Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Saturday, May 16, 2009

Pengalaman membawa motorsikal!


SALAM..
nak cerita panjang lebar pengalaman ni,
memang lah segan..
tapi kau orang mesti ada punya pengalaman membawa motorsikal ni..
al-maklum lah, baru 1st time dapat bawa sendiri..



motorsikal pertama yang aku cuba bawa ni, kriss makcik aku..
masa tu, dia saja datang rumah, melawat..
aku pun suka lah kan, ya lah, rumah bukan ada motor..
seronok lah, makcik datang rumah naik motor..
aku pun apa lagi, duduk la konon-konon tengah bawa motor tu..
siap superman la.. macam-macam gaya juga aku lakukan..
punya la excited kan..

tengah show-show buat stunt,
mak aku suruh lah aku pergi beli pisang goreng ke,
chakui ke.. (betul ke eja ni? hentam sajalah labu)
nak cari kayu.. nak cari kayu..
hahaha! aku langsung tak pandang basikal dah, depan mata masa tu..

mak aku masuk saja dapur nak siapkan air,
aku pun apa lagi, 'makcik-makcik, pinjam motor jap, nak pergi kedai depan'

'kau ni ada lesen ke? boleh bawa ke?'

'boleh la makcik.. tengok kaki lah'

'lah, tinggi pun tidak, nanti terkapai-kapai pula kaki tak jejak tanah'

al-maklum lah, aku ni pendek saja orangnya.. hahahaha!
dengan ayat yang manis dan penuh keyakinan..
akhirnya makcik aku pun memberikan kunci motorsikalnya kepadaku
tanpa was-was..

dapatkan ginseng motivasi!
sesungguhnya kejelitaan hakmilik setiap insan!
opsss! hahahaha!

sambung balik, sambung balik..

dengan hati yang gembira..
aku pun start lah motorsikal tu,
dengan kaki yang terkapai-kapai,
aku terus saja pulas throttle dengan lajunya..

wah memang seronok lah dapat bawa motorsikal masa tu..
kalau naik basikal,
anginnya bertiup sepoi-sepoi bahasa je..
kadang-kadang, tak ada pun.. hahaha!
inilah nikmatnya bawa motorsikal..
angin macam ribut.. huhu!
guna jari pun boleh..
hahahaha!

setibanya aku di gerai pisang goreng..

kebetulan yang meniaga pisang goreng tu,
ada lah juga awek jaga..
bergaya lah juga bila turun motorsikal tu..
perlahan-perlahan turun.. tongkat..
dengan penuh keyakinan,
lalu aku berkata,

'makcik, pisang goreng dua ringgit..'

'pisang goreng dah habis lah dik.. yang tinggal, cuma kuih-muih saja'

sambil mencari-cari kuih yang boleh diterima mulut..
akhirnya tiada kuih yang berkenan..
aku pun beredar..

'terima kasih ya makcik'

sekali lagi aku membawa motorsikal dengan bangga..
tiba sahaja di gerai menjual chakui,
kali ni tak ada awek..
so aku tak payah la nak cover-cover lagi..
oleh kerana nak turun dengan laju,
aku terjatuh disebabkan pasir kat tempat aku pijak tu..
bedebam! tumbang motorsikal makcik aku..
aku ingat aku dah pengsan..
sekali belum daaa, sebab kaki aku tersepit,
kena hempap dek motorsikal makcik aku yang berat tu..
aduhai! sakit betul..
nasib baik pakcik yang meniaga tu dengan tangkas mengangkat motorsikal tu..
sempat lagi aku berbisik, melatah juga pakcik ni..
maklum lah, masa action nak tumbang tu,
pakcik tu boleh pula..
'eh adik tumbang eh tumbang tumbang tumbang motor aku'
dengan nada yang sangat tinggi dan laju..
hahahaha!

lepas dah beli dah siap semua..
aku pun pulang ke rumah..
sebelum tibanya aku di rumah,
aku berhenti di satu simpang..
maklum lah, nak wat medical check up kat motorsikal makcik aku ni..
mana tahu ada calar-calar ke..
minyak hitam tumpah ke..
oh selamat! tak ada apa-apa yang berlaku..

aku pun bawa motorsikal pulang dengan muka yang tak bersalah..

'wah! lama kau pergi beli makanan.. mana kau pusing?'
tanya mak aku..

'seronok la dia tu kak, dapat bawa motorsikal pusing-pusing taman'
jawab makcik aku..

aku pun buat tak tahu sambil meletakkan makanan yang dibeli..
lalu berlari ke tingkat atas..

aku pula nak buat medical check up atas diri aku..
mana tahu ada luka-luka..
check punya check, lutut saja ada calar sikit..
berdarah sikit..
hehehe! nasib baik tak sakit..
sebab mak saya beri saya minum milo hari-hari..
bak kata iklan dia,

'MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!'

hahaha!
sampai disini sahajalah pengalaman saya membawa motorsikal..
nanti saya akan sambung lagi dengan pengalaman-pengalaman yang lain..
ingat! jangan bawa motorsikal dengan perasaan bangga..
lagi satu, jangan lupa baca doa naik kenderaan..
apa yang penting, bukan kerjasama.. tapi berhati-hati..
bagi yang tiada lesen, ambillah cepat-cepat..
sangat penting.. ini kerana, kalau kau orang tiada lesen memandu,
kalau terlanggar anak orang macam mana?
kalau sikit tak apa, bagaimana kalau yang mati pula?
fikir-fikirkan lah..
hidup ni singkat saja..
SALAM!

5 comments:

Puan Anim said...

xde bakat la tu..hahaha..bwk beskal ckup k..

farha said...

haha.. lain kli jgn blgk reti bwk..
kn da jth.. xD
nsb baik x de ap2..
huhu

fiiQ said...

hahah!
skunk jd pencilok yang berjaya..
kuang3!

Hazlini said...

skng bawak moto dah bertauliah ke blom?
:P

fiiQ said...

mestila bertauliah..
lesen penuh da..
mane ada P P lagi..
kui3!

-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan