Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, May 27, 2011

Minggu Orientasi

23 Mei 2011
bermulalah hari pertama aku hidup di ibu negara, KL.
kehidupan di sini agak susah sikit la, sebab segala-galanya mahal.
 aku duduk hostel kat kepong.
so perjalanan daripada kepong - kl mengambil masa 30 minit menggunakan KTM.
tambangnya juga agak murah, tapi biasalah, ramai yang menggunakan
perkhidmatan awam ini, so kena lah sesak sikit.
berdiri, berhimpit dan kadang-kadang tak dapat naik pun
sebab penuh sangat.

pasal makanan pula, tak banyak beza pun dengan Muar.
tapi makanan yang dimaksudkan adalah seperti goreng-goreng,
nasi lemak dan sebagainya, kalau lauk tu ada lah mahal sikit.
ayam goreng je dah 2 ringgit 5 kupang. mahal tu !
patut lah aku makan nasi putih + ayam goreng dah 3 ringgit 5 kupang.
hari-hari makan luar, kering wei duit poket.
tapi takkan nak hari-hari makan maggi saja.
so aku  decide, makan nasi lemak sajalah hari-hari.
biar jemu, asalkan perut ada isi. hahaha !
nanti perut kosong mengundang penyakit pula.

so far life kat klmu ok, tapi
too many shock culture. hahaha !
yang perempuannya lain, yang lelakinya lain.
yang hisap rokoknya lain, yang tukar jantinanya lain,
yang tak solatnya lain, yang berpeleserannya lain,
walhal tempat public, bukan seorang dua saja yang lalu,
tapi most of the klmu students + sime darby worker lalu lalang kat situ
melihat gelagat dia orang ni.
mungkin dah lali nampak so dia orang  buat endah tak endah saja lah,
but for me, its new. so it's quite shock =)

26 Mei 2011
waktu ni aku nak mengisi borang online ptptn.
waktu tu agak sesak, sebab kebanyakan student berkongsi 1 lab saja untuk
mengisi borang online. yang malangnya, bukan semua pc boleh guna,
ada separuh pc saja yang boleh online, yang lainnya, pending saja.
tapi alhamdulillah pc aku boleh guna untuk online.
dengan nafas lega aku memasukkan semua maklumat yang diperlukan.
tapi itu hanya sementara sebab no ic yang tertera pada slip ptptn itu tidak tepat =(
so aku terpaksa memberi pc aku kepada orang lain.
aku kena beli no pin baru.
satu hari ni memang daripada pagi,
sampai ke tengah hari asyik lari ke sana ke mari saja.
orang tak tahu jalan kan, kena lah bertanya,
mula-mula jalan jumpa security, try lah tanya bsn kat mana,
dia tunjuk kat pertama kompleks. bila aku sampai di sana,
rupa-rupanya bsn yang ditunjukkan oleh security itu adalah mesin atm.
bukannya bank. terpaksa aku berlari semula ke klmu.
perjalanan dari situ adalah 300m lebih pergi balik.
tanya orang kat 7e pula, dia kata bsn kat hujung jalan raja laut, belah kiri.
sekali lagi aku berkejaran sebab masa menunjukkan pukul 11.
sampai kat hujung jalan, alhamdulillah ada bsn,
dan waktu itu pun pengunjung tidak ramai.
selesai membeli, aku pun berpatah balik semula ke klmu.
aku kena tunggu lebih kurang setengah jam untuk menunggu turn aku mengisi borang.
lepas dah selesai mengisi borang apa semua, aku pakat dengan room-mate,
nak balik hometown.

hari ini adalah satu hari yang memenatkan.
so setibanya di rumahku syurgaku,
aku terlelap. lama juga aku tidur haha !
daripada petang sambung ke malam. malam sambung ke subuh =)

3 comments:

Gergasi Ketod said...

masok KLMU ke? haiya. byk sombong ini budak. datang KL tak kasi taw pon !

fiiQ said...

hahaha.. baru masok la..
ni baru mau kasi tau la =p

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan