Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Tuesday, February 22, 2011

Dilema

sekejap saja masa berlalu kan..
tik tok tik tok dah nak masuk bulan 3..
report final aku tak siapkan lagi..
jangan kata siap, sentuh pun belum..
mood nak buat tu tak ada..
kalau nak buat, mesti ada member-member
datang sekali buat sama-sama..
kalau nak harapkan aku gerak seorang?
memang tak gerak la jawabnya,,

itu masalah pertama yang harus eh..
bukan harus, tapi wajib aku selesaikan..
lagi, aku dalam dilema nak sambung belajar kat mana..
memang ikutkan hati aku nak sangat sambung kat
tempat asal aku belajar dulu, KLMU..
tapi.. sejak ada banyak sangat masalah pengurusan kolej ni,
aku was-was nak  masuk.. hmm..
takkan aku nak sambung tempat lain? 
nanti tempoh masa belajar jadi agak lama..
lepas tu, macam mana dengan pembelajarannya pula? 
sama ke lain? aku lagi suka praktikal daripada teori..
sebab aku memang tak suka menghafal..
aku suka buat, dan benda yang aku buat itu 
nampak hasilnya.. itu yang aku suka..

hope-hope masalah itu dapat selesai la,
sebelum aku buat keputusan nak start belajar..
sekarang ni belum masa lagi..
sebab aku punya report masih belum siap..
dah siap, baru aku fikirkan..
Syafiq ! gerak Syafiq !

Sunday, February 13, 2011

Cerita

sekejap saja bulan 1 telah berlalu,
bulan 2 kini muncul.. aku tak tahu apa aku nak cerita,
sebab cerita aku, setiap hari sama saja..
so nothing interesting yang hendak aku kongsikan..

ok.. 1stly aku dah start berniaga burger..
aku berniaga bukan aku malas cari kerja,
tapi aku ingat, pertengahan tahun ini,
aku nak sambung belajar lagi..
so, kalau aku kerja, tak boleh nak rehat-rehatkan minda
kejap kan..? so aku ambil keputusan,
nak berniaga sendiri saja dulu..
relax-relax.. tenangkan fikiran..
walaupun tak tenang sebab report tak buat lagi..
adoi adoi adoi ~

so far, aku start berniaga ni ok la..
tak ada masalah kecuali waktu tidur aku
dah jadi huru hara sikit.. hehe !
mana tak nya, tidur pukul 4 pagi..
pagi memang liat la sikit nak bangun..
kalau hari sekolah tu, memang dah wajib bangun pagi..
kena hantar Mem besar pergi sekolah..
lepas dah hantar, macam biasa lah..
sidai kain, masak nasi dan sebagainya..
itupun kalau aku tak rasa mengantuk sangat lah..
kalau aku mengantuk, aku skip sampai tengah hari je..
hehehe ! pening kepala kalau tak cukup tidur ni..
kalau dah siap semua, baru sambung tidur semula..
fuh ~ lega..

setakat ini sajalah cerita aku hari ni
semoga berjumpa lagi =)
~~ Assalamualaikum ~~

Monday, January 17, 2011

Kebaikan

perkara ini aku terfikir selepas aku hantar
emak aku ke sekolah..
masa tunggu kat lampu isyarat,
tergerak la juga nak tengok handphone kan..
mana tahu ada orang call ke message ke pagi-pagi..
aku ni jenis jarang tengok handphone lepas bangun tidur..
lepas siap buat kerja, baru lah nak tengok..
tak pun, macam pagi tadi lah..

ok-ok berbalik kepada cerita,
ada lah 1 mesej belum dibaca..
sewaktu aku tekan butang reply,
lampu isyarat pun bertukar menjadi hijau..
terkial-kial aku menaip mesej
(amaran, jangan main mesej sewaktu anda sedang memandu)
wahahaha ! sambung balik..
rupanya ada bagus juga handphone touch screen ya..
bila kita sedang memandu, punyalah susah nak taip mesej..

kalau handphone-handphone lama,
senang saja aku taip mesej..
kadang-kadang tak perlu tengok skrin dah boleh tahu
apa pesanan yang aku nak tulis tu, 99.9% betul..
hahahah ! 


oklah sampai disini saja,
jangan main handphone sewaktu anda sedang memandu..
tak kira lah tengah menunggang motorsikal ke
tengah drive kereta ke.. 
takut membahayakan orang lain.. ok?
hehehe ! 

renung-renungkan dan selamat beramal =)

Sunday, January 16, 2011

Adik-beradik

akhirnya sempurna keluarga Yamaha
kat rumah aku ni..
hehehe ! tapi bukan semua model ya,
ni adalah model-model terpilih sahaja..
kuang3 !

tapi tak dapat pula nak snap
gambar adik bongsu..
dia diculik orang sekejap..
huuu ! time abang longnya balik,
adik bongsu pula keluar..
aduhai !
tak apa, tak apa,
kita teruskan..




Friday, January 7, 2011

Lady Driver

biasanya bila orang dengar saja ayat seperti tajuk di atas,
mesti perkara-perkara negatif yang kau orang ingat
aku nak cerita kan? oh tidak.. hari ni aku jadi baik kejap..
hehehe ! ok ceritanya macam ini,

mesti semua orang biasa tengok orang perempuan
memandu kereta kan? tak kira lah kereta apa..
perodua ke, proton ke, mers ke,
dan lain-lain lagi.. tapi sepanjang kau orang semua tengok
orang perempuan memandu, pernah tak
kat kepala kau orang terlintas,
tak kira lah banyak ke sikit, pasal seat dan stereng?

haha ! ok kita cerita lebih terperinci lagi..
macam ni, jaraknya seperti anda tahu,
bukan ke agak rapat sikit?
bukan nak mengutuk lah kiranya
yang perempuan ni pendek or apa-apa saja yang
berkaitan / negatif, tapi
cuba fikirkan sejenak,
kalau-kalau berlakunya kemalangan?
especially perlanggaran depan-depan..
bayangkan kalau airbag tu meletup?
TERBABOM ! tepat ke muka tu?
huhuhu ! memang bagus ada airbag, 
tapi kalau dah 'gedebuk' kat muka,
parah gak tu, bukan muka saja, even badan pon maybe
akan effect sekali right? kalau perempuan yang
tinggi ala-ala model tu, dikecualikan ya =P

nampaknya kajian terhadap air bag ni kena kaji lagi ni,
bukan apa, tak semua perempuan itu tinggi,
tapi bagaimana ya nak mengelakkan daripada berlakunya kejadian 
macam tu? Lu Fikirlah Sendiri..
Assalamualaikum !
heheheh !

Monday, January 3, 2011

Dapat Abang Baru

jeng-jeng-jeng ! mesti ramai yang tertanya-tanya
wah ! si Syafiq dapat abang baru ke..?
bukan saya lah yang dapat abang baru..
itu motor.. lc135 itu kan pangkat adik..
walaupun dia dijadikan dulu,
tapi pangkatnya tetap adik..
hehehe !

jeng-jeng-jeng !
mari saya belanja gambar sikit =)




abang long dia jauh dah berjalan..
ni adik-adik dia tengah menanti kepulangan abang long dia
ehehehe !

P.s - terima kasih kepada kawan yang mendoakan aku ya =)
amin !

semoga lepas ni apa yang kau orang hajatkan akan tercapai,
insyaAllah =)

Thursday, December 30, 2010

Origami

hoho petang-petang hari tengah tak ada kerja,
ini lah kerja yang aku buat.

buat apa lagi, origami la.
sekarang nak belajar, bukannya susah.
segalanya di hujung jari.
hehehe ! meh tengok aku buat  
BUNGA LILY

tadaa ! hahaha
cantik tak? amateur tak apa..
tak salah =)
hehehe ! lepas ni nak cuba buat benda lain pula.
simple, tapi menarik.
selamat mencuba =)

Salin Baju

hari ini aku nak cerita pasal kuda aku pula
aku pakai kuda ni sebab nak praktikal..
takkan nak naik kuda besar,
takut letak motor bersepah,
diculik oleh penculik pula nanti..
hehehe =)

1st, masa dapat pakai motor ni,
baju dia warna hijau
macam ini lah warnanya

yang ini kasut pinjam,
bukan aku punya..
hehehe !

lepas dah pakai hijau,
tukar selera pula pakai warna hitam putih..


hitam putih ni memang cantik,
tapi masa lepas pakai 2-3 minggu,
dapat baju hitam baru pula,
kebetulan member punya motor kemalangan,
tak ada cover set,
so aku jandakan lah cover set aku ni..


lihatlah beliau
selepas aku sarungkan dia baju baru
hitam saja semua =P


nampak macam simple sangat..
tak ada kemeriahan langsung..
tu yang aku nak tukar baju dia lagi tu..
aku tengah cari baju warna merah..
siapa-siapa ada berminat nak tukar,
boleh la telefon aku ya..
hehehe =)



gambar sebagai rujukan..
tunggu kemunculannya =)

Tuesday, December 28, 2010

Tahun Baru

Tik Tok Tik Tok
membilang hari 
untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU
kepada kau orang semua =)




hehe 
apa azam baru?
apa barang baru?
semuanya baru?
hehe

kita tunggu..

Wednesday, December 22, 2010

Wayang

bagi kau orang yang belum tengok
cepat-cepatlah tengok ya.
cerita ni memang best,
daripada awal cerita,
sampai habis boleh dikatakan asyik gelak saja.
Hehe =)

1st day tayangan dah pergi tengok dah =)
CONFIRM best !
lepas tu cerita aku tengok
baru-baru ni ialah


cerita ni pun boleh tahan
setiap adengan cerita dia,
aku tertunggu-tunggu nak tahu apa kesudahannya.
memang best la,
flow cerita dia tak bosan.
huhu =)
ada bakat jadi pengkritik ni,
cehwah !




-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan