Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, October 29, 2010

Motosikal Idamanku

aduh kenapa lah bila aku tengok orang
bawa motor ni, aku rasa geram.


kenapa orang bawa motor ni, aku tak rasa geram.

 
mungkin sebab aku dah ada, aku tak rasa geram.
mungkin sebab aku tak ada, aku rasa geram.



argh ! cantiknya color baru ni !
mak nak motor ni.
huhuhu !

pautan terdahulu --> Motosikal Idamanku

Thursday, October 28, 2010

Muar Vs Melaka

kali ini punya entry,
aku nak cerita kan perbezaan kehidupan aku
di Muar dan juga Melaka.
 Aku rasa tak banyak perbezaan kot.
Kat Muar, aku suka duduk rumah,
aku lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer,
tengok tv, baca surat khabar dan sebagainya.

So aku harap bila aku praktikal di Melaka,
ia akan merubah aktiviti aku ini.
Tapi apakan daya, haha !
Lebih kurang saja.

Sebelum pindah Melaka,
aku plan memang nak berjalan,
nak lepak-lepak, cari member-member baru.
Kan kan, tapi kita manusia hanya mampu merancang,
semua tinggal rancangan,
lastly, aku duduk rumah juga,
macam aku duduk kat Muar.

Sebab apa? sebab aku tak tahu nak pergi mana
Melaka nampak saja besar, tapi
bila dah habis pusing, alahai, besar-besar,
tapi tak ada apa-apa pun,
semua tempat sama saja,
tapi kalau ada tempat happening
suatu tempat itu tidak akan menjadi bosan.
Macam KL, aku tanya member aku duduk sana,
dia siap boleh kata kat aku,
KL tak ada apa-apa. Har !
Apa kes? Huhu !

Kesimpulannya,
bila kita dah menetap lama di satu-satu kawasan,
kita menghadap benda yang sama setiap hari,
confirm bosan,
melainkan ada tempat yang happening,
setiap hari, tempat itu akan berubah menjadi lebih menarik,
itu sahaja yang mampu menarik perhatian
dan membuatkan kita tak sabar-sabar nak pergi ke tempat
itu pada esok hari. Hehe !

So far, nak jalan kat Melaka ni tak ada kawan,
biasa bergerak sendiri,
atau tunggu saja kawan dari Muar datang,
kalau tidak, duduk rumah,
tengok tv sajalah.
Bosan bosan >,<

P.S - Cerita ini tidak termasuk bab makanan ya,
sebab nak dibandingkan harga di Muar dengan di Melaka
memang jauh beza kot ^,^

Wednesday, October 20, 2010

Merisik Khabar

Assalamualaikum,
Selamat Siang !
hari ni aku nak berkongsi cerita,
bukan cerita aku, tapi cerita televisyen..
tajuk cerita tu merisik khabar..
mesti kau orang pernah tengok right?
pagi-pagi biasa keluar radio..
era kalau tak silap (pendengar setia Sinar)
hehehe !

by the way, episod masa aku tengok tu,
anak die tak melawat mak dia lebih
daripada 3-4 tahun..
kesian aku tengok, rasa sayu saja..
huhu ! mak cik tu
kerja jual botol-botol kosong untuk
menampung kos hidup dia..
sambil tu, ada jual makanan ringan..
sebenarnya bukan ini aku nak ceritakan..

semasa aku tengok cerita tu,
hati aku macam sebak juga lah tengok,
sebab ya lah, dah tua kan..
buat kerja macam itu.. lepas itu anak dia tak balik
aduh ! sedihnya lah..
tak silap masa itu tengah bulan ramadhan..
yah ! bulan ramadhan..
huu sedih-sedih..
barang siapa mak dia masih hidup tu,
hargailah beliau setiap saat, setiap masa,
sebab bila-bila saja dia akan pergi..
bukan saja dia, semua manusia akan mati,
jadi setiap saat itu berharga..
sayangilah mereka seperti mereka akan pergi esok hari..


ni aku ada selitkan video lagu Allahyarham Sudirman..
memang sayu dengar =)


Saturday, October 16, 2010

Berdikari Part 3

nampaknya nak simpan RM50
sampai sebulan, memang tidak kesampaian lah..
balance hari itu memang ada,
tapi minggu ni balik kampung,
isi minyak, makan luar,
habis terus..

aku ingat setiap minggu nak balik Muar,
bekerja secara part time,
tapi tak ada pula..
ada memang ada, tapi gaji bulanan
part time kena ambil gaji bulanan,
masak lah.. bila masa nak pakai duit nya..
dah lah ulang-alik Muar Melaka setiap minggu..
lepas itu, duit gaji bulanan,
tak sanggup aku.. reject-reject..

siapa yang ada lubang kerja-kerja part time,
gaji hari, hello-hello lah saya ya..
tak kisah lah Muar ke Melaka ke..
janji dapat gaji hari,
boleh buat duit-duit tepi..
mana tahu ada masalah yang tidak diingini 
yang paling besar sekali, tak cukup duit makan lah..
itu saja.. dengan minyak..
kalau kerja kedai komputer ke,
kerja despatch ke.. ok juga kot..
hehehe !

oklah..
kesimpulannya,
RM50 memang tak cukup duduk kat Melaka
hahaha ! 
ASSALAMUALAIKUM ~

Wednesday, October 13, 2010

Berdikari Part 2

ok-ok hari ni kita bersambung lagi..
hehehe ! 
nak jelaskan pasal semalam kenapa tak update..
Alhamdulillah,
semalam tak ada keluar duit langsung..
so buat apa nak update right..
tak ada story nak cerita..
hehehe !

by the way, hari ni dah mula keluar duit semula..
semuanya pakai duit,
kenapa tak pakai daun ke..
kui3 ! joke-joke..
ok, balance hari itu ada RM41.60..
tolak beli barang dapur semua,

seperti minyak, biskut, roti, maggi dan minyak motor
total = RM23.95

so RM41.60 - RM23.95 = RM17.65
har ! lupa pula,
ada tolak duit tepi..
RM20 ! bayar duit makan (katanya untuk sebulan)
haish ! duit tepi dah habis..
tinggal itu sajalah..
so duit makan dah settle,
balance ni buat duit minyak sajalah..
minta-minta cukup..
amin..

ok kita sambung lagi esok ya ;)


Tuesday, October 12, 2010

JPBC 2


cerita ni boleh tahan la..
part lawak dia sekejap-sekejap..
tapi bila sampai punch line dia,
memang tak kering gusi gelak..
hehehe !
HERO ADNAN SEMPIT TAK ADA
huhuhu !

walau apa pun,
sokong la industri kita,
cerita ni memang best !
bagi kau orang yang belum tengok,
jemput-jemput tengok ya..
hehehe !

Monday, October 11, 2010

Berdikari

agak-agak cukup ke sebulan RM50?
dengan belanja sehari RM5?
itu untuk 2 minggu sebelum ini aku hidup di MELAKA..
tapi mulai minggu ni aku rasa,
aku akan bawa bekal saja kot..

erm, so aku kena lah plan
jadual duit keluar masuk
so sekarang hari pertama iaitu hari Isnin
semalam aku dah beli topup RM5..

so RM50 - RM5 = RM45

untuk rehat tengah hari tadi,
aku beli lagi air coke + gula..
(botol akan digunakan untuk bawa air mineral nanti..)

RM3.40..
so duit aku ada sekarang tinggal 
RM41.60..

ni plan nak beli barang basah..
tak tahu macam mana cukup ke tak..
tapi aku akan cuba mengoptimumkan (bahasa programmer)
penggunaan duit belanja aku..
sebab itu baru tolak makan, duit minyak?
belum tolak lagi..
haish.. tak apa,
susah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian..

cerita sambung esok..
aku rasa aku akan update setiap hari,
bagi mengetahui perkembangan + flow (bahasa programmer)
kemana duit aku akan pergi..
kalau aku tak buat nota macam ni,
aku rasa aku pun tak ingat aku belanja atas apa..
sedar-sedar dah habis saja ;)

ok, sambung hari esok =)

Sunday, October 10, 2010

Kesibukan

aku rasa blog ni akan sangkut macam ni saja lah..
berapa lama sudah aku tak update..
sibuk dengan kerja,
nak cerita pun tak tahu..
tapi jangan risau lah..

aku akan fikirkan cara lain untuk update story ni..
so tunggu sajalah ok =)
by the way,
Syawal hampir meninggalkan kita,
seronok tak beraya?
hehehe ! hope-hope puaslah ya..

dengan kesempatan ini,
aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya !
Maaf Zahir Dan Batin =)

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan