Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Friday, May 27, 2011

Minggu Orientasi

23 Mei 2011
bermulalah hari pertama aku hidup di ibu negara, KL.
kehidupan di sini agak susah sikit la, sebab segala-galanya mahal.
 aku duduk hostel kat kepong.
so perjalanan daripada kepong - kl mengambil masa 30 minit menggunakan KTM.
tambangnya juga agak murah, tapi biasalah, ramai yang menggunakan
perkhidmatan awam ini, so kena lah sesak sikit.
berdiri, berhimpit dan kadang-kadang tak dapat naik pun
sebab penuh sangat.

pasal makanan pula, tak banyak beza pun dengan Muar.
tapi makanan yang dimaksudkan adalah seperti goreng-goreng,
nasi lemak dan sebagainya, kalau lauk tu ada lah mahal sikit.
ayam goreng je dah 2 ringgit 5 kupang. mahal tu !
patut lah aku makan nasi putih + ayam goreng dah 3 ringgit 5 kupang.
hari-hari makan luar, kering wei duit poket.
tapi takkan nak hari-hari makan maggi saja.
so aku  decide, makan nasi lemak sajalah hari-hari.
biar jemu, asalkan perut ada isi. hahaha !
nanti perut kosong mengundang penyakit pula.

so far life kat klmu ok, tapi
too many shock culture. hahaha !
yang perempuannya lain, yang lelakinya lain.
yang hisap rokoknya lain, yang tukar jantinanya lain,
yang tak solatnya lain, yang berpeleserannya lain,
walhal tempat public, bukan seorang dua saja yang lalu,
tapi most of the klmu students + sime darby worker lalu lalang kat situ
melihat gelagat dia orang ni.
mungkin dah lali nampak so dia orang  buat endah tak endah saja lah,
but for me, its new. so it's quite shock =)

26 Mei 2011
waktu ni aku nak mengisi borang online ptptn.
waktu tu agak sesak, sebab kebanyakan student berkongsi 1 lab saja untuk
mengisi borang online. yang malangnya, bukan semua pc boleh guna,
ada separuh pc saja yang boleh online, yang lainnya, pending saja.
tapi alhamdulillah pc aku boleh guna untuk online.
dengan nafas lega aku memasukkan semua maklumat yang diperlukan.
tapi itu hanya sementara sebab no ic yang tertera pada slip ptptn itu tidak tepat =(
so aku terpaksa memberi pc aku kepada orang lain.
aku kena beli no pin baru.
satu hari ni memang daripada pagi,
sampai ke tengah hari asyik lari ke sana ke mari saja.
orang tak tahu jalan kan, kena lah bertanya,
mula-mula jalan jumpa security, try lah tanya bsn kat mana,
dia tunjuk kat pertama kompleks. bila aku sampai di sana,
rupa-rupanya bsn yang ditunjukkan oleh security itu adalah mesin atm.
bukannya bank. terpaksa aku berlari semula ke klmu.
perjalanan dari situ adalah 300m lebih pergi balik.
tanya orang kat 7e pula, dia kata bsn kat hujung jalan raja laut, belah kiri.
sekali lagi aku berkejaran sebab masa menunjukkan pukul 11.
sampai kat hujung jalan, alhamdulillah ada bsn,
dan waktu itu pun pengunjung tidak ramai.
selesai membeli, aku pun berpatah balik semula ke klmu.
aku kena tunggu lebih kurang setengah jam untuk menunggu turn aku mengisi borang.
lepas dah selesai mengisi borang apa semua, aku pakat dengan room-mate,
nak balik hometown.

hari ini adalah satu hari yang memenatkan.
so setibanya di rumahku syurgaku,
aku terlelap. lama juga aku tidur haha !
daripada petang sambung ke malam. malam sambung ke subuh =)

Wednesday, May 11, 2011

Contact Lens


wah ! bukan main melaram lagi ya !
hehehe ! pertama kali dapat benda moden ni,
memang excited gila lah, barang pos 2 hari pun
boleh jadi 8 hari kerana tak sabar nak sampai barangnya.
hehehe ! ok-ok ! 

1st day barang ni sampai, aku tak pakai pun,
aku belek-belek botol dia,
men tonyoh-tonyoh, rendam solution.
hahaha ! itu saja, takut gila nak pakai,
maklum lah, mata aku ni sensitif sikit,
tak boleh sentuh, automatik nak terkenyit saja.
aduhai ! bayangkan kalau dah macam ini, 
macam mana pula time aku nak pakai =)

hari esoknya aku start pakai lens ni,
waktu pakai tu memang kelakar lah ! 
hahaha ! setengah jam juga oi nak pakai !
terkenyitnya lain, yang jatuh hilang sekejap pun lain,
yang hamun nya lain, macam-macam ada,
semata-mata nak masukkan lens ni dalam mata.
hahaha ! memang kelakar lah.

lepas dah masuk, memang best la.
yang bestnya, sebab tak pakai spek. rasa lapang je,
ringan je kepala. lepas tu tengok sekeliling pun terang benderang,
tak adalah terhalang oleh bingkai spek ni.

aku pakai lens ni tak lama, dalam 5 jam saja.
ok, tiba waktu tidur,
aku mula keruk kepala, bagaimana nak cabut lens ni keluar dari mata.
hahaha ! nak kata ada penyepit, tidak ada,
skill daripada youtube? yang tekan biji mata atas dan bawah?
pun tak jalan. nak sentuh mata lagi? katakan tidak.
last-last aku ambil  2 jari, aku perlahan-lahan

macam video ni  aku tiru
huuu ! setengah jam juga lah ambil masa nak keluarkan kedua-dua lens ni.
buat masa ni, aku tak pakai lagi untuk kedua kali.
maybe lain kali =) hahaha ! takut !
oklah =) sambung lagi lain kali ~
Salam ~

Monday, May 9, 2011

Sehari Di Kuala Lumpur

tempat pertama yang aku tuju ialah low yat.
sebab motif utama pergi kL ni, nak belikan laptop,
kiriman orang saja.
motif lain, cari baju, dan seluar.
tapi tak jumpa mana yang berkenan aiseh !

tapi tak apa, sambung cerita balik.
1st aku masuk low yat tu, tak ada apa-apalah yang menarik pun.
macam shopping center biasa saja.
menjual barangan elektrik, komputer, kamera dll.

masa aku naik tingkat atas (tak ingat tingkat berapa)
bahagian komputer, aku pun memulakan proses mencari.
banyak pilihan, tapi setiap kedai berlainan harga
dan juga berlainan free gift. free gift tu aku tak tengok sangat,
sebab motifnya, laptop sahaja + harga yang berpatutan.

lepas dah lebih setengah jam pusing bertanya,
jumpalah kedai murah, harga tu tak payah cerita lah ye ye.
hehe ! sambung balik.
semasa dalam proses peng'install'an, ada seorang family
datang beli netbook. untuk budak kecil pula tu !
kita yang dah tua-tua ni pun, masa kecil-kecil tak dapat benda-benda macam ini kan.
begitu bertuah nya budak sekarang.

ada yang memakai hp touch screen,
umurnya pun nampak dalam lingkungan belasan.
tak nampak pula macam sudah bersekolah menengah.
rendah mungkin. alangkah terkejutnya aku
melihat dia memicit peralatan elektronik,
ku sangkakan permainan konsol, tapi sangkaan ku silap.
ianya sebuah telefon bimbit siap touch screen.
peh ! umur yang sebegitu muda sudah dapat mengecapi
pelbagai barangan serba canggih dan terkini.

pada zaman aku dulu, nak dapat hp pun tunggu sekolah menengah.
itu pun kena pandai 'ngecek', pujuk buat muka sikit,
kalau tak, tak ada nya nak bagi suka-suka. 
hehe ! pelbagai alasan diberi untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit.
tapi pada zaman dulu, pakai hp 3310 tu pun dah bangga,
diiringi ringtone yang dibeli daripada surat khabar berharga RM1.50 selagu.

hahaha ! tapi kita dapat nampak zaman dulu dengan sekarang kan,
pada usia semuda itu pelbagai barangan terkini disajikan,
tidak mengira umur, jantina. segala permintaan dipenuhi,
tanpa mempersoalkan apa-apa, asalkan anak-anaknya gembira.
kalau tidak bersyukur dengan apa yang diberi tak tahu lah.

kita zaman dulu-dulu, habis sekolah menengah baru dapat telefon.
itu pun kadang-kadang 2nd hand saja. hehe !
tapi kita tak kisah pun, janji ada kemudahan sudah mencukupi.
berlainan pula dengan sekarang, tidak mahu pakai yang 'old school' punya,
nak serba latest, merayu supaya dibelikan telefon beribu-ribu harganya,
walaupun kita sedar yang umurnya tidak sesuai memakai barangan seperti itu.
entahlah, ini cerita apa yang aku nampak semasa di low yat.

ini belum cerita masa aku berjalan di petaling street.
anak-anak gadis, ber'short pant' saja menayangkan betisnya kesana kemari,
tanpa rasa pelik kan. aku yang jalan kat situ pula nampak pelik,
bukan itu saja, yang merokoknya lain, yang rambut berwarnanya lain,
yang berpakaian seperti lelakinya lain. dunia-dunia.

kalau nak cerita satu hari pun tak habiskan,
dengan pelbagai karenah, perwatakan, tingkah laku remaja bandar =)
tidak kurang juga si kecil =)
hehe ! oklah, sampai di sini saja entri aku kali ini.
Salam ~

Friday, May 6, 2011

Juvana, TV3



JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut 

P.S - Cerita ini best juga lah. setiap saat, minit jalan cerita buat aku tertunggu-tunggu apa kesudahannya =)

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan