Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Wednesday, April 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


baru semalam aku tengok cerita ni.
mula-mula tengok aku ingatkan fully menggunakan bahasa Malaysia,
rupa-rupanya fasih juga Merong ni berbahasa Inggeris.
Hehehe =)

jalan cerita memang best, masa perang pun best,
gaduh pun best, pokoknya, boleh tahan la cerita ni.
lain daripada yang lain.

bagi kau orang yang belum tengok, 
boleh lah tengok cerita ni.
cerita tak adalah membosankan sangat,
bagi aku, setiap sudut dalam cerita ni,
buat aku tertunggu-tunggu apa kesudahannya,
hehehe =)

apa-apa pun Syabas KRU =)

disini saya sertakan
Preview Hikayat Merong Mahawangsa


Tuesday, April 12, 2011

Masa Lapang

akhirnya lepas juga gian aku nak pergi karaoke.
hahaha ! agak lama jugalah aku tak pergi kbox,
start daripada start praktikal, sampai lah aku berniaga ni,
tak ada masa nak enjoy kan diri =)

so kelmarin, dapat lah juga lepas pergi karaoke.
lagu pertama yang aku pilih, of course lah Akim !
hahaha ! bengang.. syok wo layan lagu tu.
tak adalah tinggi sangat, tapi ok la.

lepas tu baru layan Semangat Zaman.
ni  lagu-lagu popular yang aku pilih
semenjak daripada kolej lagi.
sebenarnya kbox ni aku kenal daripada zaman kolej lah.
hahaha ! tapi aku tak ingat siapa yang hasut aku,
sejak dari itulah aku syok gila layan karaoke kot.
tapi bukan untuk tontonan umum lah.
hehehe ! malu kot.

buat bff aku, mesti kau orang ingat kan lagu apa.
haha ! mari aku listkan juga lagu-lagunya :

  1. Bengang\
  2. Pada Syurga Diwajahmu
  3. Bayangan Gurauan
  4. Taman Astakona
  5.  - 10. ni jadikanlah rahsia kita orang ya.
wahahaha ! lagu panas weh. bahaya tayang kat blog ni,
hehehe ! apa-apa pun, memang enjoy =)
kalau kau orang tension-tension,
pergilah karaoke, hahaha !
daa Salam =)

Tuesday, March 29, 2011

Sambung Belajar

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera kepada pembaca semua
hari ini aku nak minta tolong sikit lah kat kau orang..
terutamanya bagi pelajar lah..
yang sudah bekerja pun boleh kalau ada adik-adik,
abang-abang, kakak-kakak yang masih belajar..
macam ini, aku baru habis belajar..
aku ambil Diploma dalam IT - Software Engineering..

so, dalam masa terdekat ni, aku ingat nak sambung belajar..
tapi aku dalam dilema nak ambil kos apa..
aku berminat nak ambil bahagian security,
so aku bercadang nak ambil cyber forensic..
so kalau tempat-tempat belajar kau orang ada course ni,
boleh tak tolong upload, emelkan brochure tempat belajar kau orang?
kalau boleh, siap fees la.. aku nak buat kira-kira sikit =)
boleh ya.. kalau tak boleh tak apa..
jasa baik kau orang amatlah aku hargai =)

P.S - kalau kau orang ada course-course lain,
boleh tolong cadangkan sekali..
nanti aku tengok subjek dia seronok ke tak..
hehehe =) 

Sekian, Terima Kasih =)


Wednesday, March 16, 2011

Software

mari sedut software..
hehe ! hari ni aku nak berkongsi
laman web untuk kau orang semua download..


hehehe ! macam-macam software ada..
anti-virus, burner, chatting, browsers..
apa lagi, sedut-sedut..
hehehe !

Monday, February 28, 2011

Peh !

jam 6.15 pagi aku dikejutkan oleh kedua orang tua ku..
SYAFIQ ! SYAFIQ ! 
bangun ! solat Subuh ! nanti hantar mak !

Hehehe ! macam biasa lah,
hari Isnin.. hari sekolah,
aku lah jadi driver pada hari biasa..
lepas selesai hantar mak aku ke sekolah,
aku lalu lah depan kedai besar Naza..
aku terpandang treler membawa muatan kereta baru..
aku memang suka tengok kereta-kereta baru sampai
hehehe ! nak beli, tak ada duit,
tengok sajalah pun jadi x)

sekali aku terpandang, warnanya merah..
pehhhhh !!! lawa gila !!! 2 pintu !!!

(gambar sebagai rujukan)

peh! mantap ! warna garang !
2 pintu ! sunroof ! wah !
terpesona aku melihatnya =)
hehehe !

Tuesday, February 22, 2011

Dilema

sekejap saja masa berlalu kan..
tik tok tik tok dah nak masuk bulan 3..
report final aku tak siapkan lagi..
jangan kata siap, sentuh pun belum..
mood nak buat tu tak ada..
kalau nak buat, mesti ada member-member
datang sekali buat sama-sama..
kalau nak harapkan aku gerak seorang?
memang tak gerak la jawabnya,,

itu masalah pertama yang harus eh..
bukan harus, tapi wajib aku selesaikan..
lagi, aku dalam dilema nak sambung belajar kat mana..
memang ikutkan hati aku nak sangat sambung kat
tempat asal aku belajar dulu, KLMU..
tapi.. sejak ada banyak sangat masalah pengurusan kolej ni,
aku was-was nak  masuk.. hmm..
takkan aku nak sambung tempat lain? 
nanti tempoh masa belajar jadi agak lama..
lepas tu, macam mana dengan pembelajarannya pula? 
sama ke lain? aku lagi suka praktikal daripada teori..
sebab aku memang tak suka menghafal..
aku suka buat, dan benda yang aku buat itu 
nampak hasilnya.. itu yang aku suka..

hope-hope masalah itu dapat selesai la,
sebelum aku buat keputusan nak start belajar..
sekarang ni belum masa lagi..
sebab aku punya report masih belum siap..
dah siap, baru aku fikirkan..
Syafiq ! gerak Syafiq !

Sunday, February 13, 2011

Cerita

sekejap saja bulan 1 telah berlalu,
bulan 2 kini muncul.. aku tak tahu apa aku nak cerita,
sebab cerita aku, setiap hari sama saja..
so nothing interesting yang hendak aku kongsikan..

ok.. 1stly aku dah start berniaga burger..
aku berniaga bukan aku malas cari kerja,
tapi aku ingat, pertengahan tahun ini,
aku nak sambung belajar lagi..
so, kalau aku kerja, tak boleh nak rehat-rehatkan minda
kejap kan..? so aku ambil keputusan,
nak berniaga sendiri saja dulu..
relax-relax.. tenangkan fikiran..
walaupun tak tenang sebab report tak buat lagi..
adoi adoi adoi ~

so far, aku start berniaga ni ok la..
tak ada masalah kecuali waktu tidur aku
dah jadi huru hara sikit.. hehe !
mana tak nya, tidur pukul 4 pagi..
pagi memang liat la sikit nak bangun..
kalau hari sekolah tu, memang dah wajib bangun pagi..
kena hantar Mem besar pergi sekolah..
lepas dah hantar, macam biasa lah..
sidai kain, masak nasi dan sebagainya..
itupun kalau aku tak rasa mengantuk sangat lah..
kalau aku mengantuk, aku skip sampai tengah hari je..
hehehe ! pening kepala kalau tak cukup tidur ni..
kalau dah siap semua, baru sambung tidur semula..
fuh ~ lega..

setakat ini sajalah cerita aku hari ni
semoga berjumpa lagi =)
~~ Assalamualaikum ~~

Monday, January 17, 2011

Kebaikan

perkara ini aku terfikir selepas aku hantar
emak aku ke sekolah..
masa tunggu kat lampu isyarat,
tergerak la juga nak tengok handphone kan..
mana tahu ada orang call ke message ke pagi-pagi..
aku ni jenis jarang tengok handphone lepas bangun tidur..
lepas siap buat kerja, baru lah nak tengok..
tak pun, macam pagi tadi lah..

ok-ok berbalik kepada cerita,
ada lah 1 mesej belum dibaca..
sewaktu aku tekan butang reply,
lampu isyarat pun bertukar menjadi hijau..
terkial-kial aku menaip mesej
(amaran, jangan main mesej sewaktu anda sedang memandu)
wahahaha ! sambung balik..
rupanya ada bagus juga handphone touch screen ya..
bila kita sedang memandu, punyalah susah nak taip mesej..

kalau handphone-handphone lama,
senang saja aku taip mesej..
kadang-kadang tak perlu tengok skrin dah boleh tahu
apa pesanan yang aku nak tulis tu, 99.9% betul..
hahahah ! 


oklah sampai disini saja,
jangan main handphone sewaktu anda sedang memandu..
tak kira lah tengah menunggang motorsikal ke
tengah drive kereta ke.. 
takut membahayakan orang lain.. ok?
hehehe ! 

renung-renungkan dan selamat beramal =)

Sunday, January 16, 2011

Adik-beradik

akhirnya sempurna keluarga Yamaha
kat rumah aku ni..
hehehe ! tapi bukan semua model ya,
ni adalah model-model terpilih sahaja..
kuang3 !

tapi tak dapat pula nak snap
gambar adik bongsu..
dia diculik orang sekejap..
huuu ! time abang longnya balik,
adik bongsu pula keluar..
aduhai !
tak apa, tak apa,
kita teruskan..




Friday, January 7, 2011

Lady Driver

biasanya bila orang dengar saja ayat seperti tajuk di atas,
mesti perkara-perkara negatif yang kau orang ingat
aku nak cerita kan? oh tidak.. hari ni aku jadi baik kejap..
hehehe ! ok ceritanya macam ini,

mesti semua orang biasa tengok orang perempuan
memandu kereta kan? tak kira lah kereta apa..
perodua ke, proton ke, mers ke,
dan lain-lain lagi.. tapi sepanjang kau orang semua tengok
orang perempuan memandu, pernah tak
kat kepala kau orang terlintas,
tak kira lah banyak ke sikit, pasal seat dan stereng?

haha ! ok kita cerita lebih terperinci lagi..
macam ni, jaraknya seperti anda tahu,
bukan ke agak rapat sikit?
bukan nak mengutuk lah kiranya
yang perempuan ni pendek or apa-apa saja yang
berkaitan / negatif, tapi
cuba fikirkan sejenak,
kalau-kalau berlakunya kemalangan?
especially perlanggaran depan-depan..
bayangkan kalau airbag tu meletup?
TERBABOM ! tepat ke muka tu?
huhuhu ! memang bagus ada airbag, 
tapi kalau dah 'gedebuk' kat muka,
parah gak tu, bukan muka saja, even badan pon maybe
akan effect sekali right? kalau perempuan yang
tinggi ala-ala model tu, dikecualikan ya =P

nampaknya kajian terhadap air bag ni kena kaji lagi ni,
bukan apa, tak semua perempuan itu tinggi,
tapi bagaimana ya nak mengelakkan daripada berlakunya kejadian 
macam tu? Lu Fikirlah Sendiri..
Assalamualaikum !
heheheh !

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan