Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, August 28, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak!


hahaha! kelakar tengok cerita ni..
walaupun dah tengok sekali,
pasti nak tengok kali kedua, ketiga dan ...
huhuhu!

aku syorkan kau orang tengok lah cerita ni ya!
support cerita buatan MALAYSIA ;)



part yang paling aku suka tengok,
lagu ni..



dah tengok nanti,
komen la ya! hahaha ;)

Wednesday, August 26, 2009

Apa nak jadi - part1


percaya tak,
perempuan sekarang lebih mahal daripada lelaki..
kenapa?
sebab perempuan tak perlu berbuat apa-apa,
untuk menarik perhatian lelaki..
tetapi perlu berbuat macam-macam
untuk menarik perhatian perempuan..
betul?

tetapi sekarang ramai yang menyalahgunakannya..
dengan wajah yang cantik itulah,
banyak perkara yang tidak baik berlaku..
kenapa perlu menayangkan gambar separuh *****??
plus, perlu meletakkan di tempat yang public?
macam internet or whatever?
wujudnya myspace, tagged, facebook dan sebagainya..
adakah ia sekadar suka-suka?
menarik perhatian?
ingin ramai kenalan?
or? explain to me?
tak salah hendak mencari kawan..
tapi ada batasnya..
takkanlah sampai kena menayangkan dada
kepada orang lain, baru nak dijadikan kawan?
apa maksudnya tu? Oh My God!

betulkan jika ada yang salah..
tapi ini yang saya nampak
pada remaja masa kini..
adakah anda tidak pernah terfikir?
bukan beribu, bukan beratus ribu,
malah beratus juta orang
menggunakan internet setiap hari..
mungkin lebih..
dengan hanya perlu menekan butang search saja,
semua maklumat boleh didapati..

itu bagi yang betul menggunakannya..
bagaimana dengan yang menyalahgunakan kegunaan internet?
sekarang, dengan hanya menggunakan software yang
bernilai puluhan ringgit saja,
boleh mengubah rupa anda..
malah boleh mengaibkan..
janganlah kita terikut-ikut budaya barat..
ingatlah budaya kita..
yang paling penting, agama kita..
tak salah hendak berkawan/bergaul,
tetapi, ingatlah tatatertib bila bersama..

pointnya disini ialah,
fikirlah sebelum membuat sesuatu..
bagaimana jika ahli keluarga anda yang melihat anda
sebegitu rupa? saudara-mara..
adakah mereka gembira melihat anda?
Wallahualam..

bukan niat nak menyibuk,
tetapi kita dah sesama saudara Islam,
janganlah kita bangga dengan dosa yang kita buat..
biarlah ianya antara kita dan Dia..
Selamat menyambut bulan ramadhan..
selamat berpuasa..
banyak-banyakkanlah beramal ibadat di bulan mulia ini..
banyak pahala yang bakal anda perolehi..
Insyaallah..
AMIN!

Monday, August 24, 2009

Layan gak cerita ni!




korang pernah tengok tak cerita ni?
BLOGGER BOY?
huhuhu!
best gak cerita dia..
dia ceritakan setiap pahit manis
dalam bentuk komik
dan berkongsi dengan semua melalui blog..
kalaulah aku pandai lukis..
wakakka! aku pun nak buat juga =D



setiap khamis..
9.30 malam..
8tv..
tinggal berapa episod saja lagi nak habis ;)

Saturday, August 22, 2009

Selesai Sudah!




periksa dah habis..
alhamdulillah!
dapat jawab..
tapi betul atau salah,
ALLAHUALAM!
malam ni semangat-semangat pergi surau/masjid!
heheh =)
terawikh! weee!



selamat berbuka untuk hari pertama ni!
walaupun baru hari pertama,
rasa macam dah nak dekat saja raya!
wakakka ;)

Friday, August 21, 2009

Hari terakhir sebelum menjelang puasa!




selamat menyambut bulan ramadhan =)
hari ni puas gila aku makan..
tak pernah makan 3x sehari..
hahaha!
tapi yang pelik, tak gemuk-gemuk juga..
aduh aduh!

lepas makan, terus karaoke..
aw aw aw! walaupun penuh sekejap,
dapat juga 5 lagu..
bantai lah! janji dapat lepas gian..
karang dah bulan puasa,
tak boleh nak karaoke..
hehehe =)

by the way,
selamat menjalani ibadah puasa!
plus, good luck kepada sesiapa yang ada paper..
tak kira lah final ke, mid ke, apa-apa aje lah..
hehehe!
wish me luck kayh!


Thursday, August 20, 2009

Lady Gaga - Paparazi




we are the crowd, we're c-coming out
got my flash on it's true, need that picture of you
it's so magical, we'd be so fantastico
leather and jeans, garage glamorous
not sure what it means but this photo of us
it don't have a price, ready for those flashing lights
'cause you know that baby I

I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me, papa-paparazzi
baby, there's no other superstar
you know that I'll be your papa-paparazzi
promise I'll be kind, but I won't stop until that boy is mine
baby you'll be famous, chase you down until you love me
papa-paparazzi

I'll be your girl backstage at your show
velvet ropes and guitars, yeah 'cause you're my rockstar
in between the sets, eyeliner and cigarettes
shadow is burnt, yellow dance and we turn
my lashes are dry, purple teardrops I cry
it don't have a price, loving you is cherry pie
'cause you know that baby I

I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me, papa-paparazzi
baby there's no other superstar
you know that I'll be your papa-paparazzi
promise I'll be kind but I won't stop until that boy is mine
baby you'll be famous, chase you down until you love me
papa-paparazzi

real good, we dance in the studio
snap snap, to that shit on the radio
don't stop for anyone
we're plastic but we still have fun

I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me, papa-paparazzi
baby there's no other superstar
you know that I'll be your papa-paparazzi
promise I'll be kind but I won't stop until that boy is mine
baby you'll be famous, chase you down until you love me
papa-paparazzi

Credit - Lady Gaga - Paparazi Lyrics

Tinggal Satu Lagi!


wuuhuu!
tinggal satu lagi exam..
lepas tu..!
raya! kahkahkah!
exam last, hari pertama puasa pula tu..
tak apa, berkat jawab soalan nanti =)



wish me luck!
hehehe!

Monday, August 17, 2009

Transformasi!


akibat daripada kegilaan terhadap
games yang melampau-lampau,
aku bercadang nak upgrade cpu aku,
sampai lah jadi super computer..
INSYAALLAH!

sebab apa?
sebab kemajuan komputer,
semakin lama, semakin canggih..
jadi DDR2 akan semakin dilupakan..
kena upgrade awal-awal..
nanti jadi mcm DDR, harganya sangat tinggi!

by the way,
banyak dalam kepala aku nak upgrade,
tapi orang tua-tua kata,
biar mula dari bawah/perlahan-perlahan kayuh..
kalau tak boleh kayuh, berjalan =)

1. RAM [X] (Baru 2GB)
2. Graphic Card [ ]
3. Cooler [ ]
4. HDD [ ]
5. Coming Soon

bagi sesiapa yang expert pasal PC ni,
tolong lah bagi tunjuk ajar ya..
ilmu jangan kedekut, tak baik..
tuhan marah =)

pc aku brand acer M1640/E2160..
standard kilang!

* Product Description: Acer Aspire M1640, Pentium Dual Core E2160 1.8 GHz
* Type: Personal computer
* Form Factor: Micro tower
* Dimensions (WxDxH): 7.2 in x 17.9 in x 14.6 in
* Localization: English, French / United States
* Processor: 1 x Intel Pentium Dual Core E2160 / 1.8 GHz ( Dual-Core )
* Cache Memory: 1 MB L2 cache
* Cache Per Processor: 1 MB
* RAM: 2 GB (installed) / 4 GB (max), DDR II SDRAM, 667 MHz
* Storage Controller: Serial ATA ( Serial ATA-300 )

* Hard Drive: 1 x 80 GB, standard, Serial ATA-300
* Optical Storage: DVD±RW / DVD-RAM
* Card Reader: 9 in 1
* Graphics Controller: NVIDIA GeForce 7050
* Audio Output: Sound card, 7.1 channel surround
* OS Provided: Microsoft XP

Saturday, August 15, 2009

Tanda-Tanda Kiamat!



Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

* Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
* Lahirnya Dajjal.
* Keluar asap tebal.
* Turunnya Nabi Isa a.s.
* Kemunculan Imam Mahdi.
* Matahari terbit dari ufuk barat.
* Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
* Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* Runtuhnya Ka'abah
* Terdengar tiupan sangkakala pertama.
* Ada azan tak di jawab
* 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

* Penaklukan Baitulmuqaddis

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”

* Zina bermaharajalela

“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

* Bermaharajalela alat muzik

“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

* Menghias masjid dan membanggakannya

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

* Ramai orang soleh meninggal dunia

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat

“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

* Bulan sabit kelihatan besar

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.



* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.



* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.



* Orang akan melakukan homoseksual.



* Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

* Berkurangnya sifat amanah



* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)



* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya



* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid



* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik


* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”



* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan



* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...



* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)



* Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”



* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”



* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”



* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”



* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

* Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]

* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]

“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba


* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”

Credit To Tanda-Tanda Kiamat!

Jokes 2!


Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Thursday, August 13, 2009

jokes!


Two old friends - a China man and a Malay were having a conversation recently ......

Apek : Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali : Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo

Apek : err saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh manyak ploblem..

Ali : Apa problem?

Apek : Manyak buang lui....
lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh

Ali : Cehh... apek, lu apa cerita.... saya suda lama potong. tada apa problem... bini
saya manyak puas woo....

Apek : Lu mini puas sama itu potong zaka ka?


Ali : Ya laa.. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..


Apek : err.....lu punya 1.3 atau 1..5??


Ali : woi apek cakap baik2 sikit ha... saya punya 6 inci laa..


Apek : Tiu nia ma... lu jangan main2 haa.... mana ada potong zaka 6 inci..


Ali : Cilaka apek ni....nah tengok
(opens his trousers).

Apek : Chee sin punya olang......gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..

Ali : Abis...lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek : Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional
car... potong zaka.. bolo punya olang..

Ali : Aiya....apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja..Bukan potong zaka
la....... Proton Saga........lah

Wednesday, August 12, 2009

sims 3! mesti cuba!


memang syok gila la game ni..
huhuhu! aku tak tahu nak cerita apa,
tapi bagi yang sesiapa belum cuba,
mesti cuba..
confirm puas hati..
hehehe :D



Tuesday, August 11, 2009

Recruit?


aku tengok kat MUAR ni
ramai yang pakai NEO..
hohoho! inilah masanya nak kasi fliers :D
kasi ramai sikit NEORIAN dari MUAR










masa ni join TT with Persona :)

kawan?


pasti korang pernah punya ada kawan..
tak kisah la, dekat ke jauh ke..
kawan sms,
kawan atas talian,
kawan kelas,
dan sebagainya..

tiba-tiba aku teringat pada sorang kawan
yang aku sendiri tidak pernah tengok rupanya..
hahaha!
macam mana tu?



yang aku ingat pasal detail dia ialah,

Nama : Ezza (tak tahu nama penuh dia apa)
Umur : sebaya aku kot?
Sekolah : SMK Assunta (itupun masa aku form 2)

sebulan dua saja kot, dia call + sms..
lepas itu hilang entah ke mana..

masa tu, aku pakai no celcom kot..
hehehe! dia duduk hostel,
so kena call guna public phone..
macam mana kenal?
err.. melalui kampungchat.com?

lama dah aku lost contact dengan dia..
lagipun no dia sekarang,
bukan dia guna lagi,
aku try telefon,
cina lelaki yang angkat..
kuikuikui! hampas kelapa betul!
huuuu!

kenapa aku cari dia?
tak ada apa-apa..
cuma teringat cerita-cerita lama..
masa mula-mula dapat telefon :P

jika anda semua jumpa ini orang,
cepat-cepat bagitahu saya ya..
thanks! ;)

Monday, August 10, 2009

Ouch!!


Muar is under attack!
Melaka and Batu Pahat,
adalah negeri dan daerah terdekat..
Muar! tunggu saja lah!
run for your life..
atau gunakan langkah-langkah pencegahan!



jangan dijadikan alasan
untuk mengikuti langkah-langkah tersebut..
ini bukan untuk orang lain,
tapi untuk diri kita sendiri!
semoga ALLAH melindungi kita semua..
AMIN!

Wednesday, August 5, 2009

Movies!




pernah tak kau orang dengar cerita ni?
TALENTIME?
aku baru tengok semalam..
kat astro box office..
jalan cerita dia ok lah,
3 kaum iaitu melayu, cina dan juga india..
bahasa dia.. walaupun kebanyakannya
menggunakan english,
tapi flow cerita dia cantik..
and part paling best ialah,
apabila Hafiz menyanyikan lagu i go,
masa malam talentime..
feeling habis =)

sinopsis cerita TALENTIME =)

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.



Tuesday, August 4, 2009

Bencana!


h1n1 semakin menjadi-jadi..

read here for more info
Empat kolej ditutup di melaka

melaka dengan muar bukan jauh..
kalau berkereta baru 30-45 minit..
bagaimana kalau orang dari sana ke mari?
dan orang sini ke sana?
bersilih ganti tiap-tiap hari?
adakah muar akan selamat lagi?

agak seram lah juga dengar kematian meningkat..
nak keluar rumah pun rasa tak tenteram..
lagikan nak pergi melancong..
Allahhualam..



sebagai langkah berjaga-jaga,
gunalah topeng mulut yang ada..
bukan apa, sebagai langkah prevention..
kita bukan tahu bila kita akan kena..
kan? janganlah cakap nak pakai tu segan pulak..
untuk keselamatan juga..
nanti aku nak pakai satu jugalah..


Monday, August 3, 2009

Seronok Atau Tidak?


bulan ramadhan dah nak dekat..
wah! dah puas ke makan ni?
kalau belum,
masa ni lah nak makan puas-puas..
waktu pagi/tengahari/ptg ok!
not malam..
lalala~

lagi satu,
final exam pun dah nak dekat..
aiyo! buku pun tak baca lagi..


entah macam mana nak jawab ni..
aduyai!

walau apa-apa pun,
selamat menyambut bulan ramadhan!
selamat menempuhi peperiksaan akhir! =)
good luck to you all!
all the best!
puasa jangan tinggal!



gagagaga~

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan