balik..

jatuh kalau sikit tak apa,
ni memang menjunam terus..
ada sekali,
sampai habis terus duit poket..
ish2!
seminggu aku melekat kat rumah
nak collect balik
[padahal aku memang jarang keluar pun]
[duduk rumah saja memanjang]
[pergi kelas, balik kelas]
[hehehe]

kalau nak keluar pun tak tahu nak pergi mana
al-maklum lah,
20 tahun duduk MUAR,
dah tak tahu nak pergi mana..
tapi nama jalan still tak hafal..
[kecuali area bandar]
huhuhu =)

hari ni
[2 Ogos 2010]
macam biasa lah
pagi-pagi sidai kain,
kemas tempat tidur,
sapu sikit [sikit saja]
hahaha !
lepas tu terus online..
sebelum online, tengok tv dulu
sampai pukul 9,
cerita favourite tu !
CSI ! hehehe !
ada pula iklan CORNETTO !

Alamak hai !
sedapnya lah..
ngidam 
[ceh ngidam, ayat tak boleh belah]
hahaha !
tak apa tak apa..
nanti ada sen lebih,
kena dapatkan satu !
tak kira..
hohoho !
oklah sampai disini =)
nanti share lagi !

Assalamualaikum~

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan