walaupun penat,
aku tetap mengagahkan diri untuk menaip..
huahuahua!
even da drive 300++ km..
tapi semangat waja untuk mengupdate blog,
untuk kau orang kau orang yang minat membaca..
ada ke? bantai lah labu..
hari khamis yang lalu,
aku pergi balik kampung,
kat sabak bernam, selangor..
ada kenduri arwah yang ke 100 hari..
saya tak pasti arwah datuk / nenek..
hehehe.. tapi yang pasti..
saya datang ok..
baik tahu..
hari khamis tu bertolak malam dari muar,
so kena tidur kat rumah saudara,
kat bukit mahkota...
letih babe !
so kita orang bertolak awal pagi..
dalam pukul 8am..
jumaat..
sampai kat sabak bernam, pukul 10am..
sampai-sampai,
macam biasa lah, aku terus cari bantal..
penat wok !
tapi tengah hari dah kena kejut,
pergi sembahyang jumaat..
huuuu !
petang jumaat itulah acara korban bermula..
fuh ! lembu dia tak macam lembu kat muar ni..
sekali sembelih, darah dia sikit saja keluar..
melawan pun tidak..
dalam hati aku kata,
confirm tak cukup makan lembu ni..
tapi bila 1st darah tu memancut,
fuh ! ngeri-ngeri..
biasa bila hari raya korban,
aku tengok dari tepi saja..
kira tak nampak la part leher tu..
ni dapat tengok depan mata..
macam air paip..
crutt crutt darah memancut..
kesian lembu tu..
masuk syurga dah ya..
wallahualam..
selesai sudah kenduri arwah,
hari pun berjalan macam biasa lah..
kerja aku tiap-tiap masa tidur saja..
ya lah, nak pergi mana pun tak tahu..
bukan ada kenal siapa-siapa..
lagi satu, pekan sungai besar tu,
bukan ada apa-apa pun..
hehhe ^^
hari ahad,
aku bertolak pagi..
dari selangor, singgah sebentar di kL
apa lagi ! shopping !
huahuahua! dapat HARD DISK DRIVE babe !
750GB huahuahua!
alhamdulillah..
rezeki ALLAH..
hehehe ^^
oklah..
penat ni..
mahu tidur..
selamat malam ^^