Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Thursday, November 11, 2010

Praktikal

tik tok tik tok
ganjillah (bukan genap) sebulan aku praktikal
dan memulakan hidup aku sebagai seorang perantau
di Melaka ini

ceh ! ayat tak boleh tahan,
impian untuk merantau,
memang menjadi impian pertama terutamanya
bagi kaum Adam lah,
kaum Hawa ni kurang sikit,
sebab kami ni jenis yang suka cabaran.
 Bukan nak cakap tak ada,
ada segelintir kaum Hawa yang macam itu,
tapi ia lah kan, bak kata Mak Odah,
perempuan baik duduk dekat dengan ibunya.
Hehehe !

Bagi bulan pertama ni,
kehidupan memang agak sukar.
Kadang-kadang sehari sekali saja makan,
kalau ada duit lebih atau makanan lebih di dapur,
barulah jadi 2 hari sekali makan.
Kalau tidak, makan biskut cecah air teh O panas sajalah.
Walau apa pun, memang terasa kepayahan hidup berdikari ni.
Ceh ! berdikari lah sangat, 
pada hal duit belanja, ibu bapa beri lagi.
Hehe !
Walaupun duit belanja diberi,
tapi aku perlu lah waspada,
berjimat cermat dalam perbelanjaan,
buatnya tak sampai hujung bulan dah habis,
kebulur nanti hidup kat sini. Huhu !
Segalanya mahal,
berbeza dengan Muar, walaupun hidup dengan keluarga,
tapi serius aku jarang makan di rumah,
aku lagi suka makan di luar,
kalau di Muar tu, aku tak ada hal punya,
makan kat warung Bhai ke, Edah ke.
Nasi lemak, kuih-muih sikit, air teh o ais.
Tak sampai 3 ringgit.

Kalau kat Melaka ni,
aku tak jumpa lagi kedai macam tu,
jadi, kena lah makan kat warung-warung biasa.
nasi goreng saja, dekat 3.50. belum masuk air lagi.
har ! Bayangkan kalau sekali makan RM5,
2 kali makan? RM10? betul?
itu untuk sehari.
Cuba darab 30 (sebulan)
berapa tu? kalau masak sendiri,
mungkin perbelanjaan itu dapat dikurangkan.
tapi rajin ke nak masak tiap hari? 
hehehe ! fikirlah sendiri ^,^
tak sabar nak habis ni,
nak balik Muar !
Walaupun Muar tak ada apa-apa,
at least, aku makan cukup.
Susah hidup makan sekali sehari ni,
huhuhu !

P.S - ini hanyalah pengalaman aku sebagai seorang perantau
pertama kali ni hidup nak kata jauh tak jauh sangat lah daripada family.
Muar- Melaka saja.
Hehe =)

4 comments:

sweet_sour_itu_kehidupan said...

penah makan kat kedai mak usu asam pedas kat area parit bunga tak.??

fiiQ said...

aiks??? parit bunga plak cite..
hehehe xpasan la..
nape???

m a r s u p i L a m i said...

lepas ni try dok shah alam pulak.
nasik lemak biase da rm1.50 !

fiiQ said...

eake??
uiikkkk mhl2
xmo :P

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan