Pembaca Setia

Status

Ready To Convocation =)

Tuesday, September 8, 2009

Sejuk!


hish!
siapalah yang cipta penghawa dingin kat rumah ni..
aku nak tidur malam pun susah..
lagi-lagi kalau adik aku join tidur kat ruang tamu sekali,
hampeh! tidur saja mesti nak buka aircond..
tak boleh ke pakai kipas..
sejuk lah!


tengok!
hari-hari setiap kali bangun pagi,
mesti selsema..


aduh! tak suka betul..
bila nak baik ni?
mesti lama baru nak hilang..
aduh! x(
tak suka tak suka!

Monday, September 7, 2009

Shopping barang dapur


macam biasalah ya,
tiap-tiap hari bangun tengah hari..
hehehe!
lepas bangun daripada tidur,
terus mandi..



siap-siap nak menghadap komputer..
ingat dapat lah main..
kena pula kemas rumah..
adeh! tak apa..
bersabar lagi..



aku pun kemas punya kemas..
fuh! berpeluh! penat!



puasa kan.. penat lah kemas..
lagi-lagi kalau barang yang diangkat tu, berat..

lepas dah siap, ingat dapat lah online..



hampeh! tak dapat juga..
kena out pergi beli barang dapur..
hehehe! pada mulanya memang lah macam bosan saja..
yalah! bosan lah pergi shopping..



lagi suka duduk dalam kereta,
sambil dengar lagu raya..
kan feeling ;D

lepas dah ambil satu troli,
aku pun cucuk saja lah belakang mak aku..
cucuk ala-ala cerita tokyo drift..
wakakakk! (macam budak-budak lah pula)
tengah feeling-feeling shopping,
ambil tu, ambil ni,
tiba-tiba aku terdengar lah seorang lelaki
yang digelar bapa kepada berapa entah anak dia,
tak perasan aku..
anak dia merayu supaya membelikannya susu..
si lelaki ni tak beri, dengan alasan,
eee! tak malu minum susu lembu..
hehehe!

tergelak kejap aku kat situ..
dalam kepala otak aku terfikir saja,
kalau 10 orang macam lelaki tu,
esok juga, econsave banned barang keluaran susu lembu..
adeh!

hari ni penuh juga orang..
tak pernah aku pergi sesesak macam ni..
lepas dah siap bayar apa semua,
aku pun pulang lah nak menghadap komputer..
kau orang rasa, aku dapat ke tak?
tettt! masa dah tamat!
tak dapat lagi.. adeh!



kali ni kena tolong masak pula..
masak ayam goreng,
masak nasi goreng(tolong gaul saja),
buat air sirap bandung dengan sarsi..
dan yang sama waktu dengannya..
akhirnya!


pada tepat jam 6.30 waktu malaysia!
aku dapat juga online!
hahahahhaa!!!! tak boleh belah!!
rindu sama kawan-kawan aku!!
hahahaha!

Saturday, September 5, 2009

15 hari

sudah 14 hari kita berpuasa..
esok cukup la 15, setengah bulan kita berpuasa..
hehehe!
pejam celik, pejam celik je,
dah nak raya kan..
tapi yang pelik,
aku rasa, macam baru lepas sambut raya..
teringat pula kenangan raya tahun lepas..
tapi walau apa pun,
persiapan dah buat belum?
dah siap mengemas?
shopping baju raya?
hehehe!



nanti raya, jemput lah datang rumah ya!
tapi jangan la ambush terus,
nak datang, beritahu dulu..
takut tak ada di rumah..
hehehe!
selamat menunaikan ibadah puasa!
selamat tinggal ramadhan

selamat datang syawal ;)

Friday, September 4, 2009

Tudung Shawls


ni member aku suruh tolong forwardkan saja..
bagi sesiapa yang berkenan,
ada borang permohonan dalam tu..
disediakan sekali..
apa lagi..
dapatkan segera..
sementara stok masih ada..
kekekek =D

Kos Penghantaran Barang anda akan diposkan pada hari Isnin, Rabu & Jumaat
POS LAJU
Semenanjung
1-3 =RM6.00
4-5 =RM7.00
6-7 =RM9.00
8-9 =RM10.00
10-11 =RM11.00
12-13 =RM12.00
14-15 =RM14.00

Sabah & Serawak +Rm3.00
POS EKSPRESS
1-2 =RM5.00
utk shawl
(1 helai = RM4.00)
(utk Pos Ekspress adalah kurang selamat... sbb die tidak memerlukan penerima mnandatangani apa2 dokumen..so..pilihan di tangan anda)
How To Order (PENTING!!!!!)
1.If you are interested, please make sure the item is Available

2.Use the form above to order

3.I will confirm your order within 24 hours

4.Please make payment within 2 days upon confirmation of your order

-Reserved item(s) is/are only applicable for 2 days,

-If u want me to reserve more than 2 days, 50% deposit required !!

5.Item(s) will be posted within 2 days upon confirmation of payment

-The price shown is not inclusive of shipping cost .

Available -maknanyer boleh booking item nie

Sold - maknanyer dah di jual kepada org yg booked td..

BAYARAN HANYA MELALUI MAYBANK(setakat ini)

101049450153
ANAS SYAFE'I BIN KHAIDIR
tq :)
hubungi saya 0179861659 untuk keterangan lanjut

Final Destination!



seronok!
hehehhe!
aku pun tak tahu nak ceritakan pasal apa..
nanti kau orang tengok,
kau orang tahu lah..
ngee! misi dia kononnya nak selamatkan keadaan la..
dia dah tahu maut tu bila sampai,
tapi dia cuba elakkan..

tapi akhirnya semua mati..
kah3! dasar cerita..
hihihi ;D
enjoy the show!

Wednesday, September 2, 2009

Tak faham aku 1


bagi kaum hawa..
boleh tak terangkan apa fungsi tudung sebenarnya bagi kau orang?



sebab aku tengok,
tudung ni macam sekadar keperluan saja..
bukan kemestian.. kewajipan..

maksudnya disini ialah,
bila perlu je akan digunakan..
bila hang out dengan kawan-kawan,
tak perlu lah pakai..

bila nak bergaya dengan sesuatu pakaian
yang kononnya up to date,
tak payahlah pakai..


dari segi pemerhatian aku,
macam tu lah..
adakah benar?
jika tidak, apa alasan kau orang?

lagi satu, pemakaian..
kenapa bila ada hari-hari penting saja,
baru nak berpakaian menutup aurat?
kenapa hari-hari biasa tidak?
tayang sana, tayang sini..
or sejak dari kecil,
dah dididik supaya berpakaian macam tu?
jadi aku tak boleh nak salahkan kau orang lah..
lagipun manusia bukan perfect..
kubur pun lain-lain..



tapi yang menjadi masalah ialah,
kami yang melihat ni..
macam mana nak elakkan dari ikut sama melakukan dosa kecil/besar?
tak tegur, kita berdosa,
dah tegur, kecil hati pula.. aduh!
sakit kepala bila fikirkan..

ada kawan aku cakap, bila ternampak,
tutup saja mata..



cuba la kau orang bayangkan,
kalau tengah jalan kaki, boleh lah terima ya tak?
habis kalau memandu?
nampak pula awek menonggeng dengan balak ke,
nampak awek lintas jalan ke,
takkan nak tutup mata??!



nasib baik lah hukum ni ringan sikit..
sekali pandang tak apa..
jangan pandang kali kedua..
hehehe =)

kaum HAWA ada pandangan?
marilah komen sikit..
bagi pandangan bagi kaum ADAM yang tak tahu ni ;D

Random Jokes


Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."

Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."

Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."


Seram-Seram Suku

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...
Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia...Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,
"awk ngah wat pe??"
Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke??"
Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma terdiri tegak
Kerana sms etrsebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"

Tak larat


balik saja kelas hari ni,
aku dah rasa lain macam..
tiba-tiba badan rasa sejuk sangat..


kepala dah melayang..
so aku ambil keputusan untuk berehat..
mungkin sebab terkena hujan,
lepas itu, aku tak mandi agaknya..

kira aku tidur saja lah hari ni..
lepas maghrib tidur,
sampai lah ni baru bangun..



fuh! lega sikit..
ada lagi pening-pening,
tapi tak sepening dan sesejuk tadi..
hehhe ;D

Tuesday, September 1, 2009

Hari pertama


hari ni bersamaan 1 September 2009,
semester baru dibuka..
hahaha! aku dah senior!



tapi aku tak reti buli junior!
macam mana? ajar aku skill sikit..
hihihi!

hari ni, sangat bosan..
nothing to do..
plus, hari ni tiba-tiba
aku headache.. aduhai!
maybe kena hujan agaknya..
tapi aku masih kuat..
untuk terus menahan diri, berPUASA!
wakakaka!

ingat pesan aku ni
SYAFIQ KAN DAH BESAR!
hahahah!



selamat menunaikan ibadah puasa!
selamat belajar!
puasa tetap puasa,
belajar,belajar juga ;D
jangan ponteng ok!
ingat KAMU DAH BESAR!
hahahah!



teringat pula ayat kawan baik aku
SEMANGAT! SEMANGAT!
ala comel je bila dia buat camtu ;D

masa balik dari kolej,
bandar tiba-tiba boleh sesak teruk pula..
aku pun pelik dan bertambah hairan..
apa pasal MUAR boleh sesak macam ni sekali..
isk3! mungkin orang jauh-jauh,
tak balik negeri masing-masing lagi kot..
esok lusa ok la tu.. amin!




minyak naik harga!
walaupun 5sen, berkira lah!
saya student! mana ada banyak duit!
aduh! hampeh betul xD

P.S - hanya sekadang merapu..
sebab perut dah lapar!
hahahak!

pecah kaca pecah tingkap
lepas baca komen lah aku ya!

hahaha!!

Grrr!


tanggal 1 September..
eceh! hehehe!
buat pertama kalinya aku tengok
bandar MUAR sesak teruk di waktu pagi..

sepanjang tahun ni,
aku hantar adik aku sekolah,
tak pernah pula sesak sampai macam ni sekali..
panjang! bayangkan dari supermarket LAGENDA,
depan pasar cina, jalan ARAB, shell,
penuh kereta! macam ada festival pula..
lepas tu, kat roundabout,



hampir separa bulatan kereta penuh,
sepatut tak macam tu,
habis dah orang tak faham bahasa,
tak ada kesabaran, dia redah je tunggu belakang,
sampai orang nak belok masuk ke simpang, tak boleh..
memang geram gila tengok,
rasa macam nak langgar je..
nasib baik tak bawa kereta kebal..
kalau tak, dengan muka 50 ringgit,
aku lenyek-lenyek je kereta dia..
muahahahah!



P.S - pandu dengan penuh kesabaran
jangan pentingkan diri sendiri,
orang lain nak sampai ke destinasi juga..
ingatlah orang yang tersayang ;-)


-P.S-

Sesetengah Gambar Yang Diambil
Bukan Hakmilik Saya !!

Terima Kasih Kepada Google !!

Permainan