tempat pertama yang aku tuju ialah low yat.
sebab motif utama pergi kL ni, nak belikan laptop,
kiriman orang saja.
motif lain, cari baju, dan seluar.
tapi tak jumpa mana yang berkenan aiseh !
tapi tak apa, sambung cerita balik.
1st aku masuk low yat tu, tak ada apa-apalah yang menarik pun.
macam shopping center biasa saja.
menjual barangan elektrik, komputer, kamera dll.
masa aku naik tingkat atas (tak ingat tingkat berapa)
bahagian komputer, aku pun memulakan proses mencari.
banyak pilihan, tapi setiap kedai berlainan harga
dan juga berlainan free gift. free gift tu aku tak tengok sangat,
sebab motifnya, laptop sahaja + harga yang berpatutan.
lepas dah lebih setengah jam pusing bertanya,
jumpalah kedai murah, harga tu tak payah cerita lah ye ye.
hehe ! sambung balik.
semasa dalam proses peng'install'an, ada seorang family
datang beli netbook. untuk budak kecil pula tu !
kita yang dah tua-tua ni pun, masa kecil-kecil tak dapat benda-benda macam ini kan.
begitu bertuah nya budak sekarang.
ada yang memakai hp touch screen,
umurnya pun nampak dalam lingkungan belasan.
tak nampak pula macam sudah bersekolah menengah.
rendah mungkin. alangkah terkejutnya aku
melihat dia memicit peralatan elektronik,
ku sangkakan permainan konsol, tapi sangkaan ku silap.
ianya sebuah telefon bimbit siap touch screen.
peh ! umur yang sebegitu muda sudah dapat mengecapi
pelbagai barangan serba canggih dan terkini.
pada zaman aku dulu, nak dapat hp pun tunggu sekolah menengah.
itu pun kena pandai 'ngecek', pujuk buat muka sikit,
kalau tak, tak ada nya nak bagi suka-suka.
hehe ! pelbagai alasan diberi untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit.
tapi pada zaman dulu, pakai hp 3310 tu pun dah bangga,
diiringi ringtone yang dibeli daripada surat khabar berharga RM1.50 selagu.
hahaha ! tapi kita dapat nampak zaman dulu dengan sekarang kan,
pada usia semuda itu pelbagai barangan terkini disajikan,
tidak mengira umur, jantina. segala permintaan dipenuhi,
tanpa mempersoalkan apa-apa, asalkan anak-anaknya gembira.
kalau tidak bersyukur dengan apa yang diberi tak tahu lah.
kita zaman dulu-dulu, habis sekolah menengah baru dapat telefon.
itu pun kadang-kadang 2nd hand saja. hehe !
tapi kita tak kisah pun, janji ada kemudahan sudah mencukupi.
berlainan pula dengan sekarang, tidak mahu pakai yang 'old school' punya,
nak serba latest, merayu supaya dibelikan telefon beribu-ribu harganya,
walaupun kita sedar yang umurnya tidak sesuai memakai barangan seperti itu.
entahlah, ini cerita apa yang aku nampak semasa di low yat.
ini belum cerita masa aku berjalan di petaling street.
anak-anak gadis, ber'short pant' saja menayangkan betisnya kesana kemari,
tanpa rasa pelik kan. aku yang jalan kat situ pula nampak pelik,
bukan itu saja, yang merokoknya lain, yang rambut berwarnanya lain,
yang berpakaian seperti lelakinya lain. dunia-dunia.
kalau nak cerita satu hari pun tak habiskan,
dengan pelbagai karenah, perwatakan, tingkah laku remaja bandar =)
tidak kurang juga si kecil =)
hehe ! oklah, sampai di sini saja entri aku kali ini.
Salam ~
4 comments:
nnt next time g lowyat, try sizling mee kat foodcourt die yang kat bawah tuh. sedap :)
eake..? cehh.. hehehe !
ea..serius la..tak caye nanti try..ajak sy skali ek..baru lg sedap..haha
eake.. jojom :P
Post a Comment