Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Tuesday, November 23, 2010

Praktikal Part 3

Menghitung hari,
detik demi detik
bila nak habis.
Aku rasa, pergi kelas, 
belajar lagi best,
daripada duduk dalam ni,
buat benda yang separuh aku boleh buat,
separuh aku dipaksa buat sampai boleh.
Argh ! Pressure gila kot.

Cepatlah masa berlalu,
Cepatlah, aku dah pressure duduk dalam ni
lama-lama.
Aku rindu suasana riuh,
aku rindu lepak-lepak kat warung,
dengan kawan-kawan,
lepas kelas, minum-minum,
karaoke bila bosan.
=(

Thursday, November 18, 2010

Praktikal Part 2

Fuh nasib baiklah ada rumah sewa kan,
kalau kena ulang-alik Melaka-Muar,
reput tulang pinggang aku.
Hehe ! Jenis reti bangun awal,
boleh lah juga cerita,
ni kalau bangun pukul 8,
office hour pukul 8.30,
jenis apa tu?
hehehe !

tadi aku bangun pukul 7.50am,
aku ingatkan aku dekat Melaka (cover-cover)
padahal malas nak bangun,
aku paksa juga badan aku bangun
pergi kerja, even jauh.
Pukul 8.05am aku keluar rumah
bergerak ke Melaka.
Zup Zap Zup Zap,
dah sampai,
nak tahu pukul berapa?
pukul 9.00am !
hahaha !
nasib baik bos tutup pintu,
kalau tak,
memang kena tanya asal lambat =p
Sorry boss, rumah jauh kat Muar,
hehehe !
hari ini dan esok saja aku ulang alik
sebab 2 hari saja kerja,
malas pula nak duduk rumah Melaka,
tak ada apa-apa kat sini.
Bosan bosan belaka =)


oklah, sampai sini cerita,
sambung buat kerja dulu
Salam ~

Monday, November 15, 2010

Konvoi Mersing

aku bertolak dari Muar - Pagoh jam 5.30pm (13hb)
perjalanan agak menghampakan sebab
petang tu boleh hujan pula.
Huhu ! Berteduh dekat RnR Pagoh.
Lepak-lepak sambil tunggu member dari Pagoh sampai,
dapat jumpa member baru.
Dari Melaka nak balik JB ~
OK-OK sambung cerita.
Oleh kerana hujan tidak juga mahu berhenti,
atau tiada tanda nak berhenti,
kami semua nekad meneruskan perjalanan.
Bertolak dari RnR tu dalam pukul 7.30pm rasanya.
Redah punya redah,
turun Air Hitam(S)
untuk berjumpa dengan budak Kluang.
Dia orang dah tunggu kat sana.

Sampai saja di Kluang, non-stop,
terus tembak pergi Mersing.
Hujan masih lagi tiada tanda hendak berhenti.
Tapi  nasib baik renyai, tak lebat.
Walaupun begitu, tak patahkan semangat kita orang
untuk sampai ke Mersing.
Huhuhu !
Motor ni kalau berjalan ramai-ramai,
especially secara konvoi,
memang tidak terasa jauh.

Har ! Tertinggal satu cerita,
aku pergi sana bukan naik 'bini' aku,
tapi aku bawa 'bini' orang,
itu dia.
belah kiri. Haha !
'bini' orang ni, kuat minum petrol,
mana tak nya, perut kecilsaja, 
jadi kena lah selalu tuang petrol.
so far, memang best naik motor ni,
ini yang semangat nak ambil satu ni.
Hehe ! tapi ada satu kelemahannya setakat ni lah,
iaitu seat dia agak leper lepas tu keras.
Kematu kot punggung duduk lama-lama.
Tak macam 'bini' aku Rx-Z tu.
walaupun besar, seat dia best,
tak kematu punggung jalan jauh-jauh.

Ini ada serba sedikit gambar konvoi
Itu saja kali ini punya cerita,
lain kali kita sembang lagi ya =)
wah letih mahu rehat dulu
Salam ! =)

Thursday, November 11, 2010

Praktikal

tik tok tik tok
ganjillah (bukan genap) sebulan aku praktikal
dan memulakan hidup aku sebagai seorang perantau
di Melaka ini

ceh ! ayat tak boleh tahan,
impian untuk merantau,
memang menjadi impian pertama terutamanya
bagi kaum Adam lah,
kaum Hawa ni kurang sikit,
sebab kami ni jenis yang suka cabaran.
 Bukan nak cakap tak ada,
ada segelintir kaum Hawa yang macam itu,
tapi ia lah kan, bak kata Mak Odah,
perempuan baik duduk dekat dengan ibunya.
Hehehe !

Bagi bulan pertama ni,
kehidupan memang agak sukar.
Kadang-kadang sehari sekali saja makan,
kalau ada duit lebih atau makanan lebih di dapur,
barulah jadi 2 hari sekali makan.
Kalau tidak, makan biskut cecah air teh O panas sajalah.
Walau apa pun, memang terasa kepayahan hidup berdikari ni.
Ceh ! berdikari lah sangat, 
pada hal duit belanja, ibu bapa beri lagi.
Hehe !
Walaupun duit belanja diberi,
tapi aku perlu lah waspada,
berjimat cermat dalam perbelanjaan,
buatnya tak sampai hujung bulan dah habis,
kebulur nanti hidup kat sini. Huhu !
Segalanya mahal,
berbeza dengan Muar, walaupun hidup dengan keluarga,
tapi serius aku jarang makan di rumah,
aku lagi suka makan di luar,
kalau di Muar tu, aku tak ada hal punya,
makan kat warung Bhai ke, Edah ke.
Nasi lemak, kuih-muih sikit, air teh o ais.
Tak sampai 3 ringgit.

Kalau kat Melaka ni,
aku tak jumpa lagi kedai macam tu,
jadi, kena lah makan kat warung-warung biasa.
nasi goreng saja, dekat 3.50. belum masuk air lagi.
har ! Bayangkan kalau sekali makan RM5,
2 kali makan? RM10? betul?
itu untuk sehari.
Cuba darab 30 (sebulan)
berapa tu? kalau masak sendiri,
mungkin perbelanjaan itu dapat dikurangkan.
tapi rajin ke nak masak tiap hari? 
hehehe ! fikirlah sendiri ^,^
tak sabar nak habis ni,
nak balik Muar !
Walaupun Muar tak ada apa-apa,
at least, aku makan cukup.
Susah hidup makan sekali sehari ni,
huhuhu !

P.S - ini hanyalah pengalaman aku sebagai seorang perantau
pertama kali ni hidup nak kata jauh tak jauh sangat lah daripada family.
Muar- Melaka saja.
Hehe =)

Monday, November 8, 2010

Konvoi Mersing 12/11/10

lagi berapa hari saja 
sebelum konvoi pergi ke Mersing
tak sabar rasanya cehwah
Bini ada kat Kuantan,
ni kalau bini tak balik,
terpaksa pinjam bini orang..
 
boleh ke pinjam bini orang..?
huhuhu ^,^

Tuesday, November 2, 2010

Nov 2, 2010

Allah Selamatkan Aku
Allah Selamatkan Aku
Allah Selamatkan Muhammad Syafiq
Allah Selamatkan Aku

hehehehe !
Selamat Hari Jadi Muhammad Syafiq
Semoga panjang umur murah rezeki
Dipanjangkan jodoh
Dipermudahkan urusan hari-hari
Dikurniakan kesihatan yang baik
Hehehe ^,^

P.S - Mak nak 125zr tu..
hehehe ^,^

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan