Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Thursday, October 28, 2010

Muar Vs Melaka

kali ini punya entry,
aku nak cerita kan perbezaan kehidupan aku
di Muar dan juga Melaka.
 Aku rasa tak banyak perbezaan kot.
Kat Muar, aku suka duduk rumah,
aku lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer,
tengok tv, baca surat khabar dan sebagainya.

So aku harap bila aku praktikal di Melaka,
ia akan merubah aktiviti aku ini.
Tapi apakan daya, haha !
Lebih kurang saja.

Sebelum pindah Melaka,
aku plan memang nak berjalan,
nak lepak-lepak, cari member-member baru.
Kan kan, tapi kita manusia hanya mampu merancang,
semua tinggal rancangan,
lastly, aku duduk rumah juga,
macam aku duduk kat Muar.

Sebab apa? sebab aku tak tahu nak pergi mana
Melaka nampak saja besar, tapi
bila dah habis pusing, alahai, besar-besar,
tapi tak ada apa-apa pun,
semua tempat sama saja,
tapi kalau ada tempat happening
suatu tempat itu tidak akan menjadi bosan.
Macam KL, aku tanya member aku duduk sana,
dia siap boleh kata kat aku,
KL tak ada apa-apa. Har !
Apa kes? Huhu !

Kesimpulannya,
bila kita dah menetap lama di satu-satu kawasan,
kita menghadap benda yang sama setiap hari,
confirm bosan,
melainkan ada tempat yang happening,
setiap hari, tempat itu akan berubah menjadi lebih menarik,
itu sahaja yang mampu menarik perhatian
dan membuatkan kita tak sabar-sabar nak pergi ke tempat
itu pada esok hari. Hehe !

So far, nak jalan kat Melaka ni tak ada kawan,
biasa bergerak sendiri,
atau tunggu saja kawan dari Muar datang,
kalau tidak, duduk rumah,
tengok tv sajalah.
Bosan bosan >,<

P.S - Cerita ini tidak termasuk bab makanan ya,
sebab nak dibandingkan harga di Muar dengan di Melaka
memang jauh beza kot ^,^

No comments:

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan