Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Monday, February 28, 2011

Peh !

jam 6.15 pagi aku dikejutkan oleh kedua orang tua ku..
SYAFIQ ! SYAFIQ ! 
bangun ! solat Subuh ! nanti hantar mak !

Hehehe ! macam biasa lah,
hari Isnin.. hari sekolah,
aku lah jadi driver pada hari biasa..
lepas selesai hantar mak aku ke sekolah,
aku lalu lah depan kedai besar Naza..
aku terpandang treler membawa muatan kereta baru..
aku memang suka tengok kereta-kereta baru sampai
hehehe ! nak beli, tak ada duit,
tengok sajalah pun jadi x)

sekali aku terpandang, warnanya merah..
pehhhhh !!! lawa gila !!! 2 pintu !!!

(gambar sebagai rujukan)

peh! mantap ! warna garang !
2 pintu ! sunroof ! wah !
terpesona aku melihatnya =)
hehehe !

Tuesday, February 22, 2011

Dilema

sekejap saja masa berlalu kan..
tik tok tik tok dah nak masuk bulan 3..
report final aku tak siapkan lagi..
jangan kata siap, sentuh pun belum..
mood nak buat tu tak ada..
kalau nak buat, mesti ada member-member
datang sekali buat sama-sama..
kalau nak harapkan aku gerak seorang?
memang tak gerak la jawabnya,,

itu masalah pertama yang harus eh..
bukan harus, tapi wajib aku selesaikan..
lagi, aku dalam dilema nak sambung belajar kat mana..
memang ikutkan hati aku nak sangat sambung kat
tempat asal aku belajar dulu, KLMU..
tapi.. sejak ada banyak sangat masalah pengurusan kolej ni,
aku was-was nak  masuk.. hmm..
takkan aku nak sambung tempat lain? 
nanti tempoh masa belajar jadi agak lama..
lepas tu, macam mana dengan pembelajarannya pula? 
sama ke lain? aku lagi suka praktikal daripada teori..
sebab aku memang tak suka menghafal..
aku suka buat, dan benda yang aku buat itu 
nampak hasilnya.. itu yang aku suka..

hope-hope masalah itu dapat selesai la,
sebelum aku buat keputusan nak start belajar..
sekarang ni belum masa lagi..
sebab aku punya report masih belum siap..
dah siap, baru aku fikirkan..
Syafiq ! gerak Syafiq !

Sunday, February 13, 2011

Cerita

sekejap saja bulan 1 telah berlalu,
bulan 2 kini muncul.. aku tak tahu apa aku nak cerita,
sebab cerita aku, setiap hari sama saja..
so nothing interesting yang hendak aku kongsikan..

ok.. 1stly aku dah start berniaga burger..
aku berniaga bukan aku malas cari kerja,
tapi aku ingat, pertengahan tahun ini,
aku nak sambung belajar lagi..
so, kalau aku kerja, tak boleh nak rehat-rehatkan minda
kejap kan..? so aku ambil keputusan,
nak berniaga sendiri saja dulu..
relax-relax.. tenangkan fikiran..
walaupun tak tenang sebab report tak buat lagi..
adoi adoi adoi ~

so far, aku start berniaga ni ok la..
tak ada masalah kecuali waktu tidur aku
dah jadi huru hara sikit.. hehe !
mana tak nya, tidur pukul 4 pagi..
pagi memang liat la sikit nak bangun..
kalau hari sekolah tu, memang dah wajib bangun pagi..
kena hantar Mem besar pergi sekolah..
lepas dah hantar, macam biasa lah..
sidai kain, masak nasi dan sebagainya..
itupun kalau aku tak rasa mengantuk sangat lah..
kalau aku mengantuk, aku skip sampai tengah hari je..
hehehe ! pening kepala kalau tak cukup tidur ni..
kalau dah siap semua, baru sambung tidur semula..
fuh ~ lega..

setakat ini sajalah cerita aku hari ni
semoga berjumpa lagi =)
~~ Assalamualaikum ~~

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan